Wednesday, December 9, 2009

Tentang Kehidupan dan Isinya

Sememangnya kehidupan aku berbeza dan sangat berbeza sekarang ini... Aku tidak lagi bergelar sebagai pelajar.. Tidak lagi melalui dan merasa manisnya kehidupan sebagai pelajar... Sakit, pedih, suka, bahagia, cinta, luka, perit, sengsara, indah... Ohh.. Sukar aku zahirkan dengan kata-kata.. Sesungguhnya teramat manis untuk dikenang.. Dan.. Bila perpisahan berlaku, pastinya rindu mengganggu hari-hariku kini.. Rindu terhadap mereka.. Kawan.. Sahabat.. Teman..

Namun, jika aku terlau mengikutkan kata hati yang terlalu lemah ini, pasti aku tersungkur lagi... Aku punya impian sekarang.. Aku punya cita-cita yang menghampir... Aku punya semangat yang berbara.. Takkan aku lingkupkan ini semua dek rasa yang menjenuhkan ini... Iya.. Walaupun rasa-rasa resah ini kadangkala menyekat perjalananku saban hari kini, namun aku sedia untuk segala kemungkinan.. Aku perlu belajar untuk menjadi berani.. berdikari.. Perjalanan ini masih panjang.. Pelbagai pengalaman perlu aku redah.. Pelbagai kesakitan lagi perlu aku tanggungi.. Ini semua perlu dalam perjalanan mencapai impianku.. Aku yakin dan aku perlu kuat untuk itu..

Kehidupan aku kini sangat berbeza.. Pengisiannya sangat bercanggah dengan siapa aku yang sebenarnya.. Kini perlu perlu bangun semula setelah tersungkur.. Walaupun tidak mampu berdiri dan berlari lagi, aku kini sedang gigih untuk merangkak.. Aku tahu.. untuk bangun semula dan terus berlari pasti sukar setelah tersungkur.. Arghh.. Tidak aku peduli.. Aku pastikan yang aku mampu untuk berdiri dan berlari semula.. Ya.. Memang aku sunyi dan keseorangan dalam taman hati untuk bunga-bunga cinta.. Namun, itu bukan alasan untuk aku menjadi buta.. Aku tidak akan buta lagi.. Ya.. I'm alone now.. So what?? Mati pun seorang diri dalam liang lahad...

Thursday, December 3, 2009

Tentang Hari Indah Kini...

Hanya kesyukuran yang mampu aku ucapkan... Kemungkinan doa-doa serta ucapan selamat untuk Aidiladha daripada teman-teman telah dimakbulkan Ilahi... Sejak Aidiladha mengheningkan dunia, aku semakin merasai ketenangan dan keamanan.. Malah asyik dihiburkan dengan pelbagai kejutan yang aku sendiri tidak jangka daripada insan-insan yang berhati mulia.. Bagaimana ingin aku lafazkan kata-kata terima kasih? Mereka banyak mengembirakan aku, malah Mr.N juga terlalu baik budinya dan tidak mampu aku balas dengan ucapan terima kasih..

Terima kasih kerana memberi sokongan yang begitu menyentuh hatiku.. Sokongan positif yang telah diberikan untuk aku terus berlari dan memecut mengejar cita-cita dan pelbagai perancangan yang begitu menggunung sekarang.. Ya.. Aku berdoa dan berharap mampu menyelesaikan segalanya tepat pada waktu yang telah dimuktamadkan.. Sumber rujukan yang diberikan tidak mungkin aku sia-siakan.. Malah sokongan padu serta peluang terbentang luas ini tidak akan aku lepaskan.. ya.. Demi mencapai keinginan serta cita-cita yang melagit ini...

Terima kasih semua... Adakah hanya ucapan terima kasih ini sudah cukup untuk aku membalasi budi baik kalian? Ya.. Aku merasi bahawa itu belum cukup memadai.. Mungkin kejayaanku nanti mampu menggembirakan kalian, terutamanya Mr.N.. Malah barangkali kejayaan ku sahaja adalah cara yang terbaik dan memadai untuk aku berterima kasih kepada kamu semua..

Hidupku semakin indah kerana mereka... Hidupku semakin indah kerana cita-cita.. Hidupku semakin indah kerana peluang yang ada... Hidupku semakin indah kerana tidak lagi menyayangi insan yang tidak layak disayangi.. Hidupku semakin indah kerana tidak lagi mencintai insan yang tidak layak dicintai.. YA.. Hidupku semakin indah kerana diri ini tidak lagi terus dibohongi...

Sunday, November 29, 2009

Tentang Mimpi...

Baru tadi aku duduk bersembang dan meluagkan masa bersama-sama mama.. Sedang asyik berbual ria, tiba-tiba mama meluahkan sesuatu yang terbuku di kalbu..

Mama : Baru sekejap mama terlelap pun tadi dah mimpi ayah.. (termenung)
Perro : Mimpi ayah? (kehairanan).. Ma mimpi apa pasal ayah?

Selepas cuba mendalami cerita mimpi mama itu, aku tersentak.. Aku tiba-tiba teringat akan diri ku sendiri yang bermimpikan si dia di subuh Aidil Adha.. Dalam mimpi itu aku menangis derita.. Bermimpikan si dia sehingga aku benar-benar mengalirkan air mata ketika terjaga.. Basah bantal ku sehingga takbir bergema baru aku menikmati ketenangan..

Aku kehairanan dengan mama.. Setahu aku, mama sudah lama sembuh dari kesakitan luka cinta.. Sudah lama aku tidak mendengar luahan rasa dan melihat tangisan mama.. Namun sejak kebelakangan ini, mama sering bercerita mengenai ayah.. dan semestinya, seperti biasa aku sajalah tempat mama mengzahirkan rasa.. Apabila tinggal berdua di rumah sahaja, barulah mama membuka kata.. Ketika adik-beradik lain duduk meriahkan suasana, tidak pula mama mengungkap rasa..

Ya.. Aku sedar.. Mungkin aku lebih mendengar dari yang lain.. Melalui apa yang aku dengar dan aku perhatikan, rupa-rupanya mama masih memendam rasa.. Kerinduan, barangkali.. Mungkin juga kesayuan? Haih.. Aku sangat mengerti perasaan mu mama.. Kita melalui rasa yang sama ketika ini.. Cuma keadaannya sahaja jauh berbeza..

Mama berbicara soal perasaan.. soal mimpi.. soal insan yang mengganggu kebosanan.. Itu semua sudah cukup buat aku untuk memahami apa yang terkandung di hati.. Di rumah kini semuanya ada.. Mama, adik-beradik dan anak-anak buah melengkapi perut rumah kami.. Aku fikir mama bahagia tika ini.. Ya.. Memang dapat dilihat terzahir bahagia di wajah.. Namun rasa di jiwa hanya ternyata apabila diluahkan sahaja.. Aku lupa.. Rupa-rupanya seorang lagi tidak ada di dalam rumah ini untuk melengkapi.. Oh.. Dia.. Seorang lelaki yang terhormat dalam sebuah keluarga... Dia sahaja yang tidak ada di rumah ketika ini... Jika tidak, pasti lengkap keluargaku!!

Friday, November 27, 2009

Tentang Pesanan...

Tidak terlalu lama aku mengenali dia.. Pada aku, dia seorang wanita yang cantik dan ada tarikan tersendiri walaupun personalitinya seakan-akan lelaki. Ganas dan lasak orangnya.. Haha.. Perkenalan hanya selama lima hari, sudah cukup untuk aku mengucapkan ribuan terma kasih terhadap seorang wanita yang boleh ku anggap seperti kakak itu..

Walaupun masih belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat, namun dia mampu membaca apa yang terkandung dalam hatiku ketika itu..

Dalam perjalanan ke Klia...

Perro : Ish..macam nak balik je bila tengok tempat tidur korang tu kan..sakitnya hati...bertambah sakit hati dibuatnya..haih..

Sis N : Tu la..Tak pelah.. lima hari je kat sini.. Kenapa sedih2..sakit hati ni?...

Perro : (diam dan tersenyum tawar)

Sis N : Hehe..takpe...memang sakit bila dilakukan macam ni..Tapi satu hari nanti, orang tu akan sedar sendiri dan rasa sendiri apa yang dah dia lakukan terhadap kita... KITA DOAKANLAH DIA BAHAGIA DAN TIDAK RASA MACAM APA YANG KITA RASAKAN SEKARANG..SEBAB...KITA SAYANGKAN DIA! (Tersenyum)

Aku tersentak tiba-tiba apabila kata-kata itu keluar daripada mulutnya. Aku pelik dan hairan, bagaimana dia tahu apa yang sudah dan sedang aku lalui? Bagaimana dia tahu apa yang sedang aku rasakan ketika itu sedangkan tidak pernah aku bercerita kepadanya yang baru sahaja ku kenali?? Aku pelik dan tertanya..

Namun, nasihat dan pesanan yang diberikan sangat meninggalkan kesan..ya.. Doakanlah dia bahagia dan tidak merasa apa yang aku rasakan sekarang..kerana aku sayangkan dia.. Cuma aku doakan supaya dia menyedari dan bertanggungjawab ke atas apa sahaja yang telah dan akan lakukan kelak terhadap insan lain...Terima kasih "Sis N".. Ada jodoh dan panjang umur jumpa lagi ya..

Tuesday, November 24, 2009

Tentang Pengalaman Itu...

Baru sahaja beberapa minggu dan tidak sampai sebulan lagi perpisahan ini dinekadkan... Namun aku sudah sedikit demi sedikit mampu tertawa dan tersenyum... Terima kasih dan kesyukuran sahaja mampu terucap kepada mereka yang disayangi dan kepada Maha Pengcipta...

Terlalu banyak cerita suka dukanya bila dikenang... Banyak perkara yang menjadi panduan aku kini, hasil daripada pengalaman bersamanya.. Dan yang paling utamanya.. apa yang aku pelajari daripada perhunbungan itu adalah... KEPERCAYAAN... Kepercayaan adalah sangat dituntun dalam apa jua amalan yang dilakukan kini dalam hidupku.. Percaya pada diri sendiri.. Percaya pada sesiapa yang layak dipercayai... Dan.. apa yang lebih ku sedari, JIKA KITA MAHU DIRI DIPERCAYAI, ZAHIRKANLAH AMALAN YANG BOLEH MELAHIRKAN KEPERCAYAAN DARIPADA INSAN LAIN..Haih.. Terlalu banyak perkara dan pengalaman yang boleh diteladani, tetapi ida sempat untuk aku nyatakan.. Namun.. apa yang pasti.. Aku tetapi menjadi Muhammad Izmir Bin Nadzri sepertimana yang mereka semua kenali...

Sunday, November 22, 2009

Tentang Rasa Kini..

Aku masih mewujudkan diri di kampus kesayanganku, UiTm Puncak Perdana.. Rasa berat hati ini untuk meninggalkan lubuk ilmu seni dan "ilmu manusia" itu... Ya.. Aku sedang keseorangan kini dan sunyi sangat menyepikan hati... Aku seolah-olah tercari-cari keriuhan semester-semester lalu.. Rindu? Usah diungkit.. Ia terlalu sukar untuk diungkapkan...

Haha.. Aku sudah mampu ketawa kini.. Terima Kasih sahabat-sahabat dan insan-insan yang berperikemanusiaan yang membantu aku bangkit dan mencelikkan mataku kembali.. Bangun!!
Ya!! Aku tersedar sudah kini.. Terima Kasih semua...

Semalam.. Hati aku tenang bercampur riang apabila berkesempatan meluagkan masa bersama-sama seorang pensyarahku, setelah sekian lama berjanji tetapi tidak berkesempatan..Tidak perlu aku sebut namanya kerana ia mungkin akan mencabul "privacy" beliau.. hehe.. Ya.. Perbualan selama empat jam berturut-turut tanpa disedari siang berganti malam.. Kami berbual dan berkongsi buah fikiran dalam pelbagai topik dan pengisian.. Sungguh terisi hari aku semalam ku rasa..

Ya.. Selepas berbual panjang dengan beliau, hatiku tenang dan riang.. Malah semangatku untuk berjuang mencapai matlamatku semakin membara.. Beliau secara tidak lansung telah menghembus jampi kekuatan untuk aku terus melangkah menuju ke destinasi matlamat.. Terima kasih ya.. Hehe..

Sahabat.. Terima kasih ya temanku.. Tuhan Maha Agung.. Dia temukan aku sekali lagi dengan sahabat yang sudah seperti adik-beradikku sendiri.. Memang sudah ada dalam perancangan untuk kami berjumpa, tapi bukanlah seawal itu.. Namun, Dia Maha Berkuasa.. Aku dan Apiq bertemu secara kebetulan di kandang.. Malah selepas panas punggung ini duduk berbual dengan dengan pensyarahku, aku dan apiq meluangkan masa bersama-sama di Pelaga Bistro.. Tuhan Maha Esa.. Dia temukan aku juga dengan insan yang sangat aku rindui, "BFF" aku yang telah lama inginku jumpa.. Haih.. Semalam merupakan hari yang sangat bermakna!! Tidak mungkin aku lupakan hari semalam..

DAN KINI...
Hatiku tenang dan aman walaupun sepi menyaluti diri... Tidak mengapa.. Masa akan berlalu pantas.. Sepi ini ku yakin akan berlalu pergi.. Apa yang perlu aku tumpukan kini adalah matlamat aku!!
Ya.. Terlalu banya k perkara inigin aku lakukan.. dan ia akan ku capai perlahan demi perlahan.. satu demi satu... Semoga kekuatan dan ketenangan ini bertahan selamanya.. Pada insan yang kini hanya dalam kenangan, berbahagialah kamu dengan hidupmu kini.. Kerana memang ini yang kamu dambakan.. Aku yakin dia pasti lega dan aman malah mampu tertawa riang dengan keadaanku kini..Terima kasih ya atas segalanya.. Enjoy your life okay!! Selamat Tinggal dan Selamat Jalan.. Bubye!..

Wednesday, November 11, 2009

Tentang Nekad Jiwa....

Aku masih tidak berasa mengantuk walaupun kabus sudah mula mengaburkan pemandangan.. Mendinginkan subuh yang menenangkan... Mata ini sememangnya tidak cukup rehat.. Waktu yang mampu untuk melelapkan mata sejak kebelakangan ini hanyalah sekadar dua hingga tiga jam sahaja... Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi itulah sejujurnya yang terjadi kepada diri... Dipejam mata, terasa sesak nafas dibuatnya... Terpejam mata pula, bermimpi hingga mencelikkan mata.. Akhirnya tidak mampu untuk menyambung tidur yang belum memadai itu... Haih... Percepatkanlah perjalanan yang menyeksakan ini wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani...

Kini.. Jiwa ini nekad untuk mengorbankan segala-galanya.. Mengorbankan rasa cinta ini.. Kenangan-kenangan bersama... Kemaafan dan kekesalan... Segala-galanya!!!
Rasa rindu ini menyesakan... Menyakitkan... Melemaskan.. Namun ini semua harus ditempuhi... kerana jiwa sudah nekad berkata... Bahawa.. "Perpisahan itu adalah yang terbaik untuk kedua-duanya"...

Ya... Masih mencintai.. Masih menyayangi.. Sedang merindui... Namun apakan daya.. Inilah hakikatnya... Kesakitan.. Kelemasan.. Kekesalan.. Inilah yang terpaksa dibayar olehku bagi membeli penyelesaian yang terbaik itu... Jiwa ini nekad... Ia juga disokong oleh kepenatan si dia.. Rasa tidak sanggup itu lagi... Kasihan melihat penyeksaannya..

Sayang.. Ya.. Ini yang terbaik.. Aku sudah mampu menerima hakikat ini.. Kemaafaan yang tidak terhingga ku pohonkan... Semoga kau menemui kebebasan mu.. Ruang serta waktu mu... Maaf untuk segalanya... Simpan kenangan-kenangan indah kita ya?... Moga berjaya hendaknya di menara ilmu...

Saturday, November 7, 2009

Tentang ketidakwarasan...

Aku sememangnya sudah tidak waras... Ya.. Memang sudah hilang kewarasan sebagai seorang remaja berumur dua puluh satu tahun!! Sepatutnya aku sudah mencapai kematangan yang mampu memandu diriku ke arah yang sebaik-baiknya dalam kehidupan.. Namun akibat terlalu mengikutkan perasaan, aku menjadi bodoh dan hilang kewarasan... Segalanya kerana dia.. Dia.. Dia... Aku telah melakukan kesilapan besar pada suatu ketika dulu apabila mengambil keputusan untuk terus memilih dan menerimanya.. Bukan aku tidak pernah terfikir akan risiko aku menerima dia sebelum ini.. Bukan aku tidak sedar akan kesannya kelak.. Semuanya telah aku fikirkan sebelum bermulanya kisah ini..

Tetapi aku tetap mengikutkan perasaan yang hanyut dibelai olehnya.. Lantas tersalah langkah akhirnya dengan memilih dan menerima si dia.. Kini akibatnya aku sendiri yang terseksa.. Akibat tersalah membuat keputusan dan membiarkan perasaan utuk terus menyayangi dan menjadi terlalu sayang kelaknya.. Akhirnya rasa terlalu sayang itu memakan diri.. Sesuailah dengan diriku yang bodoh ini.. Rasa terlalu menyayangi itu membuatkan diri hilang kewarasan.. Aku kesal.. Aku menyesal.. Waktu dan peristiwa tidak mampu diputar kembali.. Semuanya telah terlambat... Aku kesal berjumpa dengan dia.. Aku kesal melayan perasaan bersama-sama si dia ketika dulu.. Aku kesal memilih dan menerima dia!!!!

Sekarang aku tertanya-tanya keseorangan... Apakah yang dia rasakan?? Bagaimana perasaanya terhadap semua ini?? Bagaimana dengan aku?? Bagaimana dengan dia?? Bagaimana dengan kami??

Adakah aku seorang sahaja yang rasa begini? Adakah aku seorang sahaja yang tertanya-tanya tentang ini semua? Aku memang sudah tidak waras kerana bertanya seorang diri tentang segala kesilapan ini.. Tuhan..Kau bantulah aku.. Selamatkan aku segara dari kegilaan dan ketidakwarasan ini.. Pulihkanlah perasaan dan keadaan diri ku....Amin..

Thursday, October 29, 2009

Tentang Viva...

Pn.Amy : Lafazkan dengan satu nafas!
Aku : Since hari raya hari tu!! (menangis)
Pn.Umi : Kenapa dengan hari raya hari 2?
Aku : (Terdiam dan mengalirkan air mata)
Pn.Amy : Lafazkan dengan satu nafaz!!!

Begitulah yang terjadi kepada aku pada hari yang penting bagi semua pelajar Diploma Teater Seni Lakon semester enam, pada 28 Oktober lepas.. Semestinya aku tidak akan melupakan peristiwa itu selain dari showcase kami.. kerana.. Itulah kali pertamanya aku mengalirkan air mata di hadapan pensyarah-pensyarah secara peribadinya...

Aku gagal menahan cecair permata itu daripada mengalir keluar dari bergenang.. Aku sudah tidak mampu menahan kesayuan yang mengasak-ngasak dalam dada ini.. Kata-kata serta cara Pn.Amy bertanya ketika itu seolah-olah beliau mampu membaca hati dan memerhati apa yang telah aku lalui sepanjang semester ini...Aku sayangkan Pn.Amy.. Beliau sangat memahami para pelajarnya..

Segalanya bermula dari kelewatan aku hadir ke sesi Viva yang sepatutnya aku ialah orang yang pertama sekali di temu duga.. Namun oleh kerana daripada kesilapan diri sendiri, aku telah lewat tiba dari waktu yang sepatutnya.. Aku telah muncul pada waktu tengah harinya dan merupakan orang yang terakhir ditemu duga..

Bukan aku sengaja melengah-lengahkan waktu, tetapi banyak perkara yang tidak sepatutnya aku fikirkan telah membebani diri daripada melangsaikan tugasan dengan segera.. Ya.. Aku tahu..tidak sepatutnya aku terlalu mengikutkan perasaan sendiri sehingga memberi kesan buruk kepada diri sendiri...

Setelah teresak-esak mengalirkan air mata.. Setelah diasak-asak dengan pelbagai soalan yang menyentuh hati... Akhirnya aku berhenti dari mengalirkan air mata.. Kini aku dipuji-puji pula oleh pensyarah-pensyarah ketika itu.. Pn.Amy, Pn.Umi dan En.Mazli... Mereka meluahkan segala yang mereka lihat dari segi kebaikan dan keburukan diri aku.. Terharu dan agak malu juga dibuatnya..

Bukan aku mengharapkan puji-pujian mereka itu.. Bukan sengaja aku mengalirkan air mata meminta ihsan... Tetapi itulah yang sejujurnya aku lakukan dan terjadi kepada aku pada hari tersebut.. Debaran.. Ketakutan.. Tangisan.. Kesayuan dan macam-macam rasa dan perasaan..

Sememangnya tidak akan aku lupakan hari itu.. Pertama kalinya aku menangis di hadapan pensyarah... Malu.. Terharu..Arghh.. Macam-macam yang dirasa!! Terima Kasih kepada rakan-rakan yang memberikan kata-kata semangat dan pertolongan.. Terima kasih juga kepada si dia yang disayangi di atas rasa bahagia yang diberi sejak kebelakangan ini... Terima kasih kepada Pn.Amy dan Pn.Umi..tidak lupa juga En.Mazli..

Viva..kenangan ini tidak mungkin aku lupai...


Saturday, October 10, 2009

Tentang Kesuraman...

Baru saja aku melalui sidang media untuk showcase teater pagi tadi... Hati ini lega... terharu.. dan tenang rasanya.. Malah tercalit juga kegembiraan... Ianya disebabkan hari-hari yang berjarah itu akan tiba dan semakin hampir.. Showcase.. Lingkaran Kapur... Alhamdulillah.. Aku melakukan persembahan yang membanggakan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan seSepatu Ilham.. Kesyukuran tidak terhingga aku ucapkan.. Akan aku terus berdoa dan berusaha dengan sepunuh hati untuk showcase kami.. dan berharap ianya akan membuahkan kecemerlangan dan sejarah yang tidak mungkin dilupakan... InsyaAllah...

Namun.. Hati aku kini suram dengan perlahan-lahan... Mengenangkan si dia yang aku sayangi.. Seseorang yang aku ingati hampir sepanjang hariku sehingga hendak tidur malam... Si dia yang aku cintai... Aku terlalu menyayanginya... Teramat menyayangi dan memerlukannya.. kerana dia kekuatanku selain sahabat-sahabat sejatiku... Namun.. apa yang telah berlaku selama ini membuatkan aku dan dia sering hidup dalam tekanan yang membebankan.. Membebankan si dia.. Membabankan aku sendiri.. Sudah jerih.. sudah lelah.. sudah termengah kami mencuba dan terus mencuba untuk jadi yang terbaik antara satu sama lain... Tetapi sering menghampakan.. Mengapa??.. Aku dan dia sudah buntu membicarakannya.. Haihhh.. Sakit rasanya tidak terkendong lagi.. Aku tahu yang dia menyayangi aku.. Tetapi sejauh mana dan sedalam mana sayangnya terhadap aku, tidak mampu aku fikirkan lagi... Sudah jenuh memikir.. dan kadang-kala kejenuhan itu merampas waktu tidur malamku.. merampas selera untuk menjamah makanan...

Kini.. hanya tinggal empat hari kami bakal menyambut ulang tahun yang ke tiga bulan.. Ya... Aku sedar.. dalam tempoh yang sebegitu mentah ini, belum cukup untuk kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam... Haih.. Sudah berkali-kali kata perpisahan meremukkan hati.. dan sudah berkali-kali ikatan ini dicantumkan kembali... Kadang kala, hati ini mahu melepaskan dia terbang bebas di alam keremajaannya.. kerana sering terbeban oleh kerana diri ini.. Namun aku umpama bernafas dalam air yang menyesakkan.. Aku tariknya kembali.. Begitu juga si dia.. menarik aku kembali kepangkuan.. kerana masih saling menyayangi..

Dan saat ini.. sekiranya kata perpisahan itu adalah tulah yang harus aku patuhi... aku terima... aku terima!!!! Walaupun aku akan mati kesesakan bernafas dalam lautan penyeksaan.. Biarlah dia mendapatkan kembali kebebasan yang sudah berbulan dirampas... Aku yakin.. dia akan lega dan gembira dengan itu... Terima kasih untuk segalanya... Kadang kala, terfikir aku.. Andai dapat aku putarkan semula masa lalu.. Akan ku tahan hati ini daripada menyintai dirinya... Tidak akan ku layan si dia ketika cuba mengetuk pintu hatiku dulu.. Namun.. kini segalanya membubur.. sudah kelewatan.. Masa terus ke depan dan tidak akan memungkir fitrahnya...

Aku tahu bahawa dia dilanda dilema... Hendak aku ditinggalnya, namun bahana akan menimpa dirinya... Namun jika terus bersama, seksa merantai hati dan hidupnya... Sayang.. tidak mengapa.. Kini.. Kau ambilah semula kebebasan mu.. Raih la kembali keseronokan alam remaja mu di menara ilmu ini... Lepaskanlah jika sudah menyeksakan.. Jangan kau pendam lagi kesakitan mu.. Kau tidak akan dilema lagi untuk kali yang ini.. kerana aku sudah mengerti apa yang kau cari dalam hubungan ini.. Aku reda dan rela melepaskan mu jika itu yang kau impikan.............

Friday, October 2, 2009

Tentang Lingkaran..

Haha.. Pejam, celik, pejam, celik, hanya tinggal dua minggu sahaja lagi aku dan rakan-rakan, seSepatu Ilham akan berdepan dengan cabaran dan ujian yang paling besar buat kami sepanjang bergelar pelajar di meneara gading ini... Ya.. Usaha dan jerih perih kami merenangi dan menyelami lautan ilmu selama beberapa tahun di Uitm Puncak Perdana ini bakal diuji pada tiga tarikh keramat ini... 16, 17 dan 18 Oktober 2009..

Lingkaran Kapur... Ia bukti dan tanda kepada tahap ilmu yang kami ratahi dan telani berdasarkan usaha masing-masing.. Ia bakal menentukan untung ruginya kami hidup di Puncak Perdana... Ia adalah simbolik kepada tawa dan tangisnya kami selama berteduh sementara waktu di bawah bumbung ilmu, UiTM Puncak Perdana.... Ia bakal menjadi memori.. Memori yang tidak sesekali akan aku lupai.. Begitu juga mereka, rakan-rakan seSepatu Ilham..

Debaran semakin memuncak.. Sukar dizahirkan dengan kata-kata..

Esok majlis sidang media akan berlansung di Carcosa Sri Negara.. Jam tiga petang... Hati ini sudah berdebar!! Berdebar untuk beraksi seorang diri sebagai Penyanyi di hadapan wartawan-wartawan yang bakal hadir!!

Oh Tuhan!!! Tenangkanlah diri ku ini.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar esok dan bakal membanggakan diri aku dan rakan-rakan... Semoga majlis sidang media esok memberi kebaikan kepada hari-hari persembahan yang sebenarnya nanti..Amin...

Saturday, September 26, 2009

Tentang Karma Kehidupan

Terlalu banyak perkara yang difikirkan..
Membuatkan diri letih, diselubung kebencian..
Sering juga berdoa kepada Tuhan..
Agar mereka yang tidak berperikemanusiaan peroleh balasan..

Bukan gembira melihat mereka menangis, tetapi harus diberi pengajaran..
Berdasarkan apa yang mereka telah kerjakan..
Supaya mereka dapat fikir-fikirkan..
Jangan terlebih diri sendiri dipentingkan..

Begitulah resam kehidupan...
Adakalanya kita gembira melihat orang lain gembira..
Malah ada juga yang gembira melihat yang lain sengsara..

Jangan alpa dengan keegoan...
Kelak diri sendiri dapat rasakan..
Sesungguhnya ia sangat merugikan..
Malah sakitnya akan berterusan..

Jangan kesombongan merantai ihsan..
Hanya diri sendiri, dan yang lain diendahkan..
Jika begitu tindakan kelakuan..
Tuhan saja memberikan balasan..

Jangan berbangga tidak berpadan..
Orang melutut meminta mu ihsan..
Tiba masanya akan kau rasakan..
Bahananya berbangga tidak berpadan..

Wednesday, September 23, 2009

Tentang Manusia, Perasaan dan Kehidupan...

Manusia... Kehidupan.. Perasaan.. Ketiga-tiga cipta Allah ini sangat berkaitan.. Dulu aku selalu terfikir dan tertanya.. Mengapa orang menangis? Mengapa orang ketawa? Mengapa orang marah? Mengapa orang bercinta? Mengapa orang belajar? Mengapa orang takut? Haih.. Macam-macalah yang aku persoalkan dan yang aku fikirkan.. Dan sekarang.. Aku baru faham dan tahu apa puncannya daripada segala tindakan manusia yang mencorak kehidupan ini.. Semua tindakan manusia dalam kehidupan ini adalah berkaitan dengan perasaan..

Kerana manusia dianugerahkan dengan perasaan.. Kerana manusia itu ada perasaan, dia menangis.. tertawa.. marah.. bercinta.. belajar.. Dan sekarang, aku tertanya dan berfikir..
Bagaimana pula jika manusia tidak mempunyai perasaan?

Kena marah pun tidak rasa takut.. Berkahwin pun tidak ada rasa cinta... Tragedi yang berlaku pun, tidak ada rasa sedih.. Memperolehi wang berjuta-juta pun, tidak ada rasa gembira.. Belajar pun tidak ada impian untuk berjaya.. Assigments bertimbun-timbun pun, tidak ada rasa risau dan tertekan..Kena pukul pun buat bodoh je.. Buat muka selenge je...Hahaha..

Mungkin ada kebaikkannya jika manusia tidak mempunyai perasaan.. Jadi, tidak ada rasa kecewa.. sedih.. terkilan.. marah.. merana.. sengsara!!!
Tapi betapa ruginya manusia jika tidak berperasaan.. Tidak berpeluang menikmati kegembiraan.. kebahagiaan.. cinta.. kasih.. sayang.. teruja.. Rugi sungguh!!! Hidup pun jadi kosong.. Tidak berwarna..

Ya.. Sesungguhnya Tuhan telah mencipta perasaan dalam diri manusia... Dan perasaan yang terdapat dalam diri manusia inilah yang mencorakkan kehidupan ini...

Bagi aku.. Anugerah yang Tuhan berikan ini adalah sangat-sangat berharga.. Aku bersyukur.. Dengan wujudnya perasaan, aku dapat menikmati keseronokan, kebahagiaan, kasih sayang, cinta dan macam-macam lagi.. Walaupun kadang-kala, malah sering merasa sengsara..

Pada pandangan aku.. Perasaan bukanlah sesuatu yang boleh dipermain-mainkan.. kerana ianya mampu mempengaruhi kehidupan.. Tidak kiralah.. kehidupan sendiri ataupun kehidupan orang sekeliling.. Setelah melihat dan memerhati.. Malah melalui sendiri.. Dan sekarang aku berpesan kepada diri aku dan kepada sesiapa yang sudi membaca..

Janganlah kita berani bermain dengan perasaan.. Jika benar berani bermain dengan perasaan, maka bersedialah untuk apa pun juga akibatnya.. Dan.. Janganlah mempermainkan perasaan sesiapa.. Kerana kelak perasaan sendiri yang sengsara.. Dan janganlah memikirkan perasaan sendiri sahaja, supaya tidak terima musibahnya...

Manusia.. Perasaan.. Kehidupan.. Woww!!! Ajaibnya ciptaan Mu Tuhan!!!!
Manusia mampu mencipta robot yang menyerupai manusia.. Tapi manusia tidak mampu mencipta keajaiban Tuhan ini... PERASAAN..
Syukur Ya Allah...

Tentang Benci dan Sayang..

Seperti yang telah aku sangkakan sebelum pulang beraya ke kampung halaman.. Tidak sanggup untuk aku melihat dan merasa lagi kesuraman dan kesakitan itu.. Sudah dua tahun berturut-turut.. dan Aidilfitri tahun ini, sudah kali yang ketiga!!!

Dia tidak juga muncul-muncul pada hari raya pertama.. Dia yang merupakan ketua keluarga, tidak lansung menunjukkan muka di hari raya pertama itu.. Walaupun sudah berkali-kali aku menghubunginya sejak malam raya lagi, namun dia masih tidak juga muncul sehingga malam hari raya kedua.. Membuat aku sebagai anak yang dari jauh pulang tertunggu-tunggu di pagi raya.. Penantian aku meleret hingga ke malamnya..dan sehingga aku hendak pulang semula ke ibu kota, dia masih tidak muncul menunujukkan muka!! Sebaliknya bergembira dan berbahagia bersama-sama isteri baru dan anak-anak tiri tercinta!!
Kasihan mama dan adik lelaki aku itu.. Menanti dan berharap kemeriahan daripada insan bernama suami dan bapa di pagi raya..

Biadap sungguh bapa yang seperti ini..

Aku bukan sahaja tidak dapat mencium tangan insan yang bergelar bapa, malah tidak dapat menatap wajah insan yang aku sayangi itu di pagi raya..
Rasa sayang bertukar benci kepadanya.. Namun aku rindukan si ayah.. Ingin aku mengucup pipinya,..Ingin aku memohon maaf dan mencium tangannya di pagi raya pertama..Namun angan-angan itu hancur tak semena-mena
..
Tidak mengapa.. Dia sudah tua.. Tidak perlu aku ingatkan kepadanya.. Dia mampu berfikir sendiri.. Anak-anaknya inilah nanti yang akan mendoakannya di saat dia dikafankan.. Namun jika sudah ini yang dilakukan kepada aku.. Maaf... Biarkanlah saja anak-analk tirinya yang mengirimkan doa kelak..

Ayah.. Abang rindukan ayah.. Tapi rupa-rupanya anak-anak tiri dan isteri baru yang menjadi keutamaanmu sejak dua tahun berturut-turut.. Maka.. RINDU DAN SAYANG INI BUKAN LAGI UNTUK MU AYAH..

Tentang Pertanyaan..

Aku keliru dan tidak memahami apa yang telah terjadi padanya.. Kesungguhannya untuk mengenali aku dan mendapatkan aku dahulu, tidak lagi aku dapat lihat dan rasakan darinya.. Jika di awal perkenalan dulu, jika boleh semuannya dia ingin tahu dan bertanya.. Masih aku ingat lagi saat-saat dia cuba untuk mengenali aku.. Melalui sms..

R: x tido lagi?
J: Hehew,,xbleh titow la..
R: Nape? msti ada sbab xbleh tido kn..huhu.. Ada apa2 yg nak dkongsi ke?
J: Hehehew..xtaw la..yew kowt..tapi xpew la..not 4 now..may b next time k.. =]

Lebih kurang begitulah perbualan kami.. Sungguh mengambil berat dirinya terhadap aku dahulu.. Yelah.. Baru proses nak ngorat la katakan.. Aku sangat terharu ketika itu.. Dan.. Sekarang..Setelah dia miliki diri ini... Perkara sebaliknya yang berlaku.. Terang-terang aku meluahkan kepadanya, aku fikirkan insan tersayanglah tempat untuk aku mengadu yang tebaik kepada permasalahan aku.. Namun tindak balas yang diberikan adalah sangat mengecewakan.. Dia seolah-olah tidak mahu mengambil tahu permasalahan aku.. Tidak seperti memori yang ku gambarkan seperti di atas, sangat concern terhadap aku..

Dan sekarang..aku tertanya..
Ke manakah hilangnya rasa ambil berat si dia terhadap aku?
Kepada siapa lagi untuk aku mengadu dan bermanja selain orang yang tersayang?
Adakah sudah hilang terus rasa terujanya untuk mengenali diri aku?

Haih.. Begitulah manusia.. Cepat benar berubah.. Mungkin silap aku juga..kerana terlalu menyayanginya tanpa berpada-pada..
Namun tidak mengapa.. Mungkin keseronokan dan rasa terujanya sudah beralih kepada sesuatu yang lain.. Biarlah dia..yang baru hendak merasa suka duka hidup di menara gading itu.. Mungkin sekarang dia barada betul-betul di puncak kegembiraan dan keasyikkan hidup sebagai remaja di menara gading.. Biarlah dia terus merasa dan menikmati.. Sementara aku yang sudah hampir mahu meninggalkan alam remaja di menara gading ini, hanya belajar menghadapi orang dan mereka yang seperti ini.. yang baru hendak merasa semuanya di sana..

Aku sayangkan dia.. Namun jika sudah tiba masa, aku tidak akan lagi berpaling ke belakang dan memperbodohkan diri.. Cukuplah sekali aku melutut dan memperbodohkan diri deminya.. Tidak lagi untuk kali kedua..

Kadang-kadang perasaan sayang dan cinta itu boleh menjadi racun kepada diri sendiri jika ia tidak berpada-pada..

Saya sayang awak.. Sangat-sangat...
Maaf.. kerana terlalu emo untuk paparan kali ini..

Thursday, September 17, 2009

Tentang Kesunyian dan Lebaran

Kemeriahan makin dirasai untuk menyambut lebaran yang bakal tiba hanya dua hari sahaja lagi.. Aku lihat dan ku dengar juga semakin riuh rendah kedengran lagu-lagu raya di sana sini... Esok.. Esok aku pula yang akan meninggalkan buat sekitika Puncak Perdana untuk pulang ke Malaka, setelah berpuluh-puluh rakan-rakan lain meninggalkan Puncak dengan beg-beg besar untuk pulang ke desa menyambut lebaran bersama-sama yang dirindui...keluarga..
Haih.. Kemeriahan yang aku lihat, tidak pula aku rasa di hati ini.. Bukan kerana tidak seoronok untuk menyambut lebaran.. Namun melihat keadaan keluarga aku yang entah ke mana, tidak sampai hati untuk aku terus memerhati dan memerhati onak yang melanda mereka.. Mama.. adik.. ayah.. dan aku... Tidak sanggup aku untuk merasa dan terus melihat itu semua lagi..
Kemeriahan dan kebahagiaan di hari lebaran telah ghaib sejak dua tahun lepas.. Salah siapa, sukar untuk dijawab.. Mungkin salah si ayah.. mungkin juga si ibu.. atau inilah yang dikatakan..Takdir Tuhan.. Qada' dan Qadar..
Ya... Aku terima.. Walupun mataku tidak mampu lagi melihat dan menangis.. Hatiku tidak mampu lagi merasa dan melawan.. Tanganku tidak mampu lagi berusaha.. Mindaku tidak lagi memikirkan jalan penghujungnya..
Sunyi lebaran ini sudah dua tahun dirasai.. dan kali ini bakal tahun yang ketiga..
Namun begitu.. Mama.. Ayah.. Along... Ayu dan Al... Abang minta ampun dan maaf buat segala salah dan silap abang.. Halalkan makan dan minum abang.. Doakan kita semua temui dan peroleh kembali kebahagiaan dan kemeriahan buat lebaran tahun-tahun akan datang.. Jika bukan lebaran tahun ini.. Tapi lebaran tahun akan datang... Amin...

Friday, September 11, 2009

Tentang Cinta....

Sudah berkali-kali hati ini ditujah-tujah dengan bilah cinta yang tajam menyakitkan... Sudah kontang air mata untuk mencurah... Sudah kosong jiwa dari merasa dan berasa... Namun aku masih berani mempertaruhkan perasaan dalam permainan cinta yang melucukan.. Namun apabila tewas, amat menyakitkan..
Dia datang secara tiba-tiba tidak disangka.. Dia datang salah pada waktunya... Saat hati ini masih dibasahi dengan darah kesakitan cinta, dia datang membawa penawar... Penawar yang belum pasti mujarabnya...
Aku tidak berani untuk mencuba penawar yang diberikan..Takut makin melarat sakitnya nanti.. Namun setelah dia hembuskan bau penawarnya, harum..mengasyikkan..menenangkan... Maka aku tidak menghalang untuk hati ini dirawatnya..
Syukur.. Semakin hari semakin kering darah membasahi hati... Semakin hari semakin menyantum belahan hati diguris bilah cinta lama.. Penawar yang diberinya adalah penawar cinta yang segar... Aku tenang bersama-samanya.. Aku bahagia dalam pelukannya.. Aku 'asyik' dibelai dan membelai... Harum sungguh diri ini kepadanya.. Harum sungguh cintanya kepada aku....Segar sungguh cintanya.. Segar sungguh harumnya...
Aku dan dia terus melayari hari yang membahagiakan... Namun sukar untuk menyangkal sakit yang datang menduga... Bahagia... Derita.. Bahagia... Derita.. Datang silih berganti... Menduga...Menduga...Menduga..
Kini...dia mula berhenti memberi penawar cintanya yang harum dan menyegarkan itu.. Aku sudah memualkan baginya... Aku sudah merimaskan hari-harinya.. Aku sudah cukup membebaninya.. EGO kedua-dua bermaharaja... Akhirnya mengundang sengsara...
Sungguh logik ciptan-NYA.. Bunga yang segar melayu juga akhirnya.. Cinta tidak lagi segar dia berikan... Kini kedua-dua terluka... Kedua-dua sengsara..
Sayang... Hati aku berdarah kembali... Sayang.. Terkilan sungguh bila kau tujahi hati ini dengan bilah tajammu.. Ia kembali memerah darah.. Ia kembali kosong merasa dan berasa.. Air mata juga tidak mampu mengungkap deritanya...
Sesungguhnya hati aku kembali menangiskan merahnya darah...

Saturday, August 29, 2009

Tentang Payment Teater..

Alhamdulillah... Akhirnya payment dari penglibatan aku dalam sebuah pementasan teater telahpun diterima... Sudah begitu lama aku menunggu pembayaran daripada pihak produksi teater "Mana Setangginya" (MS) oleh Istana Budaya.. Walaupun tidaklah selumayan pelakon profesional, namun ia sudah cukup memberi kelegaan kepada aku dan kesyukuran saja yang dapat aku ucapkan kepada Tuhan.. DIA Maha Mengetahui bahawa aku memang sangat memerlukan wang tersebut di saat-saat ini... Nilai ringgit yang aku terima hasil dari penglibatan sebagai pelakon MS tidaklah berbaloi, jika ingin dibandingkan dengan pengalaman dan memori yang aku perolehi dan pelajari sepanjang tempoh sebulan lebih menjalani praktikal di Panggung Negara itu.. Segala perit dan jerih serta keindahan yang aku layari sepanjang tempoh tersebut adalah sangat berharga dan tidak ternilai.. Teater Mana Setangginya yang telah dipentaskan di Istana Budaya selama sembilan hari, iaitu dari 13-21 Jun 2009 telah banyak mengajar aku erti menjadi seorang insan yang berduniakan seni persembahan terutamanya dalam bidang teater... Erti pengorbanan, erti keikhlasan, erti kerjasama, erti kesabaran, erti persahabatan dan banyak lagi...
Aku juga telah merasai pengalaman berkerjasama dengan golongan profesional dalam dunia "pentas" ini.. Sempat juga aku rasai keberkatan berjabat tangan dengan Sasterawan Negara, Dato' Noordin Hassan, yang karya-karya banyak dipentaskan dan telah aku tontoni sebelum ini.. Genre dan aliran yang beliau terajui dalam penulisannya adalah bertepatan dengan selera aku..
Aku juga telah merasakan kenikmatan beraksi dipentas canggih, Panggung Sari, Istana Budaya sepanjang tempoh pementasan tersebut.. Bukanlah tidak pernah beraksi di Panggug Sari sebelum itu, namun "rasa" dan nikmatnya adalah sangat berlainan sungguh berbanding pengalaman beraksi dalam MS... Pengalaman yang membuatkan aku menyumpah seranah, memuji, merungut dan menangis.. Ya.. Pengalaman yang tidak ternilai harganya..
Sekarang ini, kegembiraan dan kelegaan serta kesayuan aku rasai setelah menerima payment dari hasil titik peluh aku dalam pementasan teater MANA SETANGGINYA itu.. Tidak sia-sia rasanya aku menjadi penari dan pelakon dalam teater tersebut setelah menerima payment itu.. Semakin terasa kenikmatannya dan semakin tidak ternilai pengalaman yang dimiliki setelah payment tersebut memenuhi akaun Maybank aku... Haha.. Namun sekarang ini, aku buntu pula dengan laporan praktikal yang belum aku selesaikan.. Payment dan diselesaikan oleh Istana Budaya, laporan belum lagi diselesaikan oleh aku untuk En.Saad!!! Huahuahua..

Friday, August 28, 2009

Tentang Presentation Markalah..

Alhamdulillah... Aku bersyukur sangat pada hari ini... Segala berpunca daripada presentation Markalah yang telah aku lakukan dengan lancar dan tenang.. Walaupun pada awalnya aku tidak sempat menyiapkan power points slide show untuk presentation itu... Hahaha.. Aku tidak tidur lansung semalaman sehinggalah waktu kelas Pn.Hartini tersebut. Sejak lepas bersahur pada pukul dua pagi sehinggalah pada pukul sembilan setengah pagi, esoknya aku telah bertungkus-lumus menaip draf kertas kerja dan duduk mengadap lappy tanpa rehat sedikit pun... Namun malangnya aku tidak sempat untuk menyediakan slides show presentation pada pukul sembilan setengah pagi tersebut, di mana ia adalah waktu presentation seharusnya bermula.. Aku hanya mampu bertawakal sahaja ketika berada di dalam bilik presentation sebaik sahaja sampai di sana.. Aku kira, aku terpaksa mengorbankan markah yang sebanyak 10% kerana melakukan presentation tanpa diiringi dengan slides show dan hand out.. Namun aku enggan berputus asa dan menggunakan peluang ketika rakan-rakan lain melakukan presentation, untuk menaip slide show..Hahaha.. Agak lucu kerana aku berpura-pura tenang dan bersedia ketika rakan lain rancak mempersembahkan slide show mereka.. Aku menaip dan terus menaip sambil berpura-pura mendengar hujahan-hujahan daripada rakan-rakan aku.. Alhamdulillah.. Aku berjaya menyiapkan power points sebanyak empat belas slides sebaik sahaja giliran aku melakukan presentation.. Kelegaan yang tidak terhingga aku nikmati, hanya Tuhan sahaja mengetahuinya.. Sebelum itu, aku sangat berterima kasih kepada SAHABAT aku Aniza, kerana sanggup menggantikan giliran aku yang sepatutnya melakukan presentation di saat belum sempat menaip habis power points.. Sangat bernasib baik apabila Pn.Hartini tidak menyedari perbuatan Aniza menggantikan giliran aku pada waktu itu.. Akhirnya aku adalah orang terakhir melakukan presentation mengenai tajuk kajian,"Penyanyi Dalam Aktiviti Dakwah".. Presentation aku lengkap dengan slides show dan hujahan-hujahan padat daripada idea yang datang secara tiba-tiba dan melimpah-ruah.. Seumpama aku telah dibantu oleh sesuatu pada ketika itu.. Hahaha.. ALHAMDULILLAH... Pn.Hartini tidak banyak bertanya, begitu juga dengan rakan sekelas. Segalanya lancar dan tidak disangka-sangka.... Terima Kasih juga wahai Si Peneman Jiwa kerana memberi sokongan dan sudi meminjamkan lappy U... Saya sayang awak lah!!!! Mmuaahhxx..
;p

Thursday, August 27, 2009

Tentang Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP..

Setelah sekian lamanya bergelumang dengan kerisauan kerana masih lagi belum menemui tempat untuk pementasan Lingkaran Kapur kami, akhirnya Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur ialah "penglerai" kepada segala kerisauan tersebut.. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya aku tidaklah lemah semangat untuk berlatih dan bersungguh-sungguh demi Lingkaran Kapur ini..huhuhu.. Balai Budaya Tun Syed Nasir (BTSN).. Tidak pernah aku ketahui sebelum ini bahawa DBP mempunyai balai budaya.. Walaupun ia tidak la segah Istana Budaya, namun ia sudah cukup memberi kelegaan kepada kami yang bermati-matian demi pementasan yang terbesar bagi kami selama enam semester di UiTM Puncak Pedana ini.. Tempat untuk pementasan sudah ditemui dan ia tidak mungkin lagi akan berubah, namun tarikh pementasan yang telah banyak kali dirombak dan ditangguhkan membuatkan aku tidak yakin bilakah tarikh yang sebenar-benarnya?... Belum lagi aku sentuh masalah mengenai sponsor, costume, dan lain-lain yang mempunayi kerumitan yang tersendiri..Haih...Kasihan kami yang bertungkus-lumus untuk Lingkaran Kapur ini.. Terlalu banyak halangan dan ranjau yang perlu dihadapi untuk memeterai apa yang telah dirancangkan sejak semester lima lagi.. Namun begitu, aku tidak akan berhenti separuh jalan.. Lingkaran Kapur bakal menjadi salah satu kenangan yang terindah dalam hidup aku sepanjang tiga tahun mencipta kehidupan aku di UiTM puncak Perdana, Shah Alam.

Sunday, August 23, 2009

Tentang Ketenangan..

Masa berlalu dengan sepantas-pantasnya. Sehinggakan aku tidak sedar telah tiba sekali lagi BULAN RAMADHAN yang menenangkan ini.. Ketenangan yang dirasa bukanlah disebabkan cuaca dan persekitarannya, tetapi ianya sebuah ketenangan yang berpunca dari nurani setiap insan yang berpuasa kerana Yang Esa.. Aura ketenangan dan keikhlasan itu mencipta gelombang yang sangat menenangkan di Bulan Yang Mulia ini.. Alhamdulillah.. Buat setakat tiga hari berpuasa ini, aku berjaya menyempurnakan ibadah tersebut dengan tenang. Walaupun hari pertama berpuasa aku tidaklah seperti yang diharap-harapkan..
Bukanlah aku mengharapkan ibadah puasa aku diberikan pahala setinggi-tingginya, bukan juga aku harapkan semua orang tahu bahawa aku berpuasa dengan niat HANYALAH kerana YANG ESA. Tetapi cuma aku mengharapkan hari pertama berpuasa aku untuk tahun ini adalah hari yang indah dan sangat manis buat aku dan si dia.. Hari pertama berpuasa, aku mengharapkan untuk sahur bersama-samanya.. berbuka bersama-samanya.. Namun harapan aku itu hanyalah khayalan yang mempermainkan aku sahaja seperti biasa..
"U..Bangun sahur jum..." Aku mengejut si Peneman Jiwa dari tidur...
"Ish..tak nak lah..i ngantok ni..." Sedikit terkilan aku ketika itu...
"Betul nie u xnak sahur?.."..
"Xnak...."..
Aku terus tersentap dan rasa terkilan melonjak-lonjak dalam hati.. Aku rasa mahu sahaja menjerit di waktu subuh-subuh buta itu, sekali gus mengejutkan bukan sahaja si Peneman Jiwa itu malah seluruh warga Puncak Perdana untuk bangun besahur.. Bukan sekadar dari itu, waktu berbuka aku juga adalah sangat tersasar jauh dari apa yang aku harapkan. Si dia terpaksa pulang ke rumahnya untuk berbuka dengan keluarga. Semakin sakit hari berpuasa pertama aku kali ini.. Sejak si dia pulang ke rumah, sehinggalah waktu hendak berbuka aku dan dia bertikam lidah melalui telefon. Secara tiba-tiba si dia memberitahu aku bahawa telefonnya yang satu lagi sudah pecah dan berderai akibat jatuh di dalam biliknya.
Aku tergamam namun cuba menenangkan si dia yang kedengaran agak kecewa.. Azan maghrib yang membuatkan bulu roma aku meremang akhirnya berkumandang lantang tanda tiba waktu berbuka puasa.. Aku berbuka bersama-sama teman serumah seramai empat orang pada satu meja.. Bukanlah hanya berdua-duaan pada satu meja seperti yang aku harapkan..
Namun begitu.. Si Peneman Jiwa pandai mengambil hati aku yang telah disakiti pada hari berpuasa yang pertama..
Bukanlah niat aku ceritakan di ruang ini semata-mata ingin menunjuk-nunjuk bahawa aku berpuasa dan mempunyai masalah dengan si dia.. Tetapi ianya sekadar sedikit perasaan ingin berkongsi tentang hari pertama puasa aku.. Huhuhu.. Mengada-ngada...
Ya... Sungguhpun hari pertama berpuasa itu tidaklah seperti yang aku harapkan, namun ia tetap menenangkan sehingga aku berjaya menjalankan tanggungjawab aku untuk berpuasa penuh pada hari itu...ALHAMDULILLAH...
Sayang... I sayangkan U... U tak teruk.. Cuma kita tak sempurna...Love U sayang..momuaahhxx!!

Thursday, August 20, 2009

Tentang Stor DBP...

Agak terkilan hati aku apabila mendengar berita bahawa kemungkinan showcase kami bakal dipersembahkan di Stor DBP.. Stor DBP???!!! Heii.. Berapa orang penonton yang dapat menyaksikan persembahkan kami nanti???? Ruang lakonan pun sudah cukup untuk memakan seluruh sudut stor itu.. Namanya pun STOR, dah cukup menggambarkan sebesar mana sahaja ruang yang tersedia untuk 20 orang pelakon beraksi... Memanglah kami tidak sehebat mana pun berlakon, tetapi janganlah diperkecilkan lagi kami yang sudah sedia kecil ini...Hahaha.. Lawak betul... Sekarang aku pun tidak siapa yang harus dipersalahkan?.. EM? PM? ke salah produksi itu sendiri, Sepatu Ilham??? Sidang Media bukan main hebat lagi di mana bakal di adakan di CARCOSA HOTEL..Tetapi tempat pementasannya di STOR DBP!!! Huhuhu... Setakat Stor DBP, dua buah keluarga dari para pelakon kami pun sudah tidak muat untuk menonton.. Memanglah ianya hanya sekadar KEMUNGKINAN... Tetapi apabila mendengar berita lucu ini, aku rasa seperti mahu tertawa tidak berhenti sehingga keluar air mata dan terkentut-kentut!!1 Huahaua.. SEDIHNYA... Bagi diri aku, SHOWCASE lah pentas untuk aku buktikan kepada kedua ibu bapa aku bahawa anakandanya ini tidak mengsia-siakan selama tiga tahun berpisah dari mereka. Malah mebuktikan bahawa anakandanya ini tidak merugikan beribu-ribu wang ringgit yang telah dilaburkan kepadanya selama ini...Heii..Sudahlah.. Jika terlalu difikirkan sangat, semakin tinggi tekana darah aku yang sememangnya sudah tinggi dan abnormal... LINGKARAN KAPUR DI STOR DBP......HAHAHAHAHAHAHAHA...It's funny beb!!!!

Saturday, August 15, 2009

Tentang Panjat Pagar

Malangnya hari ini!!! Aku kantoi dengan pak cik guard yang poyo tu time panjat pagar!! Geram betol aku dengan dia.. Gila kuasa!! Ramai yang tak suka dia..dia tak tahu tu.. Dia fikir dah jadi pak guard, dia dah cukup berkuasa dan hebat!!
Tak pasal-pasal aku kena pergi naik court nanti.. Haih!! satu hal la pulak!!!
;(

Wednesday, August 12, 2009

Tentang Sahabat...

Aku semestinya sayang akan sahabat-sahabat aku.. Bagi aku "Sahabat" adalah satu individu dan "Kawan" adalah satu individu yang berbeza.. Melalui dua kata panggilan itu wujudnya perbezaan dari segi istilahnya, dan sudah seperti yang terzahir ejaannyapun berbeza.
Sahabat.. Sahabat bagi aku ialah seseorang yang aku sayang lebih dari seorang kawan. Sahabat adalah kakak, adik atau abang yang tidak semestinya memerlukan pertalian darah mahupun keturunan. Sahabat juga merupakan seseorang yang sudi mendengar dan berkongsi apa juga cerita, permasalahan, kebahagian, kesusahan, kelebihan dan keburukan dari diri kita.. Bukan sekadar hal-hal di dalam kelas, pejabat atau kerja sahaja, namun hal-hal peribadi juga adalah method dalam sesebuah PERSAHABATAN..Itu pengertian "Sahabat" pada diri aku sendiri.. Sementara "Kawan" pula ialah seseorang yang aku berhubung dan berkomunikasi pada bila-bila masa dan hal-hal peribadi adalah di luar batas sebagai seorang kawan..
Aku mempunyai lebih dari dua orang yang layak aku gelar sebagai SAHABAT. Sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka seperti aku menyayangi keluarga aku sendiri, walaupun keluarga aku tidaklah sebahagia yang aku impikan.. Dalam hidup aku kini cuma ada serpihan keluarga aku, sahabat dan kekasih sahaja. Aku tidak punyai harta atau asset yang mampu membuat aku bahagia dan hidup sempurna. Aku cuma dan hanya ada meraka sahaja sebagai assetku.. Mereka sudah cukup membuatkan aku bahagia walaupun cita-cita aku belum menjadi kenyataan. Namun seseorang yang aku panggil SAHABAT telah menggoyahkan pertalian PERSAHABATAN kami. Aku tidak faham mengapa disebabkan orang lain dia sanggup meregangkan ikatan yang kami gelarkan sebagai BEST FRIEND FOR EVER (BFF)?.. Aku masih ingat madah si dia yang menghantar mesej kepada aku tidak lama beberapa bulan dulu, dia menyatakan bahawa..."Kita xkan ada poblem dalam BFF melainkan kita sendiri yang cari poblem sesama sendiri".. Tapi sekarang apa yang telah terjadi, ternyata aku dan dia bermasalah walaupun masalah itu bukan berpunca daripada sesama kami. Sebaliknya disebabkan kekasihnya yang menjadi penyebab dia menghiraukan aku dan mengendahkan sapaan aku sebagai BFFnya.. Aku hanya menegur dia yang berulang-alik dari kampus ke rumahnya di Kuala Lumpur setiap hari. Aku risaukan dia yang sedang sibuk dengan Diploma Showcase kami. kami semakin sibuk dan tidak cukup rehat. Sementara dia pula mahu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Shah Alam setiap hari. Dia enggan menetap di hostel kerana mempunyai masalah dengan rakan sebiliknya. Rakan sebilik yang hanya menasihati perbuatan "mesra" dia dan kekasihnya di rumah telah disalah ertikan oleh diri dia sendiri. Lalu dia mengambil keputusan untuk berulang-alik dari rumah ke kampus setiap hari.
Setelah mendengar keputusan dan melihat tindakannya, sebagai seoranya yang bernama SAHABAT atau lebih kukuh lagi ikatan itu dengan gelaran BFF, aku berasa terseru untuk menasihati dan menegur tindakannya. Namun apa yang aku perolehi dari tindakan aku itu adalah salah faham dari dia sendiri. Mungkin apa yang dia fikirkan, aku telah bersekutu dengan teman sebiliknya itu yang sememangnya bermasalah dengan dia dan kekasihnya. Ya, aku akui bahawa aku pernah bertikam lidah dengan kekasih BFF aku itu, namun ianya telah berakhir.. Malah aku dan dia tetap bersahabat setelah apa yang berlaku di antara aku dengan kekasihnya.
Dia mengzahirkan salah fahamnya dengan enggan menegur aku atau menyapa aku walaupun berada bersebelahan saja. Walaupun begitu aku tetap mahu menegur dan menyapanya kerana atas dasar DIA ADALAH BEST FRIEND FOR EVER AKU... Namun, jika dia tetap mahu mengendahkan aku yang masih menegur dan menyapanya itu, aku tidak boleh berkata apa-apa. Ingin aku jelaskan maksud sebenar-benarnya nasihat dan teguran aku yang telah disalah ertikan olehnya tempoh hari, tapi aku khuatiri dia akan lebih salah faham lagi!! Hurm.. Tidak mengapalah.. Aku perhatikan saja sampai bila dia mahu berkelakuan begitu dan terus-menerus salah faham dengan nasihat dan teguran aku.. Apa yang penting, aku masih dan tetap menganggap dia sebagai BEST FRIEND FOR EVER KU... Cyg, i loaf u my bff...mmuuaahhxx..

Monday, August 10, 2009

Tentang Lingkaran Kapur...

Aku memang tidak boleh menyanyi.. Aku sedar yang aku memang tidak boleh menyanyi.. Aku tidak mempunyai suara yang cukup bagus untuk menyanyi... Setiap kali aku menyanyi, sesiapa sahaja yang mendengar suara aku yang "cukup lunak" ini pasti akan tertawa dan menggelakkan aku.. Namun aku tidak pernah menghiraukan malah aku hanya sekadar mengendahkan ejekan dan perlian mereka terhadap nyanyian aku.. Tapi sehinggalah sekarang, segala ejekan dan perlian mereka telah memberikan tekanan terhadap aku.. Ianya kerana apabila aku telah dipilih untuk melakonkan watak sebagai Penyanyi untuk persembahan showcase kami nanti.. Ya.. Sudah semestinya aku perlu malah wajib menyanyi dalam setiap persembahan showcase yang bakal berlansung selama tiga hari berturut-turut nanti.. Ya!! Aku sedar aku tidak boleh menyanyi!!! Aku sedar itu... Tapi mengapa mereka terus mengejek dan memerli nanyian aku? Sedangkan mereka sudah sedia mengetahui bahawa pengarah sendiri yang telah memilih aku untuk memikul watak sebagai Pencerita ataupun dalam kata lainnya sebagai Penyanyi? Entahlah.. Kadang-kala aku berasa terlalu rendah diri malah tidak yakin untuk melontarkan vokal aku di hadapan mereka. Tetapi jika aku terus berfikiran dan berasa begitu, bagaimana aku hendak merealisasikan watak tersebut dan sekali gus mempersembahakan showcase nanti?.. Maka dengan itu aku sekarang hanya perlu terus mengendahkan mereka yang tidak pernah memberi sokongan terhadap aku.. Aku mahu memberi kesedaran kepada mereka bahawa bukanlah suara aku yang ingin dipersembahakan sebaliknya mesej dan pengajaran yang terdapat dalam lagu-lagu yang bakal aku nyanyikan nanti sebenarnya yang ingin dipersembahkan.. Kawan-kawan.. Aku berharap walaupun suara dan nada vokal yang aku laontarkan tidaklah sebegitu enak untuk didengarkan.. Namun berilah sedikit sokongan dan kata semangat kepada aku untuk kita bersama-sama menjayakan watak masing-masing, malah apa yang lebih bermakna ialah kita bersama-sama menjayakan showcase kita..."Lingkaran Kapur"... Ya.. Itu hala tujuan kita...Lingkaran Kapur...9, 10 dan 11 Oktober 2009...

Monday, August 3, 2009

Tentang Study

Sekarang ini aku sedang tertekan dengan terlalu banyak assignment yang tertangguh.. Mungkin salah aku yang telah menangguhkan assignment yang akhirnya terkumpul bertimbun.. Hmm... Latihan Showcase sekarang sudah mula menampakkan rentak rancaknya.. Aku wajib untuk lebih serius lagi dalam menempuhi semester terakhir aku di UiTM Puncak Perdana ini..
UiTM Puncak Perdana yang telah mengajar aku bukan setakat ilmu mengenai lakonan dan teater, malah ilmu tentang kehidupan dan penghuni di dalam kehidupan ini sendiri.. Terlalu banyak dan masih banyak yang telah dan perlu aku pelajari dan gali... Melalui apa yang telah aku study di UiTM Puncak Perdana ini telah membuatkan aku sedar akan siapakah sahabat dan siapakah itu "sahabat!!".. Sesungguhnya selama hampir tiga tahun aku study di menara gading ini, ia belum cukup untuk mematangkan aku sebagai seseorang yang berumur 21 tahun.. Namun dari apa yang telah aku study di sini, sudah... sudah cukup untuk rumuskan bahawa hidup sebagai remaja di menara gading ini hanya topeng lakonan yang adakalanya mengejar anugerah dan gelaran "Hot Chick", "Hot Guy", "The Most Glamorous" dan sebagainya yang merepek sahaja.. Hmm..Kadang kala aku juga hanyut dan sering hanyut dengan pertaruhan gelaran-gelaran karut tersebut...
Ayah... Mama..sudah hampir tiga tahun abang mendaki menara gading..dan insyAllah abang sudah semakin hampir ke puncaknya.. Ayah.. Mama.. Walaupun kamu berdua tidak mungkin lagi bersatu dan kembali bersama-sama... Namun abang MERAYU BELAS KASIHMU BERDUA WAHAI SYURGAKU,abang rayu agar bersatulah bersama-sama untuk mendoakan kejayaan anakandamu yang degil orangnya ini.. Doa kamu berdua insan bergelar ibu bapa.. sangatlah abang dambakan... Semoga kejayaan yang bakal aku takluki nanti bukan sekadar buah hasil usahaku yang kemanisannya tidak terkira semata-mata, malah berkat doa oleh sang Adam dan Hawa yang bergelar ayah dan mama... AMIN...

Sunday, July 26, 2009

Bisikan Pengenalan...

Hari ini aku baru dapat buat blog setelah sekian lamanya...Akibat kesibukan dan tiada waktu untuk mencipta diari hidup/blog, terlalu banyak kisah dan ceritera yang berlalu.. Namun semestinya tidak akan aku mengsia-siakan kisah-kisah yang berlaku itu pergi dimakan waktu..
Hati ini kebal untuk menangis dan tertawa akibat terlalu tepu dengan pelbagai ceritera.. Oleh itu..kelahiran blog ini insyaAllah mampu menjadi perantaraan untuk aku meluahkan apa yang telah diserap ke dalam hati yang begitu lembut ini...
Sebenarnya banyak lagi yang inginku bisikan sebagai madah pengenalan dalam bolg ini.. Namun akibat tidak mempunyai kesempatan kala ini, hanya hanya sekadar coretan ringkas sahaja dapat aku hulurkan sebagai salam pengenalan...
Temujanji denagan Romeo hari bakal berlaku.. Rindu padanya semakin menyiksa naluri Juliet ini.. Tidak sabar mahu memeluk kehangatan tubuh sang aruna itu... Oleh itu, salam pengenalan buat kamu yang sudi membelek diari hidup aku ini yang masih belum matang dan tepu isinya...
Assalamualikum....
ini