Friday, July 29, 2011

Memang layak untuk itu..

Mungkin ia di luar sedarku...
Tak layak untuk semua itu..
Tak layak mengzahirkan apa yang masih ghaib..
Bukan kudrat aku mewujudkannya..
Walaupun gigih cuba MENCIPTANYA..


ANGAN-ANGAN...


Tawar, pudar, terkulai..
Tak mampu lagi untuk semua itu..
Hanya jalani dengan apa yang adanya

Benar,


IKUT KATA HATI, MATI..

Maka, matilah aku..
Akal mampu berfikir...
Namun terlalu LEMAH melawan HATI yang semakin MEMENDUNG..

Dia sudah MEMBERI...
Aku MENGSIA-SIAKANNYA..
MEMBAZIRI pemberiannya..
Tak pernah BERSYUKUR..

Oleh itu,

MEMANG LAYAK SEMUA INI UNTUKKU..

Saturday, July 9, 2011

Chilexxxx skit.... ;D

Dah puas dan naik muak dah nak emo2 ni.. Hahaha.. Sekarang meh kita chill2..Since bulan Mei lepas aku terlalu free dan menganggur je. Yela.. Dari bulan Oktober tahun lepas, sampailah bulan April tahun ni aku NON STOP kerja dan belajar. ALAMDULILLAH.. Rezeki, semangat dan kesungguhan aku dalam mendapatkan apa yang aku mahukan. =)

Selain dari berjimba jimbu ke hulur ke hilir ke Timur ke Barat, aku tak la membuang masa macam tu saja. Banyak juga aktiviti yang aku dah buat. Sampai tak tahu mana satu nak cite dulu.. Lalala..Tapi tak pe.. Aku rasa yang ni paling sesuai untuk dikongsi buat masa sekarang..


DISPLACER...
by Jaja Kadir

Merupakan sebuah filem pendek arahan Jaja Kadir dan digarap ke dalam tulisan skrip oleh Liyana Jamili. Pendek je cite ni. Tapi is like telling you the whole things about LIFE. Kalau nak cite apa story dalam cite ni, aku ada banyak VERSIONS. Version masa MULA2 DAPAT SKRIP, MASA SHOOTING, MASA EDITING dan masa SCREENING. Takpe la.. Aku tak nak dan tak perlu beritahu kat sini tentang apa yang aku faham mengenai cite ni. Sebab setiap orang ada pemikiran dan pendapat masing2. Tapi aku nak simpulkan SEMUA VERSIONS pendapat aku mengenai Displacer ni sebagai....

"We are keep finding and try to identify about where are we standing and what's going on with ourselves. Until at one point, we get CLUELESS and realize that we are at one place with different season, just no where and it's LIFE."

CIRCLE. ROUND.

Congrats to us, the team. Displacer.

Thursday, July 7, 2011

Gelarkan saja..


LETIH LETIH LETIH...
LETIH meriuk gemalaikan hati..
Sampai masa dihempas-hempas..
CILAKA..


CUKUP CUKUP CUKUP...
CUKUP dengan gemalai hati yang sia-sia...
Takkan kepala menunduk lagi..
BIARKAN SAJA.....


PEDULI PEDULI PEDULI..
PEDULIKAN apa yang bakal menjadi..
Kini ikutkan saja si hati..
RASAKAN SAJA..



SETAN SETAN SETAN..
SETAN? Ya, aku SETAN atau apa, sebutlah saja..


BANGSAT BANGSAT BANGSAT..
BANGSAT sikap atau rasa dah tak dikira..


KEJAM KEJAM KEJAM..
KEJAM pada diri, dia dan mereka..
Takkan peduli apa gelaran diri..


MEMBERONTAKLAH hati ni!!!!

Monday, July 4, 2011

Bangkai Kehidupan

Memang seperti permainan,

Yang mempersenda dan memperlekehkan aku..

Yang lunyai, riuk dengan segalanya..

Yang DUNGU, bendul dalam apa pun.


Memang seperti permainan..

Yang lemas gelap MENYESAKKAN.

.Yang sendiri berkata tak didengari..

Yang menyayangi pun TAKKAN mampu fahami..


Memang seperti permainan..

Yang bertalu-talu dizahirkan..

Yang mengejar, dikejar..

Yang berjanji, bilah-bilah HARAPAN..

Yang kononnya menunggu berjarak berwaktu..


Memang seperti permainan..

Sekali rasa, ghaib dari mata..

Sedetik melompat, BERZAMAN tersungkur..


Memang satu permainan..

Rosak sudah akal fikiran..

Lunyai lebur perasaan..


Jadi BANGKAI DALAM KEHIDUPAN..