Thursday, January 21, 2010

Tentang Bertentangan..

Alhamdulillah...Setelah hampir sebulan lebih aku membawa diri ke negeri orang.. Sengaja aku menyibukkan diri bagi merawat luka hati yang sebenarnya berdarah merah kembali.. Berkerja dengan mengikuti pengambaran drama bersiri "Apa Dosa Ku-Sybil Khatigasu Story" (ADK) di Ipoh, Perak sememangnya pengalaman yang amat bermakna buat aku.. Aku bukan sekadar belajar untuk menilai erti kehidupan berkerja, malah belajar untuk menilai erti hidup berdikari tanpa teman-teman di sekeliling.. Ya..Sungguh asing mereka pada aku.. Walaupun kehadiranku agak disambut mesra oleh ahli-ahli produksi RED COMMUNICATION, namun terasa agak gemuruh juga untuk berkerjasama dengan pengarah yang tidak asing lagi, Bernard Chauly. Owh..Terlalu banyak untuk diungkapkan dengan kata-kata... Terlalu jenuh untuk dizahirkan dengan bermadah bercerita.. Mengalami dan merasa sahaja yang mampu meluahkan kisah-kisah berharga sepanjang penggambaran yang sebenarnya masih belum berakhir ini.. Aku masih lagi mempunyai 20 hari untuk menilai dan menikmati pegalaman berharga ini.. Tiba sahaja 20 Februari 2010 nanti, maka cukuplah rasa nikmat berkerja dalam set dan baju-baju bertemakan era 40-an itu..

Dan kini... Aku KEMBALI ke UiTM Puncak Perdana bagi meluangkan waktu rehatku di kampus yang penuh memori ini. Setelah hangit kulitku dipanggang sang suria sepanjang penggambaran.. Hahaha.. Bertambah buruk dan gelap diri ku ini..huhuhu.. Alhamdulillah.. Hilang sedikit rindu terhadap mereka yang bergelar teman dan rakan.. Kenangan demi kenangan diimbas dan direnungi... Namun KEMBALINYA aku di puncak ini, dibalas dengan khabar yang menyedihkan dari sahabat dan boleh ku anggap sebagai abangku..

Dalam perjalanan masuk ke kolej dari kandang..

Perro: Hehew..akhirnya kembali juga aku kat puncak ni..(ketawa)
A: (senyum dan..) Kau tau tak sapa yang aku paling sayang dalam family aku?
Perro: Mak kau la..
A: Tak.. Nenek aku... dan dia baru je 'pergi' maghrib tadi..
Perro: (tergamam,terkedu,membisu,terkaku) Aizam...balik la kampung malam ni juga!!!

Aku benar-benar memahami apa yang mengisi kepompong hati Aizam kala ini.. Argh..Tak terungkap kepedihannya!! Aku KEMBALI ke puncak... Aku sedikit bahagia.. Nenda Aizam PERGI buat selamanya... Dia tak terungkap rasa dengan kata-kata!! Rasa aku dan rasa Aizam amat bertentangan kala ini... Namun atas apa yang dialami oleh abang aku itu, aku turut merasa apa yang dirasanya..

Dan.. Sudah masuk dua kali aku terserempak dengan hamba Allah yang pernah membahagiakan aku dulu dan kini melukakan.. Sebelum menerima khabar pemergian nenda Aizam, aku sudah mengalami ini- Aku dan dia kebetulan ditemukan di sebuah kedai makan yang sama.. dan aku tiada pilihan lain untuk mengelak kerana terpaksa menuruti beberapa orang rakan yang lain untuk duduk di meja bertentangan dengannya. Arghh... LAGI AKU INGIN MENGELAK, LAGI DITEMUKAN!!! MENGAPA??? Namun..oleh kerana tida pilihan lain..aku terpaksa duduk bertentangan dengannya.. Aku mengadap ke BARAT, dan dia ke TIMUR.. Bertentangan pemandangan kami... Belakang tubuh kami bertentangan.. Seorang ke BARAT, seorang ke TIMUR..Walaupun sudah begitu hampir dan mampu ku merasa kehangatan belakang tubuhnya yang terlalu dekat duduk di belakangku, namun tidak mampu kami berbicara..

Ya Tuhan.. Terima kasih kerana meminjamkan aku beberapa hari ini untuk aku menikmati kenangan-kenangan di puncak perdana ini... Terima kasih kerana memberi peluang melepaskan kerinduan terhadap mereka... Dan esok.. Aku bakal KEMBALI ke Ipoh untuk terus menilai erti berdikari dan hidup realiti.. dan akan aku biarkan mereka PERGI dari pandangan mata ini walaupun masih tertinggal dalam hati.. Kerana aku yakin..ini adalah SEKETIKA..bukan SELAMANYA..