Monday, June 24, 2013

SENYUM

Kalaulah ketika menulis ini aku menangis... Mungkin lebih puas terbebas rasa dipendam. Tetapi sambil menulis ini aku TERSENYUM sorang-sorang (bukan sebab aku gila). SENYUM kerana rasa yang dipendam terpadu sebu. Sahabat dan kawan meminta bahu untuk meluah, merintih. Aku mengiringkan sedikit tubuh menghulur bahu. Kepala mereka menyandar dan aku belai dengan rasa simpati sebagai sahabat juga sebagai kawan yang setia mendengar (sekurang-kurangnya). Basah bahu aku. Tapi rasa lega mereka selepas itu telus juga aku rasakan dalam hati aku sendiri. Bahagia rasanya bila buat sahabat, kawan lega. Aku SENYUM lagi. Usai mereka merintih, meluah, aku boleh balik rumah dengan tenang dan rasa bahagia itu tetap bersama. Yes! Dapat rehat dalam bilik sorang-sorang. Takde maknanya balik bilik dan rehat. Sampai hempas badan atas katil, mata tak boleh katup pun. Entah atas alasan apa payah betul nak lelap, dah berapa lama macam ni. Payah nak tidur malam/siang. Untung nasib, terlelap sendiri tanpa paksa.




Indah hidup ada sahabat, kawan sekeliling sentiasa bersama. Tapi aku lebih rela untuk menyendiri untuk seketika. Beri ruang sedikit untuk aku meluah, merintih pada bahu sendiri. Bukan kerana kamu tidak mahu mendengar dan menyediakan bahu, tapi aku hanya mahu sendiri mungkin untuk sejam, dua. Harap ia memadai. Sekarang aku menyendiri. Tenang bukan kepalang. Tarik bantal dan duduk menyandar pada dinding. Nyalakan sebatang Pall Mall hijau (dah naik harga sekotak RM9), sambil hirup Nescafe. Sedut rokok dalam-dalam dan hembus.. Fuhhh, berkepuk asap. Tengok asap rokok, aku SENYUM lagi. Siot btol kenapa aku masih boleh SENYUM. Pop pop popp! Mesej, BMM, Whatsapp masuk. Aku tak ada Wechat. Padang phone, aku jelingkan saja. Sedut lagi rokok, hembus. Asap, dan SENYUM. Sial, aku bencilah 'rasa' macam ni! Keluarlah air mata! Keluarlah menjurai-jurai seperti mereka yang menangis pada bahu aku!



*Tulis entri ni dah dekat 2 minggu, baru publish hari ni. cis!