Friday, August 16, 2013

TANDA PUTERA, 29 OGOS 2013

Mama pernah cerita kat aku pasal satu peristiwa hitam yang pernah jadi di negara kita satu ketika dulu.. Senang orang ingat ianya ialah peristiwa 13 MEI 1969. Tak payah sebutlah apa yang jadi masa tu.. Aku yakin ramai yang tahu walaupun dah berdekad-dekad peristiwa hitam tu terjadi. Yang pastinya ia berkaitan dengan perkauman. Bila dengar apa yang mama aku cerita dan dibandingkan dengan apa yang kita alami sekarang nampak macam IMPOSSIBLE sangat. Macam AJAIB pun ada. Sebab aku sendiri hidup selama 25 tahun ni pun tak pernah tergugat dengan isu-isu perkauman. Aku bekerja, belajar, berjiran dan pernah juga bercinta dengan pelbagai kaum (wah, 'pelbagai' tu yang tak boleh bla..) sentiasa rasa selamat dan aman je. Untuk itu aku BERSYUKUR.

*aku pernah bercinta dengan pelbagai kaum.

Damn, kenapalah aku boleh sebut pasal belajar??? Kan dah teringat kat tesis dan final project! Cis, mood raya pun belum basi lagi beb! Anyway, since belajar untuk degree di fakulti perfileman, so banyaklah filem yang aku perlu tahu dan update (walaupun ada kalanya takde masa pun nak pergi panggung wayang). Nak dijadikan cerita, sebelum balik kampung cuti beraya, aku sempatlah berbual dengan kawan-kawan pasal filem-filem yang bakal ditayangkan dalam bulan raya nanti. Kononnya nak plan pergi tengok wayang beramai-ramai la bila balik ke Shah Alam.  Dalam banyak-banyak filem, aku tertarik dengan satu filem tempatan yang kawan aku sebut. TANDA PUTERA, arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Aku minat betul dengan pengarah nih!! Dengar nama pengarah ni excited aku macam dengar nama arwah Yasmin Ahmad. Okay, bak kata kawan aku (kami ni suka bergosip. KAH KAH KAH) filem Tanda Putera ni banyak kontroversi. Aku apa lagi, yang kontroversi ni la yang I LOIKEEE! Kawan aku cakap filem ni pernah difitnah membangkitkan isu perkauman bila mengisahkan peristiwa 13 Mei tu. Pastu ditangguhkan tayangan yang sepatutnya bermula pada 15 November 2012. Bila dah nak tayang pulak sebelum Pilihan Raya Umum aritu, ada la kata-kata nista lagi dihamburkan pada filem ni lagi.. So, tangguh lagi.. Aku jadi geram pulak dengar semua ni. Aku nak tengok filem Shuhaimi Baba ni, ditangguh-tangguhkan pulak! Tapi lagi ditangguhkan, lagi mencanak-canak rasa nak tunggu dan tonton filem ni!



Mudah betul aku melenting dengar gosip-gosip pasal filem ni. So balik rumah aku terus search info pasal TANDA PUTERA. Beb, ia bakal ditayangkan pada 29 OGOS INI!!! Excited. Lepas aku baca sinopsis kat internet, aku cari trailer kat youtube pula. Lepas beberapa klip video yang aku tengok kat youtube, apa yang boleh aku conclude, TANDA PUTERA bukanlah filem yang membangkitkan isu perkauman. BUKAN SAMA SEKALI! Ia mengisahkan tentang sifat kemanusiaan, nilai pengorbanan dan kemuliaan bekas Perdana Menteri ke-2, TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN dan Timbalan Perdana Menteri beliau, TUN DR ISMAIL ABDUL RAHMAN. Jasa-jasa dan sumbangan beliau tidak perlu dinafikan lagi la.. Sebab tu beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan. Beliaulah yang mengemukakan Dasar Ekonomi Baru dan menubuhkan Barisan Nasional. Kita ni dok sebut-sebut pasal kerja, tanggungjawab, jasa dan pemberian beliau kepada negara je. Tapi kita jarang atau tak pernah sebut pasal peribadi beliau. Korang tahu tak yang beliau meninggal akibat Leukaemia?? korang tahu tak yang beliau merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan semua termasuklah isterinya, semata-mata mahu berkhidmat untuk negara??? KORANG TAHU TAK?!!! (Sorry, emo pulekkk) Kita dok kenal TUN ABDUL RAZAK melalui jasa-jasa beliau sahaja. Tapi kita tak terfikir untuk kenal beliau sebagai manusia dan insan biasa. Begitu juga dengan Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang bertarung nyawa dengan serangan sakit jantungnya demi keadaan negara kita ketika itu.

Dah la beb, nak kenal Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail dengan lebih dekat, jom tengok filem Tanda Putera bermula 29 Ogos di pawagam berhampiran.  Aku yang baca pasal perjalanan hidup kedua orang tokoh ini kat internet pun dan rasa sebak, meremang bulu roma. Bila tengok filem ni nanti agaknya macam mana la eak? Tambah-tambah lagi pelakon hebat  Rusdi Ramli  berlakon sebagai Tun Abdul Razak dan Zizan Nin sebagai Tun Dr ismail, konpem GEMPAK!

Bye, salam.