Saturday, April 21, 2012

Cabin In The Wood

Kalau diberi pilihan sama ada filem seram, romantik atau thriller, filem seram dan thriller adalah pilihan aku. Baru-baru ini aku dah tengok filem seram, Cabin In The Wood arahan Drew Goddard. Filem ini tidak menghampakan dengan babak-babak suspen dan ngerinya. Ianya agak sedikit lain bukan sekadar dari segi konten, malah mesejnya sekali. Terdapat beberapa lambang dalam babak filem ni seolah-olah memerli sebuah pemerintahan berpresiden yang menguasai dunia sekarang. Filem arahan Goddard ini adalah salah sebuah filem post-modern yang aku kira menarik. Ianya kerana filem ini mendedahkan sebuah organisasi yang mempunyai peralatan dan kemudahan komputer yang canggih namun menjalankan sebuah operasi yang kuno.
Meh la aku cite sikit sebanyak apa yang aku dah tonton dan dapat melalui filem ni. Filem seram yang buat aku sampai terangkat kaki ini menonjolkan bagaimana amalan ritual kuno terhadap beberapa Dewa/Tuhan zaman purba dilakukan dengan kemodenan teknologi. Ritual pengorbanan nyawa dalam sesuatu kepercayaan terhadap beberapa Dewa/Tuhan purba ini dilakukan oleh sebuah organisasi yang mempunyai peralatan komputer dan komunikasi yang canggih ke beberapa negara di seluruh dunia, termasuklah di Asia. Selain bertujuan untuk melindungi umat manusia daripada amukan Dewa/Tuhan, atau pada kiraan aku adalah Dajal, mereka juga melakukan operasi ini dengan tujuan keuntungan melalui kejayaan perancangan-perancangan yang telah dilakukan.Malah setiap perancangan yang dilakukan untuk amalan ritual ini dah macam dalam video game pulak. Menarik.
Apa yang menariknya lagi, filem ini bukan seperti filem seram Hollywood yang lain, di mana naratifnya tidak bersifat Classical Hollywood narration. Pada penghujung cerita ini, semua watak protagonis dan antagonisnya mati. Aku tertarik dengan gaya adunanan kepercayaan zaman purba dan amalan ritual dalam masayarakat moden, di mana ia sebati dan menghasilkan sebuah cerita yang bukan saja untuk menyuap nafsu hiburan, malah menyuap pemikiran minda dengan pelbagai mesej.
Nak cakap lebih2 pun aku bukan bijak sangat nak bercerita atau mengupas tentang filem (adik belajar lagi, belum habis degree pun lagi), so itu je la dapat aku share. Bukan nak promosi, tapi berkongsi. Rasa macam nak tengok lagi. Hahaha.. Download sajoooo.. ;D



Thursday, April 19, 2012

AKAR

Masa tengah segregate fail2 nota semua tadi, tiba-tiba aku terjumpa sehelai kertas... Contengan pada kertas ini aku buat masa tengah duduk2 dalam bilik. Masa tu terlalu rindu kot kat dua orang insan... Ambik pen and kertas, terus conteng. Habis conteng, terus seluk masuk dalam entah mana2 fail dalam almari.. Malam ni tadi baru terjumpa semula... So, alang2 dah terjumpa, rasa macam nak share pulak.. ;D

Ini untuk MAMA dan AYAH aku..


NORMALA BINTI HASSAN
&
NADZRI BIN ACHIN

(Cewah, dah macam tulis nama dlm kad jemputan kahwin pulak :D)



Kaku pena dalam genggaman....
Jauh jenuh renung fikir bicara...
Kebas otak menelaah kasihmu..
Wahai ADAM, wahai HAWAku...

Kaki ini menapak bumi...
Tangan ini mengenggam pena...
Mata ini menikmati...
Hati ini merasa...
Otak ini berkerja waras...
Bermula dari TELAPAK TANGANMU..

Wahai ADAM..
Wahai HAWAKU...

Terimalah kasih...
Terimalah kasih...
Terimalah kasih...

Terima kasih,
Kau yang ku teriak, AYAH...
Kau yang ku teriak, IBU...

Bayang wajahmu ku rindu...
rangkul, dakap tubuhmu setiap waktu, anganku...
Andai dapat cium baumu setiap waktu...
Agar leganya segala yang dirindu...

ADAMKU...
HAWAKU...

Terima kasih kucupan kasihmu...
Kucupan sayang yang menjadikan aku sebagai AKU...



Simple je tulis2 masa ni nak kasi hilang rindu.. Masa call selalu nak nangis2 bagitau rindu kang malu pulak dah besar2.. Hahaha.. Saja2 nak share..
Doa2 juga utk diorang, tapi bila tulis puisi untuk diorang, rasa macam SPECIAL skit rindu tu..ehehe.. ;D