Wednesday, June 22, 2011

Tiada Kesal

Jika direnung lama-lama..
Memang akan GILA..

Mahu DIKESALKAN apa??
Ini pengalaman yang berharga..
BIARKAN kata mereka..

Belum terkena, megahlah berkata-kata..

Tak perlu difikirkan mendalam..
Ini TELAH BERLAKU..
Dan ini yang telah DIPUTUSKAN..
Tak ada kuasa mengundur waktu..

DOSA, PAHALA??

Dibuat, dihimpun sudah tentu..
Jangan difikirkan mendalam apa yang berlaku..

Asalkan disedari...
BAIK, BURUK dari itu..
Dan MENGERTI apa yang diperlaku..

IA

Bila dihentak-hentak..
Bila dihempuk-hempuk..
Direnyuk-renyuk...

Tapi IA masih mampu MERASA..
Dipaksa mata untuk mengalirkan kata..
Kata-kata IA yang pastinya maya di mata..

Dirempuh-rempuh...
Ditonyoh-tonyah...
Disiat-siat....

Tapi IA masih mampu bersuara..
Dipaksa tubuh meronta..
Gambaran IA di dalamnya...

Dikelar-kelar...
Ditujah-tujah..
Ditikam-tikam..
.
Tapi IA masih mampu melaung...
Dipaksa pandangan mengzahirkan derita..
Bila direnung, pedih bercerita..

Kini...
Dihantuk-hantuk..
Direnyuk-renyuk..
Dihempuk-hempuk..

IA..
IA.. Diam terbisu terkatup kata..
Mata, kering..
Tubuh, membatu..
Pandangan, kabur bercerita...



IA..
Sudah MATI dari MERASA.. BERSUARA.. MELAUNG..
IA..MATI UNTUK SEGALANYA...


Tuesday, June 21, 2011

Terima kasih...

14 Jun - 20 Jun 2010. Kuantan. Sungai Isap.

Di sinilah destinasi percutian aku selama seminggu. Kuantan, Sungai Isap, rumah SAHABAT SELAMANYA, Apiq..

TERIMA KASIH SAYANG..
APIQ..


Selepas kebal tubuh aku menjalani kehidupan sebagai PELAJAR dan PEKERJA BEBAS di dalam industri, sebuah percutian yang tidak dirancang dah pun berlaku.. Sudah empuk minda aku belajar dan sudah bentan tubuh mengerah tenaga mencari nafkah diri. Akhirnya sampai juga waktu aku merehatkan MINDA dan TUBUH aku ni..


JANJI DENGAN MAMA AKU AWAL2 NAK BALIK MELAKA, LAST2 SAMPAI KE KUANTAN DULU.. SEMINGGU PULA TU.. HAHAHA.. (sekali sekala jadi anak yang nakal* walaupun memang seorang anak yang DEGIL)


Dah lama tak naik bas jalan jauh, 4 jam dalam bas agak memenatkan.. Tetapi gelagat BFF aku yang seorang ni, membuatkan perjalanan yang panjang agak menyeronokkan..


MOHHH... KITA SAKSIKAN APA YANG AKU BUAT KAT
KUANTAN SELAMA SEMINGGU..
YE!! SEMINGGU BEB! ;D



HARI PERTAMA - SIANG. Kat rumah Apiq ni agak BERBAHANG. Tapi seronok sebab terasa SUASANA RUMAH KAMPUNG. Aku dan Apiq duk sibuk on9 je dan bergambar berangan.. Hahaha.. Dengan karenah anak2 buah Apiq yang comel dan manja dengan aku. Aku rasa sangat SELESA dengan penerima keluarga BFF aku ni.. Diorang sangat SPORTING dan meriah.. Terutamanya anak2 buah Apiq.. Tak tahulah, walaupun baharu je kenal mereka, tapi aku dah SAYANG kat diorang. SAYANGNYAAAAAAA aku tak sempat nak bergambar dengan anak2 buah Apiq - Aiman, Angah, Uda, Kakak dan Adik.



DAN...BILA MALAM MENJELMA... SETIAP MALAM HINGGA KE SUBUH..INILAH AKTIVITI AKU DAN KAWAN2 BAHARU AKU..JENG3X..
;D

Macam orang gila bergambar bukan2 depan kelab malam di TELUK CEMPEDAK. Haha (tak masuk pun kelab tu, bergambar je)


Serious NIKMATTTTTT... TELUK CEMPEDAK.. ;)


Walaupun kat Kuantan.. I never escape my self from SWIMMING. Kiteorang swimming di Kelab Belia kat situ. Seronok sebab menggila jadi DUYUNG dalam air! Hahaha.


TANJUNG LUMPUR. Ikan bakar. Ofcourse!! Tak 'caraaa' la kalau pergi pantai tak pekena ikan bakar.. hehe


Inilah kawan2 Apiq.. Along, Airuz dan Ally. Sekarang diorang juga adalah kawan2 aku.. Ally takde dalam picture ni.. Ish,mana Ally ni? ;p

Banyak sangat aktiviti yang aku dan mereka lakukan sepanjang seminggu tu. Dan yang paling NYATA adalah aku sangat BAHAGIA.. Ditambah pula dengan mendapat berita gembira..

RESULT EXAM YANG SANGAT MEMUASKAN..
RESULT YANG BAIK KELUAR TIME TENGAH BERCUTI..
ALHAMDULILLAH..NIKMAT...

Kenangan2 ni membuatkan aku tersenyum. Sebaik sahaja pulang ke Shah Alam, aku seperti DILAHIRKAN SEMULA sebagai remaja. Aku merasakan kehidupan aku sangat NATURAL selepas pulang dari Kuantan tu.

TERIMA KASIH APIQ, ALONG, ALLY DAN AIRUS.. TAK LUPA JUGA KEPADA FAMILY APIQ. SAYA RINDU KAMU SEMUA.

KUANTAN- IT BRINGS SOMETHING FOR ME, A BRAND NEW LIFE.


ALHAMDULILLAH...


Tuesday, June 14, 2011

TUHAN.. Tolong dengarkannn...

Pedih hingga ke tekak tahan sakit di hati.
Terkilan, kecewa, tersentap terkatup bibir..
Hilang seribu kata, hati tak mampu merasa apa...

SAKIT... SAKIT.. SAKIT...


Ditahan-tahan dari mengalir..
Dalam hati sudah deras memerah darah...
Walau sedar SENGSARA ini TAK BERHARGA..
Apakan daya, tak mampu untuk melupa...


HAIRAN... HAIRAN..HAIRAN..

Hairan sungguh, kau TAK BERPERASAAN?
Sedetik pernah kau luangkan?
Merenung APA yang telah kau lakukan..
...adalah...

MELUKAKAN...MELUKAKAN.. DAN MELUKAKAN...

Hati sakit, kering tangisan..
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.... AKU BOSANNNNNN!!!!
PERGI KAU JAUH-JAUH!!!

Sunday, June 12, 2011

Bukan Dulu..

Tidak fikir mentari esok..
Senja semalam bukan teladan..
Menari menyanyi hari ini..
Aku, engkau, mereka..
Itu saja.. Indah usia sementah akal..

Bukan yang dulu..
Ramal sinar mentari lusa..
Esok dah jawab sinar atau sendu..
Aku.. Aku.. Aku..
Itu saja.. Bukan dulu.. Aku, engkau, mereka..

Lagu irama rentak..
Kenangan menujah benak..
Air mata mengalir tak hendak..
Hati juga yang menangis... Kaki menghentak-hentak..
Bukan bukan seperti dulu...

Aku buat ini.. Engkau buat itu..
Aku menangis ini.. Engkau menangis itu..
Aku tersenyum ini.. Engkau tersenyum itu..
Sampai kita berpeluk mengadu..
Siapa sedari, kelak semuanya jadi madu?
Tapi kini.. Bukan seumpama dulu..

Untuk ber-esok.. Hati belum sedia...
Fikirkan esok... Bukan kepalang rasa seramnya..
Belum sedia.. Belum sedia.. Belum sedia..
Itu dulu.. Tapi hari ini..

Bukan dulu...


Hati yang menangis..
Mata buat apa? Kering dah???

MAAF.

Assalamualaikum..
Maaf. Ini memang CARA aku. BUKAN mudah untuk aku BUANG kamu begitu sahaja. Tapi aku TERPKASA dan itu adalah cara yang TERBAIK.
sekali lagi,

MAAF..


Bukan kau seorang, tapi LEBIH dari tu. Aku terpaksa HILANGKAN kamu dari hidup aku. Mungkin buat sementara. Mungkin juga untuk SELAMANYA. Maafkan aku.


Kau I: Apa salah I? Maafkan I if dah buat salah pada you. I'll improve for you.
Kau II: You memang jenis senang buang orang macam tu saja ke? Tak kan kawan pun tak boleh??

Kau III: Kenapa you delete I from FB,BBM and even phone number I pun you delete?? Tahniah la you buat I macam ni..


AKU:
Sorry.. Ini cara yang terbaik untuk I. I tak boleh ada apa2 atau contact2 lagi dengan u. Maafkan I... I terpaksa. Ini cara I. I'm sorry, thank you..




Aku terpkasa. Aku SAKIT kalau terus lihat, dengar dan tahu tentang KAMU. Ini cara aku. MAAFKAN AKU. Aku tahu ini TAK AKAN beri apa2 KESAN pada KAMU. Sebab aku BUKAN SIAPA2..


MAAF. TERIMA KASIH.