Wednesday, March 24, 2010

Jerit..

Betulkah apa yang aku lakukan sekarang ini? Benar-benar nekadkah keputusan aku? Atau sekadar hanya untuk menyedapkan hati sendiri? Haihh.. Sendiri tidak faham apa yang telah berlaku pada diri ini... K.O.S.O.N.G... Aku pun tidak faham dengan apa yang telah terjadi pada diri aku.. Sangat drastik.. Seolah-olah baru bangkit dari tidur malam tadi kemudian apabila mata terbuka, aku menjadi Muhammad Izmir Bin Nadzri yang LAIN... Huahua.. Tak faham la...

Hanyut
Aku tidak faham mengapa aku melutut pada cabaran secara tiba-tiba. Aku kenal diri aku.. Degil. Keras hati. Selagi tidak dapat, nak juga sampai dapat. Kadang-kadang aku bayangkan kalaulah aku dapat keluar dari jasad aku ini dan berdiri di depan jasad sendiri, hendak saja aku sekeh-sekeh kepala aku.. Haha... Aku seolah-olah tidak percaya bahawa AKU MEMANG SUDAH TIDAK MAHU MELIBATKAN DIRI DENGAN "HANYUT"! Aku melepaskan peluang yang sudah terbuka luas di depan mata. Bukan senang untuk berkerjasama dengan pengarah yang "lain dari yang lain" seperti U Wei ini.. Malah aku berpeluang berkerjasama dengan pelakon dan produksi antarabangsa juga. INI FILEM BESAR LA, IZMIR!! Mungkin hati ini sudah merajuk dengan MANUSIA YANG SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN ke atas diri aku.. Maka, pemikiran yang waras pun tunduk pada hati yang telah lentur dengan semangat.. "Tidak mengapa.. Rezeki dan peluang ada di mana-mana.." Itulah saja kata-kata jampi yang sering memujuk hati sendiri.. Dan... Sekarang aku sedang memujuk hati ini dengan mencari peluang di mana-mana produksi lain.. InsyAllah.. Ada rezeki, ada lah.. Asalkan aku sudah mencuba.. Sudah aku hantar resume.. Jadi, pada produksi-produksi yang berkenaan, sudi-sudilah memberi maklum balas ya... Haha..

Puncak Perdana..
AKU RINDU KAMU WAHAI PUNCAK...

Butir Fikiran
Sudah berkepuk-kepuk idea dan kisah dalam minda.. Cuma tidak lagi dizahirkan di atas kertas..(tak taip lagi la...). Bila hendak menulis, selalu tidak kena pada tempat dan waktunya.. Keluar pergi beriadah, idea dan butir fikiran melimpah ruah.. Seandainya laptop depan mata ketika itu, dalam LRT pun jadilah aku menaip... Haha.. Bila keseorangan di rumah seperti ini, MALAS DAN TAK ADA M.O.O.D LANSUNG NAK MENULIS!! Haih.. Tak faham.. tak faham... Tidak faham dengan diri sendiri..


Apa yang hendak aku lakukan ketika ini ialah... MENJERIT!!!!!!!!! Menjerit sepuas-puas dan sekuat-kuat hati... Seperti yang selalu aku lakukan dahulu ketika di Puncak Perdana.. Bukit Tetek juga lah yang menjadi "puncak" kepuasan aku... Lepas segala-galanya.. Tenang kemudiannya walaupun suara sudah seksi sedikit akibat menjerit... Haha..

AKU NAK MENJERIT!!!!!!!

Monday, March 22, 2010

Angel Si Eros Angel ku...

Spend your all time waiting..
For that second chance..
For a break would make it okay..

There's always some reason..
To feel not good enough..
And it's hard at the end of the day...

I need some distraction..
Ohh... Beautiful release..
Memory seeps from my veins..

Let me be empty..
Or weightless and may be..
I'll find some peace tonight..

In the arms of the angel..
Fly away from here..
From this dark cold hotel room..
And the endlessness that you fear..

You are pulled from the wreckage..
Of your silent reverie..
You're in the arms of the angel..
May you find... Some comfort here..

So tired of the straigth line..
And everywhere you turn..
There's vultures and theives at your back..

And the storm keep on twisting..
You keep on building the lies..
That you make up for all that you lack..

It don't make no diffference..
Escaping one last time..
It's easier to believe..

And this sweet madness..
Ohh.. This glorious sadness..
That brings me to my kness..

In the arms of the angel..
Fly away from here..
From this dark cold hotel room..
And the endlessness that you fear..

You are pulled from the wreckage..
Of your silent reverie..
You're in the arms of the angel..
May you find some comfort here...

You're in the arms of the angel..
May you find some comfort here..
Some comfort here... Sayang...



......Kata-kata indah di atas ini merupakan lirik bagi sebuah lagu.. "Angel".. Lagu ini wujud dalam pelbagai versi nyanyian pelgai artis.. Namun lagu "Angel" ini, aku sangat menggemari nyanyian oleh kumpulan Westlife..

Aku sangat meminati lagu ini kerana mencipta terlalu banyak nilai-nilai sentimentalnya.. Banyak cerita dan kenangannya.. Banyak kebetulan serta sejarahnya dalam kehidupan aku.. Dan... Yang pasti, semuanya berkaitan dengan Eros Angel.. Arwah pernah menggunakan lagu ini sebagai Caller Ringtone telefon bimbitnya...

Lirik lagu ini seolah-olah mengzahirkan kata hati dan pemikiran Eros Angel yang menderita Kanser Lymphoma.. Dahulu, aku hanya sekadar mendengar dan meminati sahaja lagu ini.. Namun kini, aku bukan sekadar mendengar dan meminati.. Malah... Menghayatinya.. Baharu kini, aku sedari... Mengapa arwah sering mendengar lagu ini dahulu...

Sekerang.. Saya bertambah mengerti akan kamu wahai Eros Angel-ku... Selamat berehat sayang.. Moga kau menemui keselesaan dan ketenangan di sana.. AMIN...

= www.youtube.com-westlife-Angel..

Friday, March 12, 2010

EROS ANGEL-KU....

Kau... Angel.. Kau... Eros...
Sudah lama aku intai mu dahulu... Sebelum kau gagah tampil dalam hidupku dahulu... Kau pernah tertawa... Tertawa kerana pelbagai gelaran aku sebutkan pada mu... Dan.. Akirnya... EROS ANGEL juga yang menjadi timang-timanganmu sayang...
Kau insan yang terbaik yang pernah mencintai... Kau insan yang tersayang pada ku yang pernah ku miliki... Kau insan yang terlama mendominasiku... Kau... Kau yang terbaik yang pernah ku miliki.. Jujur!!! Ikhlas ku akui...

Masih ku ingat... Saat pertamanya kita ketemu... Enggan kau memandang mataku... Aku ikutkan sahaja tindakan mu.. Saling tidak bertentang mata...
Kau... Kau terlalu membelai ku... Terlalu memanjakan ku... Aku selamat dan tenang tatkala bersamamu...
Subuh itu.. Jam 1.11 di subuh hari... Hari itu... Tanggal 110112008... Kau duduk berlutut mengadapku... Kau genggam jemariku... Kau lihat bermakna sedalam-dalam mataku.. Meremang segalanya seluruh tubuhku... Kau lafaz kata-kata itu...Ohhhh... Kau seru untuk bersama-sama mu selamnya... Ya... Aku terima... Kerna tidakan mu itu sudah mampu memiliki seluruh jiwa ku...

Kau yang pertama.. Pertama mengubah resam cinta palsuku.. Kau buktikan segala yang palsu sudah berlalu..Kau persembahkan sebenarnya cinta... Kau zahir dan yakinkan pada ku... Bahawa cinta jujur itu wujud.. Cinta sejati itu sebenarnya ada.. Kau perlihatkan kasih seikhlas hati itu masih bernyawa di dunia ini..
Aku serahkan segalanya... Hati... Cinta... Suka.. Duka... Bahagia.. Derita... Kita rasakan bersama-sama...
EROS ANGEL ku...
Kau yang pertama membenihkan rasa sukar untuk melepaskan... Walaupun sakit, kau buat ku tetap bertahan... Angel... Kau mengawal setia ku... Aku selamat bersama mu...
Eros Angel...
Sudah!!!! Kata-kata ku sudah termati di sini... Aku tidak mampu untuk menulis kala ini!!!!!
Hatiku tidak tertanggung!!! HARI INI.... KAU TELAH PERGI... KAU PERGI... KAU TAK KEMBALI.... ANGEL... EROS... KAU DAH PERGI!!!! HARI INI... 12 MARCH 2010... KAU PERGI...

*Maaf... Aku tidak mampu menulis lagi kala ini... Hati aku tak tertanggung... Nanti-nanti akan aku imbas kembali... Sekarang ayat ku mati... Maaf... Bacalah setakat ini... Maaf andai ayatku kurang seni... Maaf andai ayatku tak mampu menyampaikan "rasa" ini... Maaf... Aku tak mampu untuk waktu ini....

Impian Dan Kecekalan..

Sudah hampir sebulan aku mengikuti proses pre pro untuk filem "Hanyut". Haih... Sukar untuk zahirkan dengan kata-kata bagaimana dugaannya bila berkerja ini...hauahua.. Tidak mahulah aku bercerita mengenai perkara negatif di ruang umum ini, bahaya... Haha.. Namun apa yang ingin aku katakan di sini ialah mengenai impian aku..
Bila aku fikirkan,peluang sudah terbuka di depan mataku.. Aku sudah mengapai peluang itu.. Dan sekarang... Aku sedang diduga untuk mencapai impian aku,,, Aku sedar.. bukan mudah untuk berjaya dan mencapai impian.. Namun adakah aku cukup cekal untuk melaluinya??
Aku mati... Mati untuk berfikir... Mati untuk merasa... Mati untuk berkata... Aku memerlukan seseorang yang bergelar " insan tersayang" untuk mengembalikan keceriaan dan semangatku.. Namun, apa yang ingin dikata.. Hati belum bersedia untuk menerima barang sesiapa pun.. Kepada mereka yang mengaharapkan cinta, maafkan aku... Aku bukan berniat untuk memberi harapan terhadap kamu, tetapi itu ADALAH AKU YANG SEBENARNYA! Maaf jika membuatkan kamu salah faham akan layanan aku terhadap mu.. Sememangnya aku memang begitu dengan sesiapa pun... Aku menerima baik mereka yang baik padaku.. Aku menjauhi mereka yang bukan "manusia" pada aku..
Allah... Berikanlah aku kecekalan untuk terus mengejar impian menjadi kenyataan... Biarlah kecekalanku adalah datang daripada dalam diriku sendiri... Supaya apabila aku tersungkur lagi, aku tidak perlu BERHARAP pada insan lain untuk meraih kekuatan diri... Amin...

Wednesday, March 10, 2010

"Lukiskan aku hati ibuku"-Ardo

Di dalam sebuah pekan yang kecil. Wujud seorang budak lelaki yang bijak dan baik budinya. Ardo. Ardo tinggal bersama-sama ayah dan ibunya yang merupakan sebuah keluarga peniaga lukisan dan bunga-bungaan.

Ardo mempunyai seorang sahabat yang akrab dengannya. Geo. Seorang pelukis handalan dan sangat masyur di pekan tersebut. Dia merupakan seorang pemuda kacak yang mampu melukis sebuah lukisan yang indah. Sesiapa yang melihat lukisannya, mampu menangis. Sesiapa yang melihat lukisannya mampu tertawa. Sesiapa yang melihat lukisannya mampu merasai kedamaian. Begitulah kehabatan karya hasil lukisan tangan Geo. Dia mampu menghidupkan yang fantasi. Dia mampu mengzahirkan yang tersembunyi di dalam lukisannya.

Ardo sangat akrab dengan Geo. Dia sangat mengagungkan karya pemuda yang kacak itu. Malah setiap hari selepas membantu ibunya menjual bunga dan lukisan, Ardo pasti berkunjung ke pondok Geo di dalam rimba yang penuh dengan bunga mawar putih.

Pada suatu hari, ketika bersiar-siar bersama-sama ibunya, Ardo terlihat akan ayahnya di sebuah tasik. Kelihatan ayahnya sedang bercubuan dan bermesra bersama-sama seorang gadis. Ardo tidak mengerti. Dia masih terlalu mentah untuk menilai dan mengkaji. Lantas Ardo menerpa ibunya dan menunjukkan jari ke arah ayahnya dan gadis tersebut. Sebaik sahaja melihat ke arah tasik itu, ibu Ardo menjadi kaku. Tanpa disedari, ibunya menitiskan air mata dengan deras. Ibunya lantas menarik tangan si kecil itu dan pulang ke rumah mereka di taman bunga lavendar.

Ardo begitu hairan dan terkedu melihat ibunya tidak berhenti menangis dan teresak-esak. Dia bertanya kepada ibunya, "Mengapa ibu menangis?". Ibunya merenung ke dalam mata si kecil itu lantas terus memeluk tubuh comel Ardo dan terus menitiskan air mata. Ardo bertambah hairan. Setahunya, seseorang akan menangis apabila dia merasa kesakitan. Ianya kerana Ardo hanya akan menangis apabila dia berasa sakit akibat luka di jari tercucuk duri bunga mawar yang dijual mereka. "Adakah jari ibu terluka? Tidak nampak apa-apa luka pun pada jari dan badan ibu?" Si kecil itu tersangat hairan.

Segara Ardo berlari ke dalam rimba bunga mawar putih. Sebaik sahaja sampai di pondok Geo, Ardo meminta pemuda itu memberikan jawapan akan pertanyaan dan kehairanannya. Geo meminta si comel itu menceritakan mengenai apa yang telah berlaku sebelum ibunya menangis tidak berhenti. Geo memandang ke dalam mata kebiruan Ardo dengan tenang.Lalu dengan nafas yang tersekat-sekat, Ardo menceritakan peristiwa di tasik tersebut.

"Geo, bolehkah kau memberikan aku jawapan mengenai hal ini melalui lukisan kau?". Pinta Ardo. "Geo, bolehkah kau lukisankan apa yang ibu rasakan ketika ini?". Ardo berharap lukisan yang bakal Geo lukiskan mampu memberikan jawapan terhadap pertanyaan dan kehairanannya itu.

Sebaik sahaja Geo mendengar cerita daripada Ardo itu, dia terdiam. Dia tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa. Jari jemarinya tiba-tiba kaku untuk melukiskan gambaran hati dan perasaan wanita yang bergelar ibu kepada si kecil Ardo. Untuk kali pertamanya Geo tidak mampu mengzahirkan apa yang tersembunyi melalui lukisannya. Geo mencampakkan berus lukisannya lantas memeluk Ardo dengan erat dan membisik ke telinga Ardo, " Ardo, aku tidak mampu untuk menggambarkan hati dan perasaan ibumu kala ini!. Ia tidak terzahir walau dengan apa-apa pun. Hanya ibu mu sahaja merasa kesakitan yang tidak terlihat oleh mata!"
by:Perro

Saturday, March 6, 2010

Mudah berkata.. Karma guru kita...

Manusia... Punyai hati... Miliki perasaan.. Benarkah itu masih wujud lagi dalam diri kita yang dicipta sebagai makhluk Tuhan paling agung? Kadangkala aku menggilingkan sahaja kepala.. Bila memerhati.. Bila terkena dan menjadi mangsa kepada sesetengah manusia yang aku sendiri hairan dan tertannya, tidak punya perasaankah kamu???
Atau aku seorang sahaja yang masih berdiri dan terkandas pada takuk yang sama... Kaku.. Beku.. Patung... Kayu... Batu...Bodoh.. Buntu??? Entah.. Aku semakin kabur dengan sikap manusia-manusia..
Aku juga manusia... Kau manusia... Dia manusia.. Mereka manusia... Kita sama bukan??? Aku tidak mengerti... Tidak mengerti tentang di manakah hilangnya anugerah Tuhan iaitu hati dan perasaan itu?
Menjadi terlalu baik, akan diperbodohkan.. Dipijak-pijak kepala.. Dibonekakan di atas pentas kehidupan..
Menjadi terlalu jahat...Owh... Jangan.. Dahsyat balasan...
Mudahnya berkata... Kamu tidak merasa... Mungkin belum terkena... Mungkin akan datang siapa menyangka... Tetapi terima kasih juga aku ucapkan.. kerana memberikan ini semua.. Supaya aku berasa sungguh beruntung kerana mampu mempelajari tentang hidup dan manusia seperti kamu.. Supaya aku lebih awal belajar dari kamu dan menjadi lebih berhati-hati dengan manusia seperti kamu...
Ya... Aku bukan manusia yang baik dan terbaik.. Tetapi aku mampu merasa sebelum mengena dan terkena..
Hidup wujud karma... Karma penting untuk kita... sebagai manusia, karma sahaja yang mampu menjadi guru terbaik kepada menusia yang masih leka mengenakan manusia yang lainnya.. Mungkin aku sedang melalui karma itu... Syukur... Aku telah melaluinya sekarang... Tetapi lebih bagus karma ini datang lebih awal aku fikir.. Tidak mengapa... Sekurang-kurangnya aku sedang merasainya sekarang... Kamu.. Kamu juga perlu melalui karma... Supaya kamu juga belajar seperti aku... Kita semua perlu karma... Supaya kita belajar tentang adilnya Maha Pengcipta mencipta kehidupan...

Thursday, March 4, 2010

BerHanyut DAN....

Fuhh!!! It was a tiring day! haha... Letih... Sakit kaki... Basah berhujan... Basah berpeluh... Hanyut..woww... haha.. Begitulah yang aku lalui hari ini... Memandangkan pengambaran filem "Hanyut" sudah hampir tiba, maka semakin sibuklah proses pre production yang aku lalui sekarang... Bukannya semudah yang aku sangka untuk melakukan proses pre pro bagi wardrobe filem ini..

Jalan Tunku Abdul Rahman..
Aku dan costume designer bagi filem "Hanyut", Akma Suriati dan seorang lagi rakan, Winie telah menjelajah seluruh jalan TAR untuk membeli material-material yang diperlukan untuk membuat pakaian bagi watak-watak utama filem ini... Puas meronda.. Ke Kamdar..kejap ke Nagoya.. Kedai eksosori... huahua..penat! tapi sangat menyeronokan.. Melalui aktiviti aku pada hari ini, aku bersungguh bersyukur kerana berpeluang mempelajari ilmu-ilmu wardrobe dalam proses pre production.. Dari perkara yang kecil sehinggalah ke pekara yang kadang kala tidak terlintas di kotak fikiran aku.. Terima kasih kak Akma dan Winie... Daripada apa yang aku lalui ini, baharu aku sedar bahawa kebanyakan material pakaian di Malaysia sangat tidakbersesuaian dengan cuaca di negara ini.. Hehe..

Dan...
Memandangkan kaki sudah lenguh.. Badan sudah letih.. Kepala sudah melayang dan hati sudah berkata "baliklah weyh..", maka kami pun bernekad untuk menyambung tugas ini pada esok hari.. Kami ke KFC di jalan TAR sebelum pulang ke rumah masih-masih... Oleh kerana jalan TAR adalah berdekatan dengan stesen LRT Masjid Jamek, maka aku pun berjalan kaki ke stesen tersebut.. DAN... Sebaik sahaja melintasi Bangunan Dewan Bandaraya, aku terkenang akan ini..

Hujan lebat membasahi hidupan dan objek-objek di Jalan TAR...

Perro: Kedai makan mana ni weyh?
Elle: Entah la..diorang cakap dekat dengan Mydin...
Finas: Kita lintas jalan ni..

Tiba-tiba...

Elle: Arghh!! (hampir tergelincir)
Perro: Hey cyg!! Ko niew... (sambil menyambut tangan Elle kemudian menepis tangannya)

Elle, Perro dan Finas teratawa sehingga mengalir air mata kelucuan..

Perro: huahuahua...nak berpaut kat aku pown biarlah tempat lain.. ni tak...kat aku punyew.. n0#3k jugak!!!! hahahaha...
Elle: hahaha... sori..aku tak sengaja...tangan aku terus capai kat ko punyew n0#3k...hahaha..
Perro: huahua..niew dah berapa kali dah! saja je...haha...aku punyew n0#3k jugak tempat favourite ko nak berpaut bila jatuh kan... hhahaha..

Memori lucu inilah yang paling indah aku kenang ketika melintasi jalan itu di Bagunan DBKL tadi.. Sesungguhnya aku merindui itu kamu... Elle cyg...