Saturday, August 27, 2011

Aduhhh!!!! Fuhhh....

Jatuh lagi...

ADUHHHHHHHHH!!!!!!!!

SAKITNYA!!!!!!

SIAL LA.. Siapa yang tolak aku ni uh????

Ish.. Tak boleh jadi...

Aku nak terus bangun..


Tapi TAK NAK lagi aku patah balik dan CARI SIAPA YANG TOLAK AKU!

BUANG MASA je cari korang...

Dah.. Jangan kacau aku lagi..

BLA JAUH-JAUH.. Aku pun dah tak nak tengok korang dah...

FUHHH..


Penatnya nak MERANGKAK lepas bangun dari terjatuh..

Tapi tak apa.. PERLAHAN-LAHAN nanti aku boleh la berjalan semula..


Baju aku kotor lepas terjatuh...

ADUHHHHHHH.....

MALUNYA!!!!!!

Dah la bukan senang nak beli baju baru...

Aku ni dah la KECIL..

Kena pandai pilih baju baru nampak COMELLL..


FUHHHH...

Nasib baik ada KAWAN-KAWAN aku..

Diorang bagi KAIN, aku jahit sendiri ikut saiz badan aku..


FUHHHYOOOO...

Baru nampak comel bila pakai baju ikut saiz badan aku yang kecil ni...


ADUHHHH...

Tu, kat depan tu...

Ada yang naik main TARIK-TARIK, TOLAK-TOLAK..

Kotor la baju aku balik weyh!!

Silap-silap boleh KOYAK terus!!


FUHHHH...

Nasib baik aku nampak korang awal-awal..

Boleh la aku mengelak...


SHHH!! SHHH!! SHHH!!

BLA!! BLA!!

Aku nak TERUS BERJALAN ni..

Aku nak BERLARI sampai boleh TERBANG!


Saturday, August 20, 2011

Kemboja itu..

Ketika aku tanam...
Dengan hati SAYU..
Dengan jiwa PILU..
Dengan nafas SENDU..


Aku tahu kau tahu...

Ketika aku tanam...
Aku harap ia akan menjadi..
Aku harap ia merimbun..
Aku harap ia mewangi..
Aku harap ia MENEDUHI..

Ketika aku tanam..
Aku katakan..

"Moga ia membesar dan menyengar sepertimana SAYANGKU yang masih SEGAR kepada mu.."


Moga kau tahu...
Aku tanam ia dengan rasa SAYANG..
Dengan RINDU yang MERAPI hati..
Hati yang penuh dengan SESALAN..

Moga kau tahu ia sebagai tanda aku yang masih MEYAYANGI..

SYUKUR...
Kini ia membesar..
Mewangi..
Meneduhi..
Sebagaimana yang
aku harapkan..

ALHAMDULILLAH..

Kemboja itu..
Kemboja itu..
Kemboja itu..

KEMBOJA ITULAH TANDA SAYANG AKU PADA KAU!!!
Dan ia membesar dan meneduhi...
Moga kau dapat menikmati
SAYANGNYA AKU DARI KEMBOJA DI ATAS PUSARA MU ITU..


AMINN...

Berehatlah ya kau di sana.. Aku tahu kau dah penat...


Saturday, August 13, 2011

Mulakan ia..

Macam aku pernah BERNIAT..
Membina empangan baru itu..
Dan hari ini aku mulakan ia..
Aku LAPANGKAN dulu tapak lama..
Aku RATAKAN dulu LEKUK-LEKUKNYA..
Aku mulakan dengan PERLAHAN-LAHAN tapi aku TENANG..

Aku tahu bukan sekelip mata akan terbina..
Tapi perlahan-lahan dengan setia akan aku mencuba..




INSYALLAH...
TUHAN, KUATKAN AKU SEMULA SEPERTI WAKTU ITU..
HANYA KAU LEBIH MENGENALI AKU!


Takkan peduli kata mereka..
Andai ELOK, bersyukurlah saja..
Andai KOTOR, memaafkan saja..
Kerana mereka tak merasa..
Sekadar menggunakan MATA..
Bukan HATI mereka yang merasa..


AKU JUGA YANG MENANGGUNGNYA..
AKU DAN DIA DI ATAS SANA SAJA YANG ARIF DENGAN RASA INI..


Aku tak mahu berjanji apa..
Tapi aku akan mencuba..
Bina empangan yang aku maksudkan..

TUHAN...
Berilah BANTUAN..
Berilah KEKUATAN..
Tetapkanlah PEGANGAN..
Aku mencuba lakukan..


Aku lakukan bukan untuk sesiapa..
Tapi untuk SENDIRI yang empunya...

Wednesday, August 10, 2011

MENGGILA dan EMPANGAN BARU..

MENGGILA
Asyik melewey sedih je aku bosan..
Bukan berdrama sengaja..
Mesti la ada puncanya..
Aku bukan nak memberat kepala..
Berfikir dengan tak sengaja, lalu mendapat konklusinya..


Tak tahu la BENAR atau SALAH konklusinya..

Aku sedar benar diri ini bukan malaikat..
Malah syaitan bertanduk berekor berapi-api..
Memang semua tidak sempurna..
Kerana itulah dia hidup penuh tanda tanya..

Aku lelah jadi lemah jiwa...
Semput sudah berlembut hati..
Mengah sudah berbudi pekerti..

MAKA...

Aku menggila sementara..
Aku tak mahu dan tiada niat untuk meneruskan..
Aku kena kuat....
Walaupun tak pasti, tapi aku tau aku akan CUBA..

MENGGILA..
Biar gelita seketika..
Biar parah sementara..
Biar hancur untuk sekejap saja..
Aku sedar silap langkah, PADAH menempa..
Kalau padah, biarlah berlansung apa yang seterusnya..

Tapi,empangan kesabaran, kekuatan sudah rapuh lalu kini pecah..
Biar mengalir seluruhnya.. Biar membanjiri mereka semua TAK KIRA SIAPA..
Tak kira siapa kerana DERAS MEMBERONTAK ALIRANNYA..

Kerana aku memang mahu kosongkan dan terangkan ia..
Nak bina semula empangan baru di tempat yang sama..
Kalau masih empunya tempatnya, di situlah ia..
Kalau sudah sia-sia tapaknya, carilah yang baru saja..
Walaupun payah.

EMPANGAN BARU INI BERBEZA...

Benar-benar akan berbeza..
Tak semana-mena ia akan berbeza..
Dan aku harapkan ia TEGAP, TEGUH, PADU,
PADAT, LASAK, MEGAH..
Sebab ia bukan sengaja dibina..
Ia dibina kerana NEKAD dan TEKAD..


Aku tak berani nak JANJI apa-apa..
Tapi begitulah NIATNYA..