Wednesday, August 10, 2011

MENGGILA dan EMPANGAN BARU..

MENGGILA
Asyik melewey sedih je aku bosan..
Bukan berdrama sengaja..
Mesti la ada puncanya..
Aku bukan nak memberat kepala..
Berfikir dengan tak sengaja, lalu mendapat konklusinya..


Tak tahu la BENAR atau SALAH konklusinya..

Aku sedar benar diri ini bukan malaikat..
Malah syaitan bertanduk berekor berapi-api..
Memang semua tidak sempurna..
Kerana itulah dia hidup penuh tanda tanya..

Aku lelah jadi lemah jiwa...
Semput sudah berlembut hati..
Mengah sudah berbudi pekerti..

MAKA...

Aku menggila sementara..
Aku tak mahu dan tiada niat untuk meneruskan..
Aku kena kuat....
Walaupun tak pasti, tapi aku tau aku akan CUBA..

MENGGILA..
Biar gelita seketika..
Biar parah sementara..
Biar hancur untuk sekejap saja..
Aku sedar silap langkah, PADAH menempa..
Kalau padah, biarlah berlansung apa yang seterusnya..

Tapi,empangan kesabaran, kekuatan sudah rapuh lalu kini pecah..
Biar mengalir seluruhnya.. Biar membanjiri mereka semua TAK KIRA SIAPA..
Tak kira siapa kerana DERAS MEMBERONTAK ALIRANNYA..

Kerana aku memang mahu kosongkan dan terangkan ia..
Nak bina semula empangan baru di tempat yang sama..
Kalau masih empunya tempatnya, di situlah ia..
Kalau sudah sia-sia tapaknya, carilah yang baru saja..
Walaupun payah.

EMPANGAN BARU INI BERBEZA...

Benar-benar akan berbeza..
Tak semana-mena ia akan berbeza..
Dan aku harapkan ia TEGAP, TEGUH, PADU,
PADAT, LASAK, MEGAH..
Sebab ia bukan sengaja dibina..
Ia dibina kerana NEKAD dan TEKAD..


Aku tak berani nak JANJI apa-apa..
Tapi begitulah NIATNYA..

No comments:

Post a Comment