Wednesday, May 18, 2011

Hari Lahir dan Kerja


Sudah mencecah tahap DEWASA.. 10 May 2011. Seperti tahun lepas, aku sibuk dengan mencari rezeki pada hari yang cukup bermakna untuk aku. Tidak sempat untuk menikmati hari yang patut diraikan.. Tugasan di harijadi agak menguji kesabaran. Tidak pernah aku melalui pengalaman seperti ini. Sememangnya pengalaman yang lebih hebat sedang menanti. Namun KECEKALAN DAN KEGIGIHAN mendayung aku selamat sampai ke muara kejayaan menghabiskan tugasan aku dengan baik.

ALHAMDULILLAH...


Kemarahan, kepenatan dan tekanan yang dilalui pada hari jadi aku diredakan dengan ucapan-ucapan dan doa sempena hari kelahiran oleh kawan-kawan. TERIMA KASIH SEMUA. Anda membuat saya TERSENYUM dalam keadaan yang tidak stabil ketika itu. Anda juga mengembalikan semangat saya yang hampir lenyap oleh tekanan kerja..

Terima kasih yang tidak terhingga buat Fara yang terlalu banyak membantu dan memberi semangat kepada Leader yang lembab, gelabah dan sengal ini..Hehe..Terima kasih kepada SIFU yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat juga. Malah kepada pihak produksi yang juga membantu, aku ucapkan jutaan terima kasih kerana memahami keadaan dan situasi department kami..


Wardrobe dan make up yang banyak bersabar..


Rahmat dan Izmir.. Hahaha


Thanks Kak Mek n Fara..


Tiada apa yang aku harapkan sempena hari lahir ku yang ke 23 tahun ini. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini. IA BUKAN HARAPAN, TETAPI DOA.

SEMOGA AKU MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEPUASAN DALAM APA YANG AKU LAKUKAN DAN APA YANG AKU MILIKI... IINSYALLAH..
AMIN...


Aku melakukan apa yang sedang dilakukan.. Kadang kala disadakan apa yang sedang dilakukan adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan (apa yang kau merepek ni Izmir....). Tapi itulah gomelan dalam hati.. Adakah ini yang tertulis untuk diri aku? Heheh.. Aku pun kurang pasti.. Tetapi aku tahu apa yang aku lakukan ini adalah satu pembelajaran untuk aku lulus dalam mencapai kejayaan.. InsyAllah...

Kesibukkan hidup menjalani pelbagai pengalaman tidak mampu menafikan kekosongan hati (yeahhh.. tak penting pun). Tapi kekosongan dan kesepian ini sering juga menguji kecekalan dan perhatian aku terhadap cita-cita yang meninggi. Hurmm.. Biarkan saja lah.. KAU DAH TERBIASA BEGINI IZMIR..

KEEP ON MOVING SAYANG.. YOU ARE ABLE TO DEAL WITH SUCH THING..

Keluarga. Sahabat. Kerjaya. Cita-cita. Semuanya menjadi pengisian hidup aku. Ya. CINTA. Argghh.. BORED to talk bout it(POYO).

SABAR SAYANG...