Monday, February 21, 2011

Pembawa...

Bawa...
Bawa jasad kosong.. Kosong pemikiran.. Kadang hilang terbang melayang dihembus mosun yang meribut.. Mengah mengejar menangkap jasad yang kontang..
Digapai semula.
Digenggam erat.
Didakap ketat..
Ke kiri ke kanan melihat..
Cemas DIRAMPAS semula..
Atas KELALAIAN sendiri..

Bawalah...
Bawalah ke mana kau mahu membawa.. Kau tahu ke mana kau menghala..
Kanan. Kiri.
Depan. Belakang..
Bawalah sayang..
PERLAHAN-LAHAN...
Kau tahu sejauh mana KEMAMPUAN..

Dibawa..
Kau genggam dan dakap dengan cermat..
Ia dibawa dengan berhemat.. HATI-HATI..
Kau ciptalah, kau buat...
Kau yang memutuskan..

Sampai masa.. Kau yakin kau mendapat..
Mendapat sesuatu yang kau tafsir sebagai NIKMAT..
KEPUASAN kau yang memberkat...

AMIN....


Friday, February 4, 2011

SEMPURNA

ALHAMDULILLAH… Keluhan kesyukuran ini yang aku hembuskan dahulu… Atas apa yang telah aku lalui.. Atas apa yang sedang aku lalui.. ALHAMDULILLAH…Tuhan Yang Maha Mengasihani sering menyebelahi aku.. Terutamanya sepanjang tahun lepas.. 2010…TERLALU banyak perkara yang berlaku dan WAJIB aku dahulukan dengan lafaz kesyukuran.. Semua azam aku pada tahun lepas, SEMUANYA TERMAKBUL..

Ada AZAM. Ada USAHA. Ada KESUNGGUHAN. Ada KESABARAN. Ada KEYAKINAN.. Lantas semuanya jadi MENGZAHIR NYATA…SYUKUR YA TUHAN…

Tahun ini. 2011. Aku mulakan dengan kesyukuran juga… Segalanya bermula dengan aliran tenang dan nyaman. Walaupun ehwal peribadi sering membuntukan. Namun segala apa yang dirancang,berlaku seperti apa yang aku mahu kan.. DENGAN IZIN TUHAN.. KUN FA YAKUN..

SEMPURNA.. Cukup SEMPURNA..

Perancangan aku berjalan mengikut kehendak. Kaki aku melangkah semula ke menara gading yang aku rindui.. Berkoskan POKET SENDIRI. Seratus peratus SELUKAN SAKU SENDIRI. Janji. Aku berjanji tidak akan bergantung kepada mereka yang sedarah sedaging dengan aku untuk menempah kejayaan kali ini. Namun ini bukan HARAPAN.. Ini mungkin KEAZAMAN bahawa semoga JANJI aku, aku ZAHIRKAN.

Segalanya sudah tersedia di depan mata.. Terpulang kepada aku untuk meratah, menyantap atau pun memuntahkannya. Tuhan sudah berikan segalannya yang aku mimpikan. Sekarang ia bukan lagi mimpi.. Setakat lafaz kesyukuran belum cukup berpada.

Lakukannya. Hargainya. Gunakannya dengan SEMPURNA. Itulah KESYUKURAN YANG SEMPURNA..

Ehwal peribadi?? Segalanya mampu dileraikan lambat laun.. Aku tidak akan membenarkan ia senang lenang menjatuhakan keazaman aku dan kesungguhan aku… INSYALLAH..

Izmir DULU bukan macam Izmir SEKARANG.

Aku SELESA dengan SEKARANG.. Walaupun sering merindui yang DULU.. Tuhan.. Kuatkanlah diriku seperti mana mereka yang menerima dugaan lebih dasyat daripadaku.. AMIN YA ALLAH…