Saturday, August 29, 2009

Tentang Payment Teater..

Alhamdulillah... Akhirnya payment dari penglibatan aku dalam sebuah pementasan teater telahpun diterima... Sudah begitu lama aku menunggu pembayaran daripada pihak produksi teater "Mana Setangginya" (MS) oleh Istana Budaya.. Walaupun tidaklah selumayan pelakon profesional, namun ia sudah cukup memberi kelegaan kepada aku dan kesyukuran saja yang dapat aku ucapkan kepada Tuhan.. DIA Maha Mengetahui bahawa aku memang sangat memerlukan wang tersebut di saat-saat ini... Nilai ringgit yang aku terima hasil dari penglibatan sebagai pelakon MS tidaklah berbaloi, jika ingin dibandingkan dengan pengalaman dan memori yang aku perolehi dan pelajari sepanjang tempoh sebulan lebih menjalani praktikal di Panggung Negara itu.. Segala perit dan jerih serta keindahan yang aku layari sepanjang tempoh tersebut adalah sangat berharga dan tidak ternilai.. Teater Mana Setangginya yang telah dipentaskan di Istana Budaya selama sembilan hari, iaitu dari 13-21 Jun 2009 telah banyak mengajar aku erti menjadi seorang insan yang berduniakan seni persembahan terutamanya dalam bidang teater... Erti pengorbanan, erti keikhlasan, erti kerjasama, erti kesabaran, erti persahabatan dan banyak lagi...
Aku juga telah merasai pengalaman berkerjasama dengan golongan profesional dalam dunia "pentas" ini.. Sempat juga aku rasai keberkatan berjabat tangan dengan Sasterawan Negara, Dato' Noordin Hassan, yang karya-karya banyak dipentaskan dan telah aku tontoni sebelum ini.. Genre dan aliran yang beliau terajui dalam penulisannya adalah bertepatan dengan selera aku..
Aku juga telah merasakan kenikmatan beraksi dipentas canggih, Panggung Sari, Istana Budaya sepanjang tempoh pementasan tersebut.. Bukanlah tidak pernah beraksi di Panggug Sari sebelum itu, namun "rasa" dan nikmatnya adalah sangat berlainan sungguh berbanding pengalaman beraksi dalam MS... Pengalaman yang membuatkan aku menyumpah seranah, memuji, merungut dan menangis.. Ya.. Pengalaman yang tidak ternilai harganya..
Sekarang ini, kegembiraan dan kelegaan serta kesayuan aku rasai setelah menerima payment dari hasil titik peluh aku dalam pementasan teater MANA SETANGGINYA itu.. Tidak sia-sia rasanya aku menjadi penari dan pelakon dalam teater tersebut setelah menerima payment itu.. Semakin terasa kenikmatannya dan semakin tidak ternilai pengalaman yang dimiliki setelah payment tersebut memenuhi akaun Maybank aku... Haha.. Namun sekarang ini, aku buntu pula dengan laporan praktikal yang belum aku selesaikan.. Payment dan diselesaikan oleh Istana Budaya, laporan belum lagi diselesaikan oleh aku untuk En.Saad!!! Huahuahua..

Friday, August 28, 2009

Tentang Presentation Markalah..

Alhamdulillah... Aku bersyukur sangat pada hari ini... Segala berpunca daripada presentation Markalah yang telah aku lakukan dengan lancar dan tenang.. Walaupun pada awalnya aku tidak sempat menyiapkan power points slide show untuk presentation itu... Hahaha.. Aku tidak tidur lansung semalaman sehinggalah waktu kelas Pn.Hartini tersebut. Sejak lepas bersahur pada pukul dua pagi sehinggalah pada pukul sembilan setengah pagi, esoknya aku telah bertungkus-lumus menaip draf kertas kerja dan duduk mengadap lappy tanpa rehat sedikit pun... Namun malangnya aku tidak sempat untuk menyediakan slides show presentation pada pukul sembilan setengah pagi tersebut, di mana ia adalah waktu presentation seharusnya bermula.. Aku hanya mampu bertawakal sahaja ketika berada di dalam bilik presentation sebaik sahaja sampai di sana.. Aku kira, aku terpaksa mengorbankan markah yang sebanyak 10% kerana melakukan presentation tanpa diiringi dengan slides show dan hand out.. Namun aku enggan berputus asa dan menggunakan peluang ketika rakan-rakan lain melakukan presentation, untuk menaip slide show..Hahaha.. Agak lucu kerana aku berpura-pura tenang dan bersedia ketika rakan lain rancak mempersembahkan slide show mereka.. Aku menaip dan terus menaip sambil berpura-pura mendengar hujahan-hujahan daripada rakan-rakan aku.. Alhamdulillah.. Aku berjaya menyiapkan power points sebanyak empat belas slides sebaik sahaja giliran aku melakukan presentation.. Kelegaan yang tidak terhingga aku nikmati, hanya Tuhan sahaja mengetahuinya.. Sebelum itu, aku sangat berterima kasih kepada SAHABAT aku Aniza, kerana sanggup menggantikan giliran aku yang sepatutnya melakukan presentation di saat belum sempat menaip habis power points.. Sangat bernasib baik apabila Pn.Hartini tidak menyedari perbuatan Aniza menggantikan giliran aku pada waktu itu.. Akhirnya aku adalah orang terakhir melakukan presentation mengenai tajuk kajian,"Penyanyi Dalam Aktiviti Dakwah".. Presentation aku lengkap dengan slides show dan hujahan-hujahan padat daripada idea yang datang secara tiba-tiba dan melimpah-ruah.. Seumpama aku telah dibantu oleh sesuatu pada ketika itu.. Hahaha.. ALHAMDULILLAH... Pn.Hartini tidak banyak bertanya, begitu juga dengan rakan sekelas. Segalanya lancar dan tidak disangka-sangka.... Terima Kasih juga wahai Si Peneman Jiwa kerana memberi sokongan dan sudi meminjamkan lappy U... Saya sayang awak lah!!!! Mmuaahhxx..
;p

Thursday, August 27, 2009

Tentang Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP..

Setelah sekian lamanya bergelumang dengan kerisauan kerana masih lagi belum menemui tempat untuk pementasan Lingkaran Kapur kami, akhirnya Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur ialah "penglerai" kepada segala kerisauan tersebut.. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya aku tidaklah lemah semangat untuk berlatih dan bersungguh-sungguh demi Lingkaran Kapur ini..huhuhu.. Balai Budaya Tun Syed Nasir (BTSN).. Tidak pernah aku ketahui sebelum ini bahawa DBP mempunyai balai budaya.. Walaupun ia tidak la segah Istana Budaya, namun ia sudah cukup memberi kelegaan kepada kami yang bermati-matian demi pementasan yang terbesar bagi kami selama enam semester di UiTM Puncak Pedana ini.. Tempat untuk pementasan sudah ditemui dan ia tidak mungkin lagi akan berubah, namun tarikh pementasan yang telah banyak kali dirombak dan ditangguhkan membuatkan aku tidak yakin bilakah tarikh yang sebenar-benarnya?... Belum lagi aku sentuh masalah mengenai sponsor, costume, dan lain-lain yang mempunayi kerumitan yang tersendiri..Haih...Kasihan kami yang bertungkus-lumus untuk Lingkaran Kapur ini.. Terlalu banyak halangan dan ranjau yang perlu dihadapi untuk memeterai apa yang telah dirancangkan sejak semester lima lagi.. Namun begitu, aku tidak akan berhenti separuh jalan.. Lingkaran Kapur bakal menjadi salah satu kenangan yang terindah dalam hidup aku sepanjang tiga tahun mencipta kehidupan aku di UiTM puncak Perdana, Shah Alam.

Sunday, August 23, 2009

Tentang Ketenangan..

Masa berlalu dengan sepantas-pantasnya. Sehinggakan aku tidak sedar telah tiba sekali lagi BULAN RAMADHAN yang menenangkan ini.. Ketenangan yang dirasa bukanlah disebabkan cuaca dan persekitarannya, tetapi ianya sebuah ketenangan yang berpunca dari nurani setiap insan yang berpuasa kerana Yang Esa.. Aura ketenangan dan keikhlasan itu mencipta gelombang yang sangat menenangkan di Bulan Yang Mulia ini.. Alhamdulillah.. Buat setakat tiga hari berpuasa ini, aku berjaya menyempurnakan ibadah tersebut dengan tenang. Walaupun hari pertama berpuasa aku tidaklah seperti yang diharap-harapkan..
Bukanlah aku mengharapkan ibadah puasa aku diberikan pahala setinggi-tingginya, bukan juga aku harapkan semua orang tahu bahawa aku berpuasa dengan niat HANYALAH kerana YANG ESA. Tetapi cuma aku mengharapkan hari pertama berpuasa aku untuk tahun ini adalah hari yang indah dan sangat manis buat aku dan si dia.. Hari pertama berpuasa, aku mengharapkan untuk sahur bersama-samanya.. berbuka bersama-samanya.. Namun harapan aku itu hanyalah khayalan yang mempermainkan aku sahaja seperti biasa..
"U..Bangun sahur jum..." Aku mengejut si Peneman Jiwa dari tidur...
"Ish..tak nak lah..i ngantok ni..." Sedikit terkilan aku ketika itu...
"Betul nie u xnak sahur?.."..
"Xnak...."..
Aku terus tersentap dan rasa terkilan melonjak-lonjak dalam hati.. Aku rasa mahu sahaja menjerit di waktu subuh-subuh buta itu, sekali gus mengejutkan bukan sahaja si Peneman Jiwa itu malah seluruh warga Puncak Perdana untuk bangun besahur.. Bukan sekadar dari itu, waktu berbuka aku juga adalah sangat tersasar jauh dari apa yang aku harapkan. Si dia terpaksa pulang ke rumahnya untuk berbuka dengan keluarga. Semakin sakit hari berpuasa pertama aku kali ini.. Sejak si dia pulang ke rumah, sehinggalah waktu hendak berbuka aku dan dia bertikam lidah melalui telefon. Secara tiba-tiba si dia memberitahu aku bahawa telefonnya yang satu lagi sudah pecah dan berderai akibat jatuh di dalam biliknya.
Aku tergamam namun cuba menenangkan si dia yang kedengaran agak kecewa.. Azan maghrib yang membuatkan bulu roma aku meremang akhirnya berkumandang lantang tanda tiba waktu berbuka puasa.. Aku berbuka bersama-sama teman serumah seramai empat orang pada satu meja.. Bukanlah hanya berdua-duaan pada satu meja seperti yang aku harapkan..
Namun begitu.. Si Peneman Jiwa pandai mengambil hati aku yang telah disakiti pada hari berpuasa yang pertama..
Bukanlah niat aku ceritakan di ruang ini semata-mata ingin menunjuk-nunjuk bahawa aku berpuasa dan mempunyai masalah dengan si dia.. Tetapi ianya sekadar sedikit perasaan ingin berkongsi tentang hari pertama puasa aku.. Huhuhu.. Mengada-ngada...
Ya... Sungguhpun hari pertama berpuasa itu tidaklah seperti yang aku harapkan, namun ia tetap menenangkan sehingga aku berjaya menjalankan tanggungjawab aku untuk berpuasa penuh pada hari itu...ALHAMDULILLAH...
Sayang... I sayangkan U... U tak teruk.. Cuma kita tak sempurna...Love U sayang..momuaahhxx!!

Thursday, August 20, 2009

Tentang Stor DBP...

Agak terkilan hati aku apabila mendengar berita bahawa kemungkinan showcase kami bakal dipersembahkan di Stor DBP.. Stor DBP???!!! Heii.. Berapa orang penonton yang dapat menyaksikan persembahkan kami nanti???? Ruang lakonan pun sudah cukup untuk memakan seluruh sudut stor itu.. Namanya pun STOR, dah cukup menggambarkan sebesar mana sahaja ruang yang tersedia untuk 20 orang pelakon beraksi... Memanglah kami tidak sehebat mana pun berlakon, tetapi janganlah diperkecilkan lagi kami yang sudah sedia kecil ini...Hahaha.. Lawak betul... Sekarang aku pun tidak siapa yang harus dipersalahkan?.. EM? PM? ke salah produksi itu sendiri, Sepatu Ilham??? Sidang Media bukan main hebat lagi di mana bakal di adakan di CARCOSA HOTEL..Tetapi tempat pementasannya di STOR DBP!!! Huhuhu... Setakat Stor DBP, dua buah keluarga dari para pelakon kami pun sudah tidak muat untuk menonton.. Memanglah ianya hanya sekadar KEMUNGKINAN... Tetapi apabila mendengar berita lucu ini, aku rasa seperti mahu tertawa tidak berhenti sehingga keluar air mata dan terkentut-kentut!!1 Huahaua.. SEDIHNYA... Bagi diri aku, SHOWCASE lah pentas untuk aku buktikan kepada kedua ibu bapa aku bahawa anakandanya ini tidak mengsia-siakan selama tiga tahun berpisah dari mereka. Malah mebuktikan bahawa anakandanya ini tidak merugikan beribu-ribu wang ringgit yang telah dilaburkan kepadanya selama ini...Heii..Sudahlah.. Jika terlalu difikirkan sangat, semakin tinggi tekana darah aku yang sememangnya sudah tinggi dan abnormal... LINGKARAN KAPUR DI STOR DBP......HAHAHAHAHAHAHAHA...It's funny beb!!!!

Saturday, August 15, 2009

Tentang Panjat Pagar

Malangnya hari ini!!! Aku kantoi dengan pak cik guard yang poyo tu time panjat pagar!! Geram betol aku dengan dia.. Gila kuasa!! Ramai yang tak suka dia..dia tak tahu tu.. Dia fikir dah jadi pak guard, dia dah cukup berkuasa dan hebat!!
Tak pasal-pasal aku kena pergi naik court nanti.. Haih!! satu hal la pulak!!!
;(

Wednesday, August 12, 2009

Tentang Sahabat...

Aku semestinya sayang akan sahabat-sahabat aku.. Bagi aku "Sahabat" adalah satu individu dan "Kawan" adalah satu individu yang berbeza.. Melalui dua kata panggilan itu wujudnya perbezaan dari segi istilahnya, dan sudah seperti yang terzahir ejaannyapun berbeza.
Sahabat.. Sahabat bagi aku ialah seseorang yang aku sayang lebih dari seorang kawan. Sahabat adalah kakak, adik atau abang yang tidak semestinya memerlukan pertalian darah mahupun keturunan. Sahabat juga merupakan seseorang yang sudi mendengar dan berkongsi apa juga cerita, permasalahan, kebahagian, kesusahan, kelebihan dan keburukan dari diri kita.. Bukan sekadar hal-hal di dalam kelas, pejabat atau kerja sahaja, namun hal-hal peribadi juga adalah method dalam sesebuah PERSAHABATAN..Itu pengertian "Sahabat" pada diri aku sendiri.. Sementara "Kawan" pula ialah seseorang yang aku berhubung dan berkomunikasi pada bila-bila masa dan hal-hal peribadi adalah di luar batas sebagai seorang kawan..
Aku mempunyai lebih dari dua orang yang layak aku gelar sebagai SAHABAT. Sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka seperti aku menyayangi keluarga aku sendiri, walaupun keluarga aku tidaklah sebahagia yang aku impikan.. Dalam hidup aku kini cuma ada serpihan keluarga aku, sahabat dan kekasih sahaja. Aku tidak punyai harta atau asset yang mampu membuat aku bahagia dan hidup sempurna. Aku cuma dan hanya ada meraka sahaja sebagai assetku.. Mereka sudah cukup membuatkan aku bahagia walaupun cita-cita aku belum menjadi kenyataan. Namun seseorang yang aku panggil SAHABAT telah menggoyahkan pertalian PERSAHABATAN kami. Aku tidak faham mengapa disebabkan orang lain dia sanggup meregangkan ikatan yang kami gelarkan sebagai BEST FRIEND FOR EVER (BFF)?.. Aku masih ingat madah si dia yang menghantar mesej kepada aku tidak lama beberapa bulan dulu, dia menyatakan bahawa..."Kita xkan ada poblem dalam BFF melainkan kita sendiri yang cari poblem sesama sendiri".. Tapi sekarang apa yang telah terjadi, ternyata aku dan dia bermasalah walaupun masalah itu bukan berpunca daripada sesama kami. Sebaliknya disebabkan kekasihnya yang menjadi penyebab dia menghiraukan aku dan mengendahkan sapaan aku sebagai BFFnya.. Aku hanya menegur dia yang berulang-alik dari kampus ke rumahnya di Kuala Lumpur setiap hari. Aku risaukan dia yang sedang sibuk dengan Diploma Showcase kami. kami semakin sibuk dan tidak cukup rehat. Sementara dia pula mahu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Shah Alam setiap hari. Dia enggan menetap di hostel kerana mempunyai masalah dengan rakan sebiliknya. Rakan sebilik yang hanya menasihati perbuatan "mesra" dia dan kekasihnya di rumah telah disalah ertikan oleh diri dia sendiri. Lalu dia mengambil keputusan untuk berulang-alik dari rumah ke kampus setiap hari.
Setelah mendengar keputusan dan melihat tindakannya, sebagai seoranya yang bernama SAHABAT atau lebih kukuh lagi ikatan itu dengan gelaran BFF, aku berasa terseru untuk menasihati dan menegur tindakannya. Namun apa yang aku perolehi dari tindakan aku itu adalah salah faham dari dia sendiri. Mungkin apa yang dia fikirkan, aku telah bersekutu dengan teman sebiliknya itu yang sememangnya bermasalah dengan dia dan kekasihnya. Ya, aku akui bahawa aku pernah bertikam lidah dengan kekasih BFF aku itu, namun ianya telah berakhir.. Malah aku dan dia tetap bersahabat setelah apa yang berlaku di antara aku dengan kekasihnya.
Dia mengzahirkan salah fahamnya dengan enggan menegur aku atau menyapa aku walaupun berada bersebelahan saja. Walaupun begitu aku tetap mahu menegur dan menyapanya kerana atas dasar DIA ADALAH BEST FRIEND FOR EVER AKU... Namun, jika dia tetap mahu mengendahkan aku yang masih menegur dan menyapanya itu, aku tidak boleh berkata apa-apa. Ingin aku jelaskan maksud sebenar-benarnya nasihat dan teguran aku yang telah disalah ertikan olehnya tempoh hari, tapi aku khuatiri dia akan lebih salah faham lagi!! Hurm.. Tidak mengapalah.. Aku perhatikan saja sampai bila dia mahu berkelakuan begitu dan terus-menerus salah faham dengan nasihat dan teguran aku.. Apa yang penting, aku masih dan tetap menganggap dia sebagai BEST FRIEND FOR EVER KU... Cyg, i loaf u my bff...mmuuaahhxx..

Monday, August 10, 2009

Tentang Lingkaran Kapur...

Aku memang tidak boleh menyanyi.. Aku sedar yang aku memang tidak boleh menyanyi.. Aku tidak mempunyai suara yang cukup bagus untuk menyanyi... Setiap kali aku menyanyi, sesiapa sahaja yang mendengar suara aku yang "cukup lunak" ini pasti akan tertawa dan menggelakkan aku.. Namun aku tidak pernah menghiraukan malah aku hanya sekadar mengendahkan ejekan dan perlian mereka terhadap nyanyian aku.. Tapi sehinggalah sekarang, segala ejekan dan perlian mereka telah memberikan tekanan terhadap aku.. Ianya kerana apabila aku telah dipilih untuk melakonkan watak sebagai Penyanyi untuk persembahan showcase kami nanti.. Ya.. Sudah semestinya aku perlu malah wajib menyanyi dalam setiap persembahan showcase yang bakal berlansung selama tiga hari berturut-turut nanti.. Ya!! Aku sedar aku tidak boleh menyanyi!!! Aku sedar itu... Tapi mengapa mereka terus mengejek dan memerli nanyian aku? Sedangkan mereka sudah sedia mengetahui bahawa pengarah sendiri yang telah memilih aku untuk memikul watak sebagai Pencerita ataupun dalam kata lainnya sebagai Penyanyi? Entahlah.. Kadang-kala aku berasa terlalu rendah diri malah tidak yakin untuk melontarkan vokal aku di hadapan mereka. Tetapi jika aku terus berfikiran dan berasa begitu, bagaimana aku hendak merealisasikan watak tersebut dan sekali gus mempersembahakan showcase nanti?.. Maka dengan itu aku sekarang hanya perlu terus mengendahkan mereka yang tidak pernah memberi sokongan terhadap aku.. Aku mahu memberi kesedaran kepada mereka bahawa bukanlah suara aku yang ingin dipersembahakan sebaliknya mesej dan pengajaran yang terdapat dalam lagu-lagu yang bakal aku nyanyikan nanti sebenarnya yang ingin dipersembahkan.. Kawan-kawan.. Aku berharap walaupun suara dan nada vokal yang aku laontarkan tidaklah sebegitu enak untuk didengarkan.. Namun berilah sedikit sokongan dan kata semangat kepada aku untuk kita bersama-sama menjayakan watak masing-masing, malah apa yang lebih bermakna ialah kita bersama-sama menjayakan showcase kita..."Lingkaran Kapur"... Ya.. Itu hala tujuan kita...Lingkaran Kapur...9, 10 dan 11 Oktober 2009...

Monday, August 3, 2009

Tentang Study

Sekarang ini aku sedang tertekan dengan terlalu banyak assignment yang tertangguh.. Mungkin salah aku yang telah menangguhkan assignment yang akhirnya terkumpul bertimbun.. Hmm... Latihan Showcase sekarang sudah mula menampakkan rentak rancaknya.. Aku wajib untuk lebih serius lagi dalam menempuhi semester terakhir aku di UiTM Puncak Perdana ini..
UiTM Puncak Perdana yang telah mengajar aku bukan setakat ilmu mengenai lakonan dan teater, malah ilmu tentang kehidupan dan penghuni di dalam kehidupan ini sendiri.. Terlalu banyak dan masih banyak yang telah dan perlu aku pelajari dan gali... Melalui apa yang telah aku study di UiTM Puncak Perdana ini telah membuatkan aku sedar akan siapakah sahabat dan siapakah itu "sahabat!!".. Sesungguhnya selama hampir tiga tahun aku study di menara gading ini, ia belum cukup untuk mematangkan aku sebagai seseorang yang berumur 21 tahun.. Namun dari apa yang telah aku study di sini, sudah... sudah cukup untuk rumuskan bahawa hidup sebagai remaja di menara gading ini hanya topeng lakonan yang adakalanya mengejar anugerah dan gelaran "Hot Chick", "Hot Guy", "The Most Glamorous" dan sebagainya yang merepek sahaja.. Hmm..Kadang kala aku juga hanyut dan sering hanyut dengan pertaruhan gelaran-gelaran karut tersebut...
Ayah... Mama..sudah hampir tiga tahun abang mendaki menara gading..dan insyAllah abang sudah semakin hampir ke puncaknya.. Ayah.. Mama.. Walaupun kamu berdua tidak mungkin lagi bersatu dan kembali bersama-sama... Namun abang MERAYU BELAS KASIHMU BERDUA WAHAI SYURGAKU,abang rayu agar bersatulah bersama-sama untuk mendoakan kejayaan anakandamu yang degil orangnya ini.. Doa kamu berdua insan bergelar ibu bapa.. sangatlah abang dambakan... Semoga kejayaan yang bakal aku takluki nanti bukan sekadar buah hasil usahaku yang kemanisannya tidak terkira semata-mata, malah berkat doa oleh sang Adam dan Hawa yang bergelar ayah dan mama... AMIN...