Saturday, August 29, 2009

Tentang Payment Teater..

Alhamdulillah... Akhirnya payment dari penglibatan aku dalam sebuah pementasan teater telahpun diterima... Sudah begitu lama aku menunggu pembayaran daripada pihak produksi teater "Mana Setangginya" (MS) oleh Istana Budaya.. Walaupun tidaklah selumayan pelakon profesional, namun ia sudah cukup memberi kelegaan kepada aku dan kesyukuran saja yang dapat aku ucapkan kepada Tuhan.. DIA Maha Mengetahui bahawa aku memang sangat memerlukan wang tersebut di saat-saat ini... Nilai ringgit yang aku terima hasil dari penglibatan sebagai pelakon MS tidaklah berbaloi, jika ingin dibandingkan dengan pengalaman dan memori yang aku perolehi dan pelajari sepanjang tempoh sebulan lebih menjalani praktikal di Panggung Negara itu.. Segala perit dan jerih serta keindahan yang aku layari sepanjang tempoh tersebut adalah sangat berharga dan tidak ternilai.. Teater Mana Setangginya yang telah dipentaskan di Istana Budaya selama sembilan hari, iaitu dari 13-21 Jun 2009 telah banyak mengajar aku erti menjadi seorang insan yang berduniakan seni persembahan terutamanya dalam bidang teater... Erti pengorbanan, erti keikhlasan, erti kerjasama, erti kesabaran, erti persahabatan dan banyak lagi...
Aku juga telah merasai pengalaman berkerjasama dengan golongan profesional dalam dunia "pentas" ini.. Sempat juga aku rasai keberkatan berjabat tangan dengan Sasterawan Negara, Dato' Noordin Hassan, yang karya-karya banyak dipentaskan dan telah aku tontoni sebelum ini.. Genre dan aliran yang beliau terajui dalam penulisannya adalah bertepatan dengan selera aku..
Aku juga telah merasakan kenikmatan beraksi dipentas canggih, Panggung Sari, Istana Budaya sepanjang tempoh pementasan tersebut.. Bukanlah tidak pernah beraksi di Panggug Sari sebelum itu, namun "rasa" dan nikmatnya adalah sangat berlainan sungguh berbanding pengalaman beraksi dalam MS... Pengalaman yang membuatkan aku menyumpah seranah, memuji, merungut dan menangis.. Ya.. Pengalaman yang tidak ternilai harganya..
Sekarang ini, kegembiraan dan kelegaan serta kesayuan aku rasai setelah menerima payment dari hasil titik peluh aku dalam pementasan teater MANA SETANGGINYA itu.. Tidak sia-sia rasanya aku menjadi penari dan pelakon dalam teater tersebut setelah menerima payment itu.. Semakin terasa kenikmatannya dan semakin tidak ternilai pengalaman yang dimiliki setelah payment tersebut memenuhi akaun Maybank aku... Haha.. Namun sekarang ini, aku buntu pula dengan laporan praktikal yang belum aku selesaikan.. Payment dan diselesaikan oleh Istana Budaya, laporan belum lagi diselesaikan oleh aku untuk En.Saad!!! Huahuahua..

No comments:

Post a Comment