Sunday, August 23, 2009

Tentang Ketenangan..

Masa berlalu dengan sepantas-pantasnya. Sehinggakan aku tidak sedar telah tiba sekali lagi BULAN RAMADHAN yang menenangkan ini.. Ketenangan yang dirasa bukanlah disebabkan cuaca dan persekitarannya, tetapi ianya sebuah ketenangan yang berpunca dari nurani setiap insan yang berpuasa kerana Yang Esa.. Aura ketenangan dan keikhlasan itu mencipta gelombang yang sangat menenangkan di Bulan Yang Mulia ini.. Alhamdulillah.. Buat setakat tiga hari berpuasa ini, aku berjaya menyempurnakan ibadah tersebut dengan tenang. Walaupun hari pertama berpuasa aku tidaklah seperti yang diharap-harapkan..
Bukanlah aku mengharapkan ibadah puasa aku diberikan pahala setinggi-tingginya, bukan juga aku harapkan semua orang tahu bahawa aku berpuasa dengan niat HANYALAH kerana YANG ESA. Tetapi cuma aku mengharapkan hari pertama berpuasa aku untuk tahun ini adalah hari yang indah dan sangat manis buat aku dan si dia.. Hari pertama berpuasa, aku mengharapkan untuk sahur bersama-samanya.. berbuka bersama-samanya.. Namun harapan aku itu hanyalah khayalan yang mempermainkan aku sahaja seperti biasa..
"U..Bangun sahur jum..." Aku mengejut si Peneman Jiwa dari tidur...
"Ish..tak nak lah..i ngantok ni..." Sedikit terkilan aku ketika itu...
"Betul nie u xnak sahur?.."..
"Xnak...."..
Aku terus tersentap dan rasa terkilan melonjak-lonjak dalam hati.. Aku rasa mahu sahaja menjerit di waktu subuh-subuh buta itu, sekali gus mengejutkan bukan sahaja si Peneman Jiwa itu malah seluruh warga Puncak Perdana untuk bangun besahur.. Bukan sekadar dari itu, waktu berbuka aku juga adalah sangat tersasar jauh dari apa yang aku harapkan. Si dia terpaksa pulang ke rumahnya untuk berbuka dengan keluarga. Semakin sakit hari berpuasa pertama aku kali ini.. Sejak si dia pulang ke rumah, sehinggalah waktu hendak berbuka aku dan dia bertikam lidah melalui telefon. Secara tiba-tiba si dia memberitahu aku bahawa telefonnya yang satu lagi sudah pecah dan berderai akibat jatuh di dalam biliknya.
Aku tergamam namun cuba menenangkan si dia yang kedengaran agak kecewa.. Azan maghrib yang membuatkan bulu roma aku meremang akhirnya berkumandang lantang tanda tiba waktu berbuka puasa.. Aku berbuka bersama-sama teman serumah seramai empat orang pada satu meja.. Bukanlah hanya berdua-duaan pada satu meja seperti yang aku harapkan..
Namun begitu.. Si Peneman Jiwa pandai mengambil hati aku yang telah disakiti pada hari berpuasa yang pertama..
Bukanlah niat aku ceritakan di ruang ini semata-mata ingin menunjuk-nunjuk bahawa aku berpuasa dan mempunyai masalah dengan si dia.. Tetapi ianya sekadar sedikit perasaan ingin berkongsi tentang hari pertama puasa aku.. Huhuhu.. Mengada-ngada...
Ya... Sungguhpun hari pertama berpuasa itu tidaklah seperti yang aku harapkan, namun ia tetap menenangkan sehingga aku berjaya menjalankan tanggungjawab aku untuk berpuasa penuh pada hari itu...ALHAMDULILLAH...
Sayang... I sayangkan U... U tak teruk.. Cuma kita tak sempurna...Love U sayang..momuaahhxx!!

No comments:

Post a Comment