Wednesday, August 12, 2009

Tentang Sahabat...

Aku semestinya sayang akan sahabat-sahabat aku.. Bagi aku "Sahabat" adalah satu individu dan "Kawan" adalah satu individu yang berbeza.. Melalui dua kata panggilan itu wujudnya perbezaan dari segi istilahnya, dan sudah seperti yang terzahir ejaannyapun berbeza.
Sahabat.. Sahabat bagi aku ialah seseorang yang aku sayang lebih dari seorang kawan. Sahabat adalah kakak, adik atau abang yang tidak semestinya memerlukan pertalian darah mahupun keturunan. Sahabat juga merupakan seseorang yang sudi mendengar dan berkongsi apa juga cerita, permasalahan, kebahagian, kesusahan, kelebihan dan keburukan dari diri kita.. Bukan sekadar hal-hal di dalam kelas, pejabat atau kerja sahaja, namun hal-hal peribadi juga adalah method dalam sesebuah PERSAHABATAN..Itu pengertian "Sahabat" pada diri aku sendiri.. Sementara "Kawan" pula ialah seseorang yang aku berhubung dan berkomunikasi pada bila-bila masa dan hal-hal peribadi adalah di luar batas sebagai seorang kawan..
Aku mempunyai lebih dari dua orang yang layak aku gelar sebagai SAHABAT. Sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka seperti aku menyayangi keluarga aku sendiri, walaupun keluarga aku tidaklah sebahagia yang aku impikan.. Dalam hidup aku kini cuma ada serpihan keluarga aku, sahabat dan kekasih sahaja. Aku tidak punyai harta atau asset yang mampu membuat aku bahagia dan hidup sempurna. Aku cuma dan hanya ada meraka sahaja sebagai assetku.. Mereka sudah cukup membuatkan aku bahagia walaupun cita-cita aku belum menjadi kenyataan. Namun seseorang yang aku panggil SAHABAT telah menggoyahkan pertalian PERSAHABATAN kami. Aku tidak faham mengapa disebabkan orang lain dia sanggup meregangkan ikatan yang kami gelarkan sebagai BEST FRIEND FOR EVER (BFF)?.. Aku masih ingat madah si dia yang menghantar mesej kepada aku tidak lama beberapa bulan dulu, dia menyatakan bahawa..."Kita xkan ada poblem dalam BFF melainkan kita sendiri yang cari poblem sesama sendiri".. Tapi sekarang apa yang telah terjadi, ternyata aku dan dia bermasalah walaupun masalah itu bukan berpunca daripada sesama kami. Sebaliknya disebabkan kekasihnya yang menjadi penyebab dia menghiraukan aku dan mengendahkan sapaan aku sebagai BFFnya.. Aku hanya menegur dia yang berulang-alik dari kampus ke rumahnya di Kuala Lumpur setiap hari. Aku risaukan dia yang sedang sibuk dengan Diploma Showcase kami. kami semakin sibuk dan tidak cukup rehat. Sementara dia pula mahu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Shah Alam setiap hari. Dia enggan menetap di hostel kerana mempunyai masalah dengan rakan sebiliknya. Rakan sebilik yang hanya menasihati perbuatan "mesra" dia dan kekasihnya di rumah telah disalah ertikan oleh diri dia sendiri. Lalu dia mengambil keputusan untuk berulang-alik dari rumah ke kampus setiap hari.
Setelah mendengar keputusan dan melihat tindakannya, sebagai seoranya yang bernama SAHABAT atau lebih kukuh lagi ikatan itu dengan gelaran BFF, aku berasa terseru untuk menasihati dan menegur tindakannya. Namun apa yang aku perolehi dari tindakan aku itu adalah salah faham dari dia sendiri. Mungkin apa yang dia fikirkan, aku telah bersekutu dengan teman sebiliknya itu yang sememangnya bermasalah dengan dia dan kekasihnya. Ya, aku akui bahawa aku pernah bertikam lidah dengan kekasih BFF aku itu, namun ianya telah berakhir.. Malah aku dan dia tetap bersahabat setelah apa yang berlaku di antara aku dengan kekasihnya.
Dia mengzahirkan salah fahamnya dengan enggan menegur aku atau menyapa aku walaupun berada bersebelahan saja. Walaupun begitu aku tetap mahu menegur dan menyapanya kerana atas dasar DIA ADALAH BEST FRIEND FOR EVER AKU... Namun, jika dia tetap mahu mengendahkan aku yang masih menegur dan menyapanya itu, aku tidak boleh berkata apa-apa. Ingin aku jelaskan maksud sebenar-benarnya nasihat dan teguran aku yang telah disalah ertikan olehnya tempoh hari, tapi aku khuatiri dia akan lebih salah faham lagi!! Hurm.. Tidak mengapalah.. Aku perhatikan saja sampai bila dia mahu berkelakuan begitu dan terus-menerus salah faham dengan nasihat dan teguran aku.. Apa yang penting, aku masih dan tetap menganggap dia sebagai BEST FRIEND FOR EVER KU... Cyg, i loaf u my bff...mmuuaahhxx..

No comments:

Post a Comment