Thursday, April 28, 2011

Dah Terdetik

Dah TERDETIK..
Bila melihat dan memikir..
Benar juga...


SAMPAI BILA TAK MAHU MENCUBA???



Aku juga ada SESUATU..
Aku juga mahu BERSUARA..
Jangan diendahlah mereka yang mengata...



SEKURANG-KURANGNYA, AKU ADA...
KAU YANG MENGATA, ADA????



Ini bukan mainan..
Walaupun ia sebenarnya permainan..
Mungkin ini percaturan..
Untung nasib, bertuahlah badan..



TAPI BUKAN NAMA SEBAGAI ALASAN..
TETAPI MENUNTUT KEPUASAN...



Mungkin aku tidak BERPENGALAMAN..
Tetapi kalau tak MENCUBA, maka tiadalah pengalaman...

PEJAM MATA. PERCAYA.
BUKA MATA. SENYUM MEMBUNGA..

Tuesday, April 26, 2011

"..ini pengalaman hidup."

Aku mungkin sudah terlalu selesa dengan kedudukan semasa di awal semester ini. Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Malah ia menjadi lebih baik daripada apa yang dirancangkan.

Aku SENANG. Aku TENANG.


Aku serius. Memang telah dipasungkan di dalam hati bahawa aku tidak mahu mengsia-siakan perjalanan aku sekarang ini. Menyambung pelajaran. INI PERKARA SERIUS yang aku sedang lakukan. Aku tidak mahu membazir DUIT dan MASA. Jadi aku mahukan apa yang aku lakukan sekarang BERFAEDAH dan mendapat HASIL darinya. Oleh itu segalanya dilakukan dengan serius dan cermat. Aku BANGGA dengan perubahan dalam diri aku. Aku BERDIKARI dan ianya MENJADI. Walaupun sambil aku mencari nafkah diri sendiri, namun PELAJARANKU TIDAK TERGANGGU malah ia SANGAT BAIK. Segalanya dirasakan SEMPURNA dalam semester 1 ini.

AKU BANGGA DENGAN KEADAAN AKU.
AKU BANGGA DENGAN PERUBAHAN AKU.

NAMUN....
SINCE EVERTHING WAS PERFECT IN THE INITIAL, HE GIVES ME 'THIS' TO MAKE IT LESS PERFECT. BECAUSE NOTHING IS PERFECT IN THIS LIFE.

Atas KELALAIAN sendiri, aku melepaskan apa yang PENTING buat aku. Dengan KEBODOHAN sendiri aku lalai. Ianya mengenai PELAJARANKU.

YES, YOU'RE ACTUALLY WASTING YOUR TIME, IZMIR!

Entah macam mana aku boleh melepaskan FINAL EXAM aku yang SATU-SATUNYA itu. Malah ia adalah SUBJEK KEGEMARAN aku!. THEORY WRITING. Ermm.. Mungkin sudah terlalu muak memandang buku organiser, jadi lepas selesai semua tugasan dihantar, aku TOLAK KE TEPI terus organiser aku. Ye, 3 JAM KREDIT. Akan efek pointer aku!

3 JAM KREDIT! YE!! AKU TAHU TU! =(

Tapi tidak mengapalah.. Benar kata PM Said -" Tak mengapa.. Ini pengalaman hidup..". Beliau juga cuba untuk membantu aku supaya sekurang-kurangnya lulus, walaupun tidak cemerlang. Apa pun yang bakal terjadi, aku BERSERAH. Kalau gagal, maka ulanglah semula. Kalau lulus, bersyukurlah walaupun tidak berpuas hati dengan keputusannya.

"..ini pengalaman hidup.." (PM Said. 2011)

Monday, April 11, 2011

Lara Hati...

Kau pulang dan buka pintu..
Gelita malam tenggelam oleh benderang senyum mu..
Kau gapai, kau peluk aku..
Aku dakap aku kucup pipi mu...
Kau kucup berkali-kali melebihi ku..

Kopi panas berasap penyengkang mata mu..
Lara Hati dijamah pendengaran mu..
Kertas putih dengan ulat-ulat dakwat..
Memenuh meja, kau hadap dengan amat.

Kau membelek punca rezeki itu..
Aku di belakang memanjakan otot dan sendi mu..
Lara Hati terbias membisu... Kau putarkan lagi..
Menenangkan waktu yang sedia sepi..
Malam-malam itu kekal dalam hati ku..


p/s: Buruk mana ayah dan mama, mereka TETAP KELEMAHAN AKU. THE GREATEST PRAY JUST FOR THEM.. AMINN...

Friday, April 8, 2011

Degree.Kerja.Percutian.

Alhamdulillah.. Walaupun sememangnya terlau sibuk dengan tugasan dan aktiviti di kampus, namun segalanya berjalan lancar.. Ermm.. Tidak banyak perkara yang ingin dikongsikan, cuma ada sedikit yang dapat diluahkan. Arghh... Mungkin bosan dan agak tidak penting untuk dikongsi dan dibincangkan.. Huahua.. I'M SINGLE!!! That's the thing! Huahua.. Okay,a very humble confession from me, AKU TIBA-TIBA RASA SUNYI!! What????.. After 1 and half year, tiba-tiba pula rasa macam ini datang menyerang...

Arghh... Just don't bothered..

Apa yang penting, aku rasa sangat bersyukur kerana aku hampir berjaya menamatkan semester pertama dengan menanggung diri sendiri 100%!! Hehehe.. ALHAMDULILLAH.. TUHAN... Sememangnya niat yang baik akan mendapat pertolongan dari yang Maha Penyayang... Okay.. Selepas habis sahaja semua tugasan dihantar dan exams, aku mahu bercuti!!!!

Eyhhh... Sabarrr....
KUMPUL DUIT duluu... Baru syok bercuti~~ =)

Tiba-tiba rasa nak bercuti sebab sudah hampir 2 tahun berkerja dan terus sambung belajar tak berhenti.. HUAHUAHUA.. Memang aku perlukan masa untuk BERCUTI DAN BEREHAT.. Hurmm.. Dah tak tahu apa nak kongsi dan tulis. Tunggulah ada mood nanti.. Bye.