Friday, February 19, 2010

Tentang Selepas ini....

Sudah terlalu lama aku tidak menjenguk blogku ini. Entri-entri yang lama, aku baca semula...tersenyum...tertawa dan menitis juga air mata tika membacanya...Sudah terlalu lama tidak tersurat apa yang tersirat di hati... Sudah menangis ketawa aku lalui... Akhirnya berdetak-detik juga keyboard ini berbunyi aku menaip... Macam-macam yang ingin dikongsi... Macam-macam yang ingin dikatakan buat renungan aku dan kita... Namun tidak semua yang patut dikongsi.. Tidak semua yang dapat merenung apa yang dikata kerana terkena batang hidungnya... kerana aku bukanlah seperti sesetengah orang yang "menghanjing,mencarut,melaha dll" insan lain sesuka hati... INGAT... CAKAP BESAR MEMANG DURJANA AKHIRNYA NANTI... SELAIN ITU JUGA, KERANA MULUT DAN JARI (sebab menaip yang bukan2) BADAN BINASA....KERANA TUHAN ITU MAHA ESA...LEBIH BERKUASA DARI YANG LAIN... NAK KHIANAT ORANG PUN, SEMUANNYA ATAS IZIN DARI-NYA JUGA...INGAT YA SAHABAT-SAHABAT.... =]

"Apa Dosaku?"-Sybil Khatigasu Stories...
Penggambaran drama bersiri yang dilakukan di Ipoh, Perak selama tiga bulan ini telah meninggalkan kenangan dan pengalaman yang tidak ternilai buat aku... Bermula dari awal Disember 2009, sehinggalah ke awal Februari.. Walaupun aku hanya mengikuti sejak dari akhir Disember, namun ia sudah mampu meninggalkan kesan dalam diriku sendiri.. Pengalaman berkerjasama dengan Bernard Chauly dan krew-krew Red Communication, memang menyeronokkan. Walaupun tidak dinafikan kadang-kadang terselit rasa berang dan kecewa... Namun itulah yang "meggulakan" kemanisan kenangan ini... Indah dan meyeronokkan... Hanya aku, mereka dan Tuhan sahaja tahu keindahan pengalaman ini... TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA MEREKA YANG BANYAK MEMBATU IZMIR YA... Qash, Kak Akma, Feeq, Maryam, Aboy, Pikky, Bernard, Jeny, Susan, Cristal, Anne, Aileen, Kak Aini, Shu chyi dan lain-lain... Ramai sangat..hahaha... Maka saksikanlah drama bersiri ini apabila ia sudah disiarkan di Astro, Citra nanti ya... Kemungkinan besar dalam bulan May ini... =]

Pelik dan Tiba-tiba...
Selepas penggambaran berakhir, ini bermakna kehidupan peribadi yang baharu pula bermula. Aku tahu, bahawa hidupku akan sedikit berubah selepas penggambaran drama bersiri ini.. kerana telah banyak yang aku pelajari dan teladani daripada penglaman-pengalaman sepanjang penggambaran itu... Oleh kerana masih mempunyai urusan bersama-sama leader yang mengetuai dan yang memberi peluang serta tunjuk ajar dalam penggambaran tersebut, aku terpaksa menetap di UiTM Puncak Perdana, kampus yang aku rindui... Alhamdulillah... Hilang sedikit rindu terhadap teman-teman yang lama tidak bersua muka dan berbual bicara.. Aku terlihat makhluk Tuhan yang indah rupanya ini (manusia adalah ciptaan terindah Tuhan..Ingat, kita tidak berhak mengata rupa paras insan lain..hanya Tuhan sahaja berhak untuk memberi dan menarik semula anugerahnya itu aripada kita)... Ya... Dia dahulu pernah menemai hari-hari sukar dan indahku... Namun kini, dia adalah terlalu asing sudah pada ku... Oleh kerana sudah terlihatkan dia, aku sengaja mengeluarkan dia dari senarai Block dalam akaun Facebook. Tanpa aku sangka, dia juga sebenarnya tidak lagi meng-block aku dari fb...kerana dapat aku search dirinya dalam sarang-sarang internet ini.. Malah hanya album aku dan dia sahaja yang dapat aku lihat dalam photosnya... Pelik aku... Kenapa tiba-tiba pula???? Haha... Sudahlah... Malas aku nak main tarik-tarik tali macam dulu yang pernah kita lakukan... Semoga bahagia sahaja dengan insan kesayangan mu itu ya... Haha.. Sudah aku jangkakan dari dulu lagi bahawa engkau dengan si dia akhirnya.... Tahniahhh... =]

Terus Membakar...
Memandangkan sudah berakhir penggambaran tersebut.. Aku kini kembali dalam kehidupanku... Muhammad Izmir Nadzri.... Seorang penulis dan pelakon yang disegani... Ya... itu dia semangatku.. Itu hala tujuku... Itu kehidupan dan jiwaku... Biarkan sahaja ia terus membakar dalam diri ini... Perjalanan baharu akan bermula...Aku yang melangkah, akulah yang menentukannya...Akan aku teruskan apa yang telah tertangguh sebelum ini... Akan aku mulakan apa lagi yang belum terzahir dek penglihatan.... YOU CAN DO IT IZMIRRRR!!!!!