Saturday, April 21, 2012

Cabin In The Wood

Kalau diberi pilihan sama ada filem seram, romantik atau thriller, filem seram dan thriller adalah pilihan aku. Baru-baru ini aku dah tengok filem seram, Cabin In The Wood arahan Drew Goddard. Filem ini tidak menghampakan dengan babak-babak suspen dan ngerinya. Ianya agak sedikit lain bukan sekadar dari segi konten, malah mesejnya sekali. Terdapat beberapa lambang dalam babak filem ni seolah-olah memerli sebuah pemerintahan berpresiden yang menguasai dunia sekarang. Filem arahan Goddard ini adalah salah sebuah filem post-modern yang aku kira menarik. Ianya kerana filem ini mendedahkan sebuah organisasi yang mempunyai peralatan dan kemudahan komputer yang canggih namun menjalankan sebuah operasi yang kuno.
Meh la aku cite sikit sebanyak apa yang aku dah tonton dan dapat melalui filem ni. Filem seram yang buat aku sampai terangkat kaki ini menonjolkan bagaimana amalan ritual kuno terhadap beberapa Dewa/Tuhan zaman purba dilakukan dengan kemodenan teknologi. Ritual pengorbanan nyawa dalam sesuatu kepercayaan terhadap beberapa Dewa/Tuhan purba ini dilakukan oleh sebuah organisasi yang mempunyai peralatan komputer dan komunikasi yang canggih ke beberapa negara di seluruh dunia, termasuklah di Asia. Selain bertujuan untuk melindungi umat manusia daripada amukan Dewa/Tuhan, atau pada kiraan aku adalah Dajal, mereka juga melakukan operasi ini dengan tujuan keuntungan melalui kejayaan perancangan-perancangan yang telah dilakukan.Malah setiap perancangan yang dilakukan untuk amalan ritual ini dah macam dalam video game pulak. Menarik.
Apa yang menariknya lagi, filem ini bukan seperti filem seram Hollywood yang lain, di mana naratifnya tidak bersifat Classical Hollywood narration. Pada penghujung cerita ini, semua watak protagonis dan antagonisnya mati. Aku tertarik dengan gaya adunanan kepercayaan zaman purba dan amalan ritual dalam masayarakat moden, di mana ia sebati dan menghasilkan sebuah cerita yang bukan saja untuk menyuap nafsu hiburan, malah menyuap pemikiran minda dengan pelbagai mesej.
Nak cakap lebih2 pun aku bukan bijak sangat nak bercerita atau mengupas tentang filem (adik belajar lagi, belum habis degree pun lagi), so itu je la dapat aku share. Bukan nak promosi, tapi berkongsi. Rasa macam nak tengok lagi. Hahaha.. Download sajoooo.. ;D



No comments:

Post a Comment