Friday, October 2, 2009

Tentang Lingkaran..

Haha.. Pejam, celik, pejam, celik, hanya tinggal dua minggu sahaja lagi aku dan rakan-rakan, seSepatu Ilham akan berdepan dengan cabaran dan ujian yang paling besar buat kami sepanjang bergelar pelajar di meneara gading ini... Ya.. Usaha dan jerih perih kami merenangi dan menyelami lautan ilmu selama beberapa tahun di Uitm Puncak Perdana ini bakal diuji pada tiga tarikh keramat ini... 16, 17 dan 18 Oktober 2009..

Lingkaran Kapur... Ia bukti dan tanda kepada tahap ilmu yang kami ratahi dan telani berdasarkan usaha masing-masing.. Ia bakal menentukan untung ruginya kami hidup di Puncak Perdana... Ia adalah simbolik kepada tawa dan tangisnya kami selama berteduh sementara waktu di bawah bumbung ilmu, UiTM Puncak Perdana.... Ia bakal menjadi memori.. Memori yang tidak sesekali akan aku lupai.. Begitu juga mereka, rakan-rakan seSepatu Ilham..

Debaran semakin memuncak.. Sukar dizahirkan dengan kata-kata..

Esok majlis sidang media akan berlansung di Carcosa Sri Negara.. Jam tiga petang... Hati ini sudah berdebar!! Berdebar untuk beraksi seorang diri sebagai Penyanyi di hadapan wartawan-wartawan yang bakal hadir!!

Oh Tuhan!!! Tenangkanlah diri ku ini.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar esok dan bakal membanggakan diri aku dan rakan-rakan... Semoga majlis sidang media esok memberi kebaikan kepada hari-hari persembahan yang sebenarnya nanti..Amin...

No comments:

Post a Comment