Monday, December 12, 2011
Friday, November 25, 2011
Gaya hapus
Masih IA datang walau dicanggah..
Wahai SAYANG Engkaulah Yang Agung...
Ambillah aku, HAPUSLAH aku...

Saturday, November 19, 2011
Muktamad
BERBULANNYA lama, bukan...
Namun
Tidaklah SEHARI...
TERSENYUM, KETAWA, GEMBIRA.
ASYIK!!!
TEGAP genggaman kasihmu..
Terjawab yang DICARI, DITUNGGU..
Rangsangnya KASIHKU seransang KASIHMU...
Tiba waktu aku BERLALU..

Kau JAWAPAN segala KELAM SILAM...
Wednesday, November 16, 2011
Tandus mengalir..

Saturday, November 5, 2011
TERBATAL

Sunday, October 16, 2011
Chill la derrrrr...

Thursday, October 13, 2011
Lewa
Friday, October 7, 2011
CEKIK.GERAM.


Saturday, October 1, 2011
Bunga2 Single
Tak salah kalau SINGLE tapi nak BERANGAN rasa macam tengah BERCINTA kan? Hehehe. Berangan macam tengah bercinta untuk satu malam (subuh dah pun actually) pun jadilah kannn..
Ni, lagu ni bila aku dengar buat kali pertama terus aku jatuh cinta (susah aku nak dengar lagu ,Melayu n terus jatuh cinta mcm ni). Lirik dia bukan menceritakan sesuatu yang mengembirakan, tapi melodinya terlalu romantik untuk aku sampai berjaya buat aku rasa yang aku sedang SYOK BERCINTA.
Klik play lagu ni then baru sambung baca.. Layanlah lagu ni sambil mata melayan ulat-ulat tulisan aku ni..
Apa yang aku nak katakan di sini ialah, tak semestinya PERLU BERCINTA barulah dapat merasa perasaan berbunga-bunga mcam ni.. NIKMATNYA bercinta bila jadi SINGLE ialah bila aku dapat BERANGAN SENDIRI seseorang yang AKU CIPTA sendiri KARAKTER DAN PERSONALITINYA. Hahah.. CIPTA JODOH SENDIRI 100% mengikut kehendak sendiri!!! Hebatkan?? Hahaha..
Dia wish aku "Good morning" setiap pagi walaupun hanya melalui via sms/bbm/whatssap. Dia akan tanya aku dah makan ke belum setiap waktu breakfast, lunch, hi tea, dinner, supper. Dia akan call aku setiap malam sebelum tidur atau aku yang akan call dia. Aku dan dia akan keluar setiap weekend berjimba tengok movie, shopping, makan-makan, round2 KL, Bukit Bintang, Damansara, Hartamas. Dalam kereta, aku akan pegang tangan dia.
Dia akan belai-belai rambut aku, aku belai-belai pipi dia. Dia cium dahi aku, aku balas ciuman pada kedua belah pipi dia. Dia peluk sampai aku rasa betul-betul tenang dan selamat. Biar berpeluk sampai berjam-jam lamanya dah cukup memadai sebab aku rasa sangat tenang dan selamat bila dada aku melekat pada dada dia. Biar getaran jantung aku bersatu dan senada dengan getaran jantung dia. Biar bau badan dia menjadi sesuatu yang aku rindu bila kami berpisah nanti.
Biar aku tidur dengan senyuman sebab orang yang terakhir aku fikirkan ialah dia. Biar permulaan hari aku disambut oleh dia dan pengakhiran hari aku dilepaskan dengan kasih dan sayang dia. Hari-hari aku akan sentiasa bahagia dengan ayat-ayat manis daripada dia. "SAYANG, I LOVE YOU. I RINDU YOU LAH SAYANG.."
Biar aku pakai smart2, comel2, hensem2 semata-mata untuk dia walaupun hanya weekend je aku jumpa dia. Suara dia saja dah buat aku tenang dan bahagia walaupun tak melihat wajah dia. Kehidupan aku sudah cukup lengkap walaupun hanya bersama dengan dia. Biar sampai kesyukuran aku pada Tuhan hanya kerana mewujudkan aku ke dunia ini dengan kehadiran dan kasih sayang dia. "Tuhan, aku bersyukur pada Mu kerana memberikan dia kepada aku. Terima kasih ALLAH..".
Macam tu la sikit punya berangan aku bila dengar lagu ni. Sampai meremang bulu roma aku menulis sekarang ni sambil berangan tentang seseorang kekasih yang aku CIPTA SENDIRI KARAK TER DAN PERSONALITINYA. Semua yang indah-inda h dan tenang-tenang belaka.
ALHAMDULILLAH.. Aku masih lagi mampu merasai hebat dan bahagianya BERCINTA walaupun tak ada couple/kekasih. Sesungguhnya rasa CINTA itu masih lagi WUJUD dan masih lagi TAJAM dalam jiwa aku sebagai manusia biasa. Lumrah manusia. Ada rasa CINTA walaupun disakiti berkali-kali..
SALAMMMM..
Friday, September 30, 2011
MENYOMBONG AKU
Sekali kau bermadah, seribu yang mendengar..
Sekali bibirmu terbuka, pesona kau bersyarah!
HEBAT.. HEBAT... HEBAT..
Tabik hormat, tangan ku tepuk meraikan KEHEBATAN KAU!
Kau PEMUISI TERHEBAT!!!
Sana sini kau menuntut..
Ke hulur ke hilir TAWAN KEJOHANAN..
Tunduk-tunduk sekeliling manusia di depan, di belakang, di kiri, di kanan kau.
Sanjung-sanjung mereka MENGANGUNGKAN engkau..
HARUM.. BENAR.. BIJAKSANA..
Fuhhh! Melambung tinggi pujian untuk kau!
Kau PEMUISI TERHEBAT!!!
Pengalaman kau BERPULUHAN TAHUN..
Kemenangan kau sangat digerun!
FALSAFAH kau, TERNGANGA yang mendengar..
Tapi sayang kau PEMUISI TERHEBAT..
PENGALAMAN KAU..
KEHIDUPAN KAU..
YANG BERPULUHAN TAHUN..
YANG DISANJUNG KEMENANGAN ITU..
Hanya kerana KAU dengan DUNIA KAU sahaja.
Tidak pernah, Tidak mahu, Tidak akan,
MEMAHAMI DUNIA HAMBA ALLAH LAIN!!!
PEMUISI TERHEBAT..
Kau taksub dengan kehidupan ENGKAU sahaja..
Kehidupan hamba Allah yang lain TIDAK TERPANDANG walaupun di pinggir penglihatan mata..
Hinggakan kau ARIF dengan hidup kau semata-mata!
SILAP langkah kau, MAKIN SESAT AKU..
Kerana hamba Allah seperti kau, MAKIN MEMBODOH SOMBONGLAH AKU..
Kerana langkah kau, KE NERAKALAH AKU!
Bukan MENUDING JARI..
Tetapi langkah kau, MENCABAR KEBODOHAN AKU..
MENDONGAKLAH AKU KE LANGIT LAGI..
Dibawa bayu lembab HORMATNYA aku kepada kau.
LESAP, LENYAP...
KAU... PEMUISI TERHEBAT..
PUISI kau, KUHORMAT.
Menghormati kau sebagai INSAN YANG DIPUJI-PUJI?
Ohhhh.. TIDAK sama sekali!

Thursday, September 22, 2011
Parasit
Andai dapat aku MENCIUM Mu..
AKAN TENANG DAN LEGA SEGALA DERIA..
YA...
Aku yang DILAKNATI..
YA..
Aku yang DIMURKAI...
YA...
Aku yang tidak akan DIPANDANG lagi..
Thursday, September 15, 2011
JEMU

Saturday, August 27, 2011
Aduhhh!!!! Fuhhh....
SAKITNYA!!!!!!
SIAL LA.. Siapa yang tolak aku ni uh????
Ish.. Tak boleh jadi...
Aku nak terus bangun..
Tapi TAK NAK lagi aku patah balik dan CARI SIAPA YANG TOLAK AKU!
BUANG MASA je cari korang...
Dah.. Jangan kacau aku lagi..
BLA JAUH-JAUH.. Aku pun dah tak nak tengok korang dah...
FUHHH..
Penatnya nak MERANGKAK lepas bangun dari terjatuh..
Tapi tak apa.. PERLAHAN-LAHAN nanti aku boleh la berjalan semula..
Baju aku kotor lepas terjatuh...
ADUHHHHHHH.....
MALUNYA!!!!!!
Dah la bukan senang nak beli baju baru...
Aku ni dah la KECIL..
Kena pandai pilih baju baru nampak COMELLL..
FUHHHH...
Nasib baik ada KAWAN-KAWAN aku..
Diorang bagi KAIN, aku jahit sendiri ikut saiz badan aku..
FUHHHYOOOO...
Baru nampak comel bila pakai baju ikut saiz badan aku yang kecil ni...
ADUHHHH...
Tu, kat depan tu...
Ada yang naik main TARIK-TARIK, TOLAK-TOLAK..
Kotor la baju aku balik weyh!!
Silap-silap boleh KOYAK terus!!
FUHHHH...
Nasib baik aku nampak korang awal-awal..
Boleh la aku mengelak...
SHHH!! SHHH!! SHHH!!
BLA!! BLA!!
Aku nak TERUS BERJALAN ni..
Aku nak BERLARI sampai boleh TERBANG!

Saturday, August 20, 2011
Kemboja itu..

Saturday, August 13, 2011
Mulakan ia..


Wednesday, August 10, 2011
MENGGILA dan EMPANGAN BARU..

Friday, July 29, 2011
Memang layak untuk itu..
Saturday, July 9, 2011
Chilexxxx skit.... ;D
Selain dari berjimba jimbu ke hulur ke hilir ke Timur ke Barat, aku tak la membuang masa macam tu saja. Banyak juga aktiviti yang aku dah buat. Sampai tak tahu mana satu nak cite dulu.. Lalala..Tapi tak pe.. Aku rasa yang ni paling sesuai untuk dikongsi buat masa sekarang..

Merupakan sebuah filem pendek arahan Jaja Kadir dan digarap ke dalam tulisan skrip oleh Liyana Jamili. Pendek je cite ni. Tapi is like telling you the whole things about LIFE. Kalau nak cite apa story dalam cite ni, aku ada banyak VERSIONS. Version masa MULA2 DAPAT SKRIP, MASA SHOOTING, MASA EDITING dan masa SCREENING. Takpe la.. Aku tak nak dan tak perlu beritahu kat sini tentang apa yang aku faham mengenai cite ni. Sebab setiap orang ada pemikiran dan pendapat masing2. Tapi aku nak simpulkan SEMUA VERSIONS pendapat aku mengenai Displacer ni sebagai....
"We are keep finding and try to identify about where are we standing and what's going on with ourselves. Until at one point, we get CLUELESS and realize that we are at one place with different season, just no where and it's LIFE."
CIRCLE. ROUND.
Congrats to us, the team. Displacer.
Thursday, July 7, 2011
Gelarkan saja..


Monday, July 4, 2011
Bangkai Kehidupan
Yang mempersenda dan memperlekehkan aku..
Yang lunyai, riuk dengan segalanya..
Yang DUNGU, bendul dalam apa pun.
Memang seperti permainan..
Yang lemas gelap MENYESAKKAN.
.Yang sendiri berkata tak didengari..
Yang menyayangi pun TAKKAN mampu fahami..
Memang seperti permainan..
Yang bertalu-talu dizahirkan..
Yang mengejar, dikejar..
Yang berjanji, bilah-bilah HARAPAN..
Yang kononnya menunggu berjarak berwaktu..
Memang seperti permainan..
Sekali rasa, ghaib dari mata..
Sedetik melompat, BERZAMAN tersungkur..
Memang satu permainan..
Rosak sudah akal fikiran..
Lunyai lebur perasaan..

Wednesday, June 22, 2011
Tiada Kesal
IA

Tuesday, June 21, 2011
Terima kasih...






