Thursday, September 15, 2011

JEMU

Aku mengadap cermin di dalam tandas. Aku tunduk. Perlahan-kahan aku mengangkat kepala dan memandang cermin. Aku lihat AKU. Aku cukup JEMU memandang wajah aku. TIDAK ada yang istimewanya lagi yang dapat aku lihat. Tetapi bila aku renung ke dalam-dalam mata aku sendiri, tiba-tiba air bertakung.

Pandangan aku tepat ke dalam mata aku. Namun ada satu RASA dari dalam dada yang MENGGELAPKAN pandangan mata aku. Jari-jari aku genggam LEMAH. Mahu saja MELUTUT ke atas lantai tandas yang basah. Air yang bertakung di mata TAK MAHU JATUH!!!. Ia belum cukup penuh untuk melimpah. Saluran air mata sudah KEKONTANGAN untuk menghasilkan titik-titik tangisan!!!.

Diteran-teran tidak berupaya. Jika aku menangis, aku mahu sehinga TERSENDU-SENDU. Supaya PUAS. Tetapi sudah TIDAK TERMAMPU!!!.

Aku buka mata dan pandang semula cermin dengan amatan yang dalam ke mata aku.
Aku JEMU. JEMU. JEMU!

JEMU aku menghayati RASA dan BAHASA renungan mata aku sendiri. Direnung dalam-dalam. Ditenung dengan tenang ke dalam mata aku. Hanya satu PERSOALAN wujud dari renungan itu.
"APA YANG SEDANG AKU LALUI INI?!"



Hanya satu RAYUAN yang berteriak suara dari dalam DADA,
"YA ALLAH, KUATKANLAH AKU!!!"

2 comments:

  1. semoga ALLAH bagi ang kekuatan fren :)

    ReplyDelete
  2. salam..terima kasih la sebab berdoa..sama2 la kita.. insyAllah..ehehe..apa blog ang? ;p

    ReplyDelete