Saturday, October 1, 2011

Bunga2 Single

Dah terlalu banyak membebel dalam puisi-puisi, subuh ni aku nak melayan perasaan plak la.. Nak manjakan diri dengan perasaan kempunan nak BERCINTA. Hahah..(tak boleh bla ayat kempunan).

Tak salah kalau SINGLE tapi nak BERANGAN rasa macam tengah BERCINTA kan? Hehehe. Berangan macam tengah bercinta untuk satu malam (subuh dah pun actually) pun jadilah kannn..

Ni, lagu ni bila aku dengar buat kali pertama terus aku jatuh cinta (susah aku nak dengar lagu ,Melayu n terus jatuh cinta mcm ni). Lirik dia bukan menceritakan sesuatu yang mengembirakan, tapi melodinya terlalu romantik untuk aku sampai berjaya buat aku rasa yang aku sedang SYOK BERCINTA.
Klik play lagu ni then baru sambung baca.. Layanlah lagu ni sambil mata melayan ulat-ulat tulisan aku ni..

video

Tak nak aku bercakap mengenai liriknya, aku sekadar nak merepek mengenai perasaan aku yang BERBUNGA-BUNGA sekarang bila dengar lagu ni. Haihh, tak tahulah.. Aku betul-betul rasa DIMANJAI oleh lagu ini. Rasa macam masa tengah hangat bercinta macam sebelum-sebelum ni. INDAH.. TENANG.. NYILU rasa hati aku ni bila rasa BERCINTA macam ni.. Hehe..

Apa yang aku nak katakan di sini ialah, tak semestinya PERLU BERCINTA barulah dapat merasa perasaan berbunga-bunga mcam ni.. NIKMATNYA bercinta bila jadi SINGLE ialah bila aku dapat BERANGAN SENDIRI seseorang yang AKU CIPTA sendiri KARAKTER DAN PERSONALITINYA. Hahah.. CIPTA JODOH SENDIRI 100% mengikut kehendak sendiri!!! Hebatkan?? Hahaha..


Dia wish aku "Good morning" setiap pagi walaupun hanya melalui via sms/bbm/whatssap. Dia akan tanya aku dah makan ke belum setiap waktu breakfast, lunch, hi tea, dinner, supper. Dia akan call aku setiap malam sebelum tidur atau aku yang akan call dia. Aku dan dia akan keluar setiap weekend berjimba tengok movie, shopping, makan-makan, round2 KL, Bukit Bintang, Damansara, Hartamas. Dalam kereta, aku akan pegang tangan dia.
Dia akan belai-belai rambut aku, aku belai-belai pipi dia. Dia cium dahi aku, aku balas ciuman pada kedua belah pipi dia. Dia peluk sampai aku rasa betul-betul tenang dan selamat. Biar berpeluk sampai berjam-jam lamanya dah cukup memadai sebab aku rasa sangat tenang dan selamat bila dada aku melekat pada dada dia. Biar getaran jantung aku bersatu dan senada dengan getaran jantung dia. Biar bau badan dia menjadi sesuatu yang aku rindu bila k
ami berpisah nanti.
Biar aku tidur dengan senyuman sebab orang yang terakhir aku fikirkan ialah dia. Biar permulaan hari aku disambut oleh dia dan pengakhiran hari aku dilepaskan dengan kasih dan sayang dia. Hari-hari aku akan sentiasa bahagia dengan ayat-ayat manis daripada dia. "SAYANG, I LOVE YOU. I RINDU YOU LAH SAYANG.."
Biar aku pakai smart2, comel2, hensem2 semata-mata untuk dia walaupun hanya weekend je aku jumpa dia. Suara dia saja dah buat aku tenang dan bahagia walaupun tak melihat wajah dia. Kehidupan aku sudah cukup lengkap walaupun hanya bersama dengan dia. Biar sampai kesyukuran aku pada Tuhan hanya kerana mewujudkan aku ke dunia ini dengan kehadiran dan kasih sayang dia. "Tuhan, aku bersyukur pada Mu kerana memberikan dia kepada aku. Ter
ima kasih ALLAH..".

Macam tu la sikit punya berangan aku bila dengar lagu ni. Sampai meremang bulu roma aku menulis sekarang ni sambil berangan tentang seseorang kekasih yang aku CIPTA SENDIRI KARAK TER DAN PERSONALITINYA. Semua yang indah-inda h dan tenang-tenang belaka.


HEBAT JUGA RASA BERCINTA SEBAGAI SEORANG YANG SINGLE.

ALHAMDULILLAH.. Aku masih lagi mampu merasai hebat dan bahagianya BERCINTA walaupun tak ada couple/kekasih. Sesungguhnya rasa CINTA itu masih lagi WUJUD dan masih lagi TAJAM dalam jiwa aku sebagai manusia biasa. Lumrah manusia. Ada rasa CINTA walaupun disakiti berkali-kali..

RAIKANLAH CINTA DAN KEKASIH KORANG. RASA BERCINTA ITU INDAH... KAN? ;)
SALAMMMM..

6 comments:

  1. bukan semua orang akan dapat seperti mana yang mereka harapkan..penah dengaq x orang kata

    "jangan bercinta dengan pantulan diri sendiri"

    kau dan die adalah dua entiti berbeza dan punya personaliti juga berbeza..baru lah seronok berkapel bila masing2 punya tingkah laku yang berbeza.. hehe

    p/s: ape lah aku mengarut ney..hakhakhak

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Ye, betul la tu.. Tapi bila sampai masa kita perlukan ruang untuk diri sendiri, tak salah jika kita hanya bersama-sama diri kita sahaja. Bercinta, belajar, hidup dengan diri sendiri..
    ;)

    ReplyDelete
  3. pergh, fakta, ada sowg warga cina dye kawen ngn diri dye sendiri sebab dye terlalu cintakan diri dye...scary arr

    p/s: xkan ang nak jd camtu..heehe

    ReplyDelete
  4. mmg indah lau kita menimpikan sesuatu yang bakal kita wat ngan bakal kekasih~

    tp kan...mmg sonok lau angau neh~ wat apepon senyom, taip sms ketawa sengsorang, tido pon senyom~ hahahahahak

    P/S: this is my 1st comment here :D salam kenal tuan tanah

    ReplyDelete
  5. Qemal- ahaha.. mmg la tak nak jadi macam tu.. Aku takde la cakap selalu.. tapi sekali sekala.. nak juga merasa.. ahahah..

    Naga sepi- heheeh.. betul tu.. kadang2 takde kekasoh pun kita happy sebab ada kenangan2 yg boleh buat kita senyum n rindu..btw, TERIMA KSIH sebab follow dan comment.. r u appreciated.. =]

    ReplyDelete
  6. Maceh wehs sebab singgah~ i really appreciate it :)) hahahahak~

    ReplyDelete