Friday, August 16, 2013

TANDA PUTERA, 29 OGOS 2013

Mama pernah cerita kat aku pasal satu peristiwa hitam yang pernah jadi di negara kita satu ketika dulu.. Senang orang ingat ianya ialah peristiwa 13 MEI 1969. Tak payah sebutlah apa yang jadi masa tu.. Aku yakin ramai yang tahu walaupun dah berdekad-dekad peristiwa hitam tu terjadi. Yang pastinya ia berkaitan dengan perkauman. Bila dengar apa yang mama aku cerita dan dibandingkan dengan apa yang kita alami sekarang nampak macam IMPOSSIBLE sangat. Macam AJAIB pun ada. Sebab aku sendiri hidup selama 25 tahun ni pun tak pernah tergugat dengan isu-isu perkauman. Aku bekerja, belajar, berjiran dan pernah juga bercinta dengan pelbagai kaum (wah, 'pelbagai' tu yang tak boleh bla..) sentiasa rasa selamat dan aman je. Untuk itu aku BERSYUKUR.

*aku pernah bercinta dengan pelbagai kaum.

Damn, kenapalah aku boleh sebut pasal belajar??? Kan dah teringat kat tesis dan final project! Cis, mood raya pun belum basi lagi beb! Anyway, since belajar untuk degree di fakulti perfileman, so banyaklah filem yang aku perlu tahu dan update (walaupun ada kalanya takde masa pun nak pergi panggung wayang). Nak dijadikan cerita, sebelum balik kampung cuti beraya, aku sempatlah berbual dengan kawan-kawan pasal filem-filem yang bakal ditayangkan dalam bulan raya nanti. Kononnya nak plan pergi tengok wayang beramai-ramai la bila balik ke Shah Alam.  Dalam banyak-banyak filem, aku tertarik dengan satu filem tempatan yang kawan aku sebut. TANDA PUTERA, arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Aku minat betul dengan pengarah nih!! Dengar nama pengarah ni excited aku macam dengar nama arwah Yasmin Ahmad. Okay, bak kata kawan aku (kami ni suka bergosip. KAH KAH KAH) filem Tanda Putera ni banyak kontroversi. Aku apa lagi, yang kontroversi ni la yang I LOIKEEE! Kawan aku cakap filem ni pernah difitnah membangkitkan isu perkauman bila mengisahkan peristiwa 13 Mei tu. Pastu ditangguhkan tayangan yang sepatutnya bermula pada 15 November 2012. Bila dah nak tayang pulak sebelum Pilihan Raya Umum aritu, ada la kata-kata nista lagi dihamburkan pada filem ni lagi.. So, tangguh lagi.. Aku jadi geram pulak dengar semua ni. Aku nak tengok filem Shuhaimi Baba ni, ditangguh-tangguhkan pulak! Tapi lagi ditangguhkan, lagi mencanak-canak rasa nak tunggu dan tonton filem ni!



Mudah betul aku melenting dengar gosip-gosip pasal filem ni. So balik rumah aku terus search info pasal TANDA PUTERA. Beb, ia bakal ditayangkan pada 29 OGOS INI!!! Excited. Lepas aku baca sinopsis kat internet, aku cari trailer kat youtube pula. Lepas beberapa klip video yang aku tengok kat youtube, apa yang boleh aku conclude, TANDA PUTERA bukanlah filem yang membangkitkan isu perkauman. BUKAN SAMA SEKALI! Ia mengisahkan tentang sifat kemanusiaan, nilai pengorbanan dan kemuliaan bekas Perdana Menteri ke-2, TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN dan Timbalan Perdana Menteri beliau, TUN DR ISMAIL ABDUL RAHMAN. Jasa-jasa dan sumbangan beliau tidak perlu dinafikan lagi la.. Sebab tu beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan. Beliaulah yang mengemukakan Dasar Ekonomi Baru dan menubuhkan Barisan Nasional. Kita ni dok sebut-sebut pasal kerja, tanggungjawab, jasa dan pemberian beliau kepada negara je. Tapi kita jarang atau tak pernah sebut pasal peribadi beliau. Korang tahu tak yang beliau meninggal akibat Leukaemia?? korang tahu tak yang beliau merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan semua termasuklah isterinya, semata-mata mahu berkhidmat untuk negara??? KORANG TAHU TAK?!!! (Sorry, emo pulekkk) Kita dok kenal TUN ABDUL RAZAK melalui jasa-jasa beliau sahaja. Tapi kita tak terfikir untuk kenal beliau sebagai manusia dan insan biasa. Begitu juga dengan Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang bertarung nyawa dengan serangan sakit jantungnya demi keadaan negara kita ketika itu.

Dah la beb, nak kenal Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail dengan lebih dekat, jom tengok filem Tanda Putera bermula 29 Ogos di pawagam berhampiran.  Aku yang baca pasal perjalanan hidup kedua orang tokoh ini kat internet pun dan rasa sebak, meremang bulu roma. Bila tengok filem ni nanti agaknya macam mana la eak? Tambah-tambah lagi pelakon hebat  Rusdi Ramli  berlakon sebagai Tun Abdul Razak dan Zizan Nin sebagai Tun Dr ismail, konpem GEMPAK!

Bye, salam.

Monday, June 24, 2013

SENYUM

Kalaulah ketika menulis ini aku menangis... Mungkin lebih puas terbebas rasa dipendam. Tetapi sambil menulis ini aku TERSENYUM sorang-sorang (bukan sebab aku gila). SENYUM kerana rasa yang dipendam terpadu sebu. Sahabat dan kawan meminta bahu untuk meluah, merintih. Aku mengiringkan sedikit tubuh menghulur bahu. Kepala mereka menyandar dan aku belai dengan rasa simpati sebagai sahabat juga sebagai kawan yang setia mendengar (sekurang-kurangnya). Basah bahu aku. Tapi rasa lega mereka selepas itu telus juga aku rasakan dalam hati aku sendiri. Bahagia rasanya bila buat sahabat, kawan lega. Aku SENYUM lagi. Usai mereka merintih, meluah, aku boleh balik rumah dengan tenang dan rasa bahagia itu tetap bersama. Yes! Dapat rehat dalam bilik sorang-sorang. Takde maknanya balik bilik dan rehat. Sampai hempas badan atas katil, mata tak boleh katup pun. Entah atas alasan apa payah betul nak lelap, dah berapa lama macam ni. Payah nak tidur malam/siang. Untung nasib, terlelap sendiri tanpa paksa.




Indah hidup ada sahabat, kawan sekeliling sentiasa bersama. Tapi aku lebih rela untuk menyendiri untuk seketika. Beri ruang sedikit untuk aku meluah, merintih pada bahu sendiri. Bukan kerana kamu tidak mahu mendengar dan menyediakan bahu, tapi aku hanya mahu sendiri mungkin untuk sejam, dua. Harap ia memadai. Sekarang aku menyendiri. Tenang bukan kepalang. Tarik bantal dan duduk menyandar pada dinding. Nyalakan sebatang Pall Mall hijau (dah naik harga sekotak RM9), sambil hirup Nescafe. Sedut rokok dalam-dalam dan hembus.. Fuhhh, berkepuk asap. Tengok asap rokok, aku SENYUM lagi. Siot btol kenapa aku masih boleh SENYUM. Pop pop popp! Mesej, BMM, Whatsapp masuk. Aku tak ada Wechat. Padang phone, aku jelingkan saja. Sedut lagi rokok, hembus. Asap, dan SENYUM. Sial, aku bencilah 'rasa' macam ni! Keluarlah air mata! Keluarlah menjurai-jurai seperti mereka yang menangis pada bahu aku!



*Tulis entri ni dah dekat 2 minggu, baru publish hari ni. cis!

Wednesday, April 24, 2013

Pergi!

Aku ada simpan satu angan untuk lihat dunia..
Lihat mereka..
Lihat realitinya..
Lihat variasi cipataan-Nya.

Sampai masa, bila muncul peluang...
Masa bernilai itu takkan aku buang..
Ketika itu merata benua aku terbang..

Ya, satu masa nanti...
Aku sematkan dalam hati..
Berseorang diri pun jadi...
Ke merata dunia, aku pergi!



Thursday, October 11, 2012

SATU

MEREKA TIDAK TAHU.
Bukan salah MEREKA.
MEREKA tidak sedar.
Bukan salah MEREKA.
MEREKA TIDAK TAHU.


AKU MAHU TAHU.
Bukan salah AKU.
AKU dipasung soal.
Bukan salah AKU.
AKU MAHU TAHU.


ENGKAU LEBIH TAHU.


ini dan ini tak sama. 

MEREKA. AKU.
HANYA ENGKAU LEBIH TAHU.



Thursday, October 4, 2012

Yang Meludah

Semalam dirasa wujudnya Yang SATU
Sujud patuh dek redup KASIH-NYA
Berjalan berpayung PERCAYA dan RASA

Hari ini dirasa wujudnya Yang SATU
Semesta kudrat membidas sekelumit PERCUBAAN-NYA
Sujud patuh redup kasih-Nya
Menadah keajaiban cinta-Nya
Rayu sama TEGUHKAN RASA
Moga tak putus PERCAYA

Esok dirasa masih wujudnya DIA
Itu, jika masih PERCAYA
Itu, jika masih DIRASA
Jika hilang keduanya dek MEREKA yang MELUDAH
SAYANG... Sayang, DIBAKAR bersama kelaknya KITA
SAMA dibakar namun BERBEZA KEBODOHANNYA.



MEMBIMBING atau MENGHUKUM?

Friday, July 27, 2012

SANGAP

Salam..

Tak ada apa2 yang penting nak dikongsi sekadar untuk melepaskan geram dan SANGAP menulis je.. Nak tahu kenapa aku SANGAP?

LAPPY
Lappy aku dah nak dekat 3 bulan tak bernyawa. Nasib baiklah dah nak hujung2 semester baru dia nak buat hal, kalau tak mesti meroyan aku nak buat assignment. N nasib baiklah ada bff aku si Arol bagi pinjam lappy dia (kesian lappy dia plak dah hilang skang dikebas org gila). Ahli bijak pandai dalam bidang perkomputeran bagitau yang AMD Chip lappy aku terbakar. Dah 3 kali aku hantar repair, tapi duk jadi benda yang sama je. So, aku amik keputusan nak beli je lappy baru. Tapi tunggu aku KAYA la dulu, insyAllah bulan September baru dapat beli baru (lappy lama, still simpan sbab banyak mbantu aku dan byk kenangan). Maka, sekarang aku hanya menagih lappy kwn2 saja bila SANGAP tak terbendung.

TIME
Time yang aku ada sekarang adalah time yg paling sesuai utk menulis. Sebab PELUANG dah terbuka luas untuk aku kembangkan minat dan kemahuan dlm penulisan. Beberapa orang kawan yang BUDIMAN telah membuka peluang2 menulis dan sekali gus membakar semangat aku. Kebetulan pulak aku tengah CUTI SEMESTER sekarang ni, bulan RAMADHAN pula tu, so memang sesuailah untuk aku menulis (Bulan puasa tak byk job shooting, so aku mengganggur kebanyakan waktu). Tak dinafikan juga bahawa bulan Ramadhan ni banyak membantu aku dalam 'menikmati' hidup 'AKU SEBAGAI AKU DALAM 'MEREKA''.

INSPIRASI
Inspiration comes at the right time. Aku tak sangka since cuti semester ni banyak benda yang aku lalui dan mberi inspirasi utk menulis (benda kecil pun beri impak besar pd aku). Kalau sebelum ni aku merungut tentang 'ketumpulan rasa' yg berlaku pada diri, tapi sekarang ALHAMDULILLAH, aku sudah mampu kembali 'merasa' setiap nikmat. AKU BUKAN LAGI BANGKAI BERNYAWA. Aku sudah dapat kembali JIWA itu.

Itulah antara sebab2 utama aku SANGAP nak menulis. Nak tahu apa solusi yg aku buat sekarang utk kurangkan rasa ini?
Aku sambung membaca novel yg telah lama tertangguh baca (pastu continue baca novel yg masih dlm PEMBALUT PLASTIK), tengok movie/tv, tulis sikit2 kat PHONE n A4 PAPER, pastu ada juga pinjam2 lappy kwn2 utk menulis dan terus MELIHAT, MENDENGAR DAN MERASA apa yg ada di sekeliling utk terus peroleh inspirasi dan terus BELAJAR tentang nikmat hidup. Semua ni aku lakukan sementara aku belum ada LAPPY sendiri dan sementara mood dan waktu masih menyebelahi aku.


Dah, tu je nak cite, SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN SAYANG2 SEMUA. :)







Saturday, June 23, 2012

Bangau

Madah ini untuk kawan
Eh, BUKAN untuk kawan!
Tapi untuk TEMAN

Mungkin kau tak mampu MELIHAT semua
Mungkin kau tak mampu MENDENGAR segala
Mungkin kau tak mampu MERASA sepenuhnya

Berantai-rantai keperluan SESAMA
Terpasung tegap genggaman KITA
Keras berdentang kelikir KASIH

Ghaib kata untuk BICARA
Ranap deria gambaran RASA
PUNAH semester bandingan NILAI

Madah ini bukan untuk KAWAN
Tapi untuk TEMAN


Terbang mendarat bersama, mari! ;)

*Entah apa aku merepek malam minggu ni.. tajuk post pun takde kena mengena ;D

Thursday, June 7, 2012

Bukan Mimpi

Salam... Malam ini aku happy semacam.. Aku pun tak sure apa penyebabnya.. Maybe seronok sebab ada beberapa assignments yang aku dah SELESAIKAN. Mungkin juga kelas bakal berakhir dalam 2 MINGGU saja lagi.. Atau pun mungkin aku sekali lagi saksikan kejayaan seorang lagi sahabat. Alamdulillah, seorang lagi sahabat aku berjaya memiliki apa yang dia impikan selama ini. Aku bersyukur juga kerana dikelilingi oleh RAKAN-RAKAN yang INSPIRING kepada aku. Tak kiralah inspiring dari segi apa pun cara mereka, tapi ia tetap memberikan aku semangat dan contoh yang baik.

Dengar cerita, seorang sahabat aku baru sahaja memulakan pekerjaan sebagai SCRIPT WRITER di sebuah production house. Walaupun bukan dengar dari mulut tuan punya badan itu sendiri, tapi aku tetap HAPPY. Sebab aku pernah menjadi saksi kepada susah payahnya dia ketika mencari kerja sebelum ni. KEBERANIAN dia berhenti belajar dan KETABAHAN dia mencari kerja itu sangat berbaloi. Dah macam-macam company dia applied dan pergi interview, akhirnya penantian dia membuahkan hasil. Semoga dia tabah dan terus berusaha dengan baik untuk menjalani cabaran di alam pekerjaan yang menjadi idamannya selama ini pula.

Aku pernah berani membuat keputusan dengan menyambung pelajaran ke peringkat degree tanpa bantuan kewangan daripada keluarga, dan keputusan tersebut BERBALOI untuk aku. Setakat ini, aku bersyukur kerana masih lagi berdiri dengan sendiri di alam degree ni. Mama n ayah, terima kasih kerana tetap memberi semangat. Abang akan buat mama n ayah menangis KEGEMBIRAAN lagi (waduh, mau mengalir pula air mata sambil menulis ni dan mendengar lagu Adele, Hiding My Heart). Ya, BERANI dalam mengambil keputusan dan PENGORBANAN itu adalah salah satu kunci kejayaan. Semoga apa yang aku indamkan selama ini jadi kenyataan disamping usaha-usaha yang sedang aku lakukan sekarang.. INSYALLAH...AMIN...


Saturday, April 21, 2012

Cabin In The Wood

Kalau diberi pilihan sama ada filem seram, romantik atau thriller, filem seram dan thriller adalah pilihan aku. Baru-baru ini aku dah tengok filem seram, Cabin In The Wood arahan Drew Goddard. Filem ini tidak menghampakan dengan babak-babak suspen dan ngerinya. Ianya agak sedikit lain bukan sekadar dari segi konten, malah mesejnya sekali. Terdapat beberapa lambang dalam babak filem ni seolah-olah memerli sebuah pemerintahan berpresiden yang menguasai dunia sekarang. Filem arahan Goddard ini adalah salah sebuah filem post-modern yang aku kira menarik. Ianya kerana filem ini mendedahkan sebuah organisasi yang mempunyai peralatan dan kemudahan komputer yang canggih namun menjalankan sebuah operasi yang kuno.
Meh la aku cite sikit sebanyak apa yang aku dah tonton dan dapat melalui filem ni. Filem seram yang buat aku sampai terangkat kaki ini menonjolkan bagaimana amalan ritual kuno terhadap beberapa Dewa/Tuhan zaman purba dilakukan dengan kemodenan teknologi. Ritual pengorbanan nyawa dalam sesuatu kepercayaan terhadap beberapa Dewa/Tuhan purba ini dilakukan oleh sebuah organisasi yang mempunyai peralatan komputer dan komunikasi yang canggih ke beberapa negara di seluruh dunia, termasuklah di Asia. Selain bertujuan untuk melindungi umat manusia daripada amukan Dewa/Tuhan, atau pada kiraan aku adalah Dajal, mereka juga melakukan operasi ini dengan tujuan keuntungan melalui kejayaan perancangan-perancangan yang telah dilakukan.Malah setiap perancangan yang dilakukan untuk amalan ritual ini dah macam dalam video game pulak. Menarik.
Apa yang menariknya lagi, filem ini bukan seperti filem seram Hollywood yang lain, di mana naratifnya tidak bersifat Classical Hollywood narration. Pada penghujung cerita ini, semua watak protagonis dan antagonisnya mati. Aku tertarik dengan gaya adunanan kepercayaan zaman purba dan amalan ritual dalam masayarakat moden, di mana ia sebati dan menghasilkan sebuah cerita yang bukan saja untuk menyuap nafsu hiburan, malah menyuap pemikiran minda dengan pelbagai mesej.
Nak cakap lebih2 pun aku bukan bijak sangat nak bercerita atau mengupas tentang filem (adik belajar lagi, belum habis degree pun lagi), so itu je la dapat aku share. Bukan nak promosi, tapi berkongsi. Rasa macam nak tengok lagi. Hahaha.. Download sajoooo.. ;D



Thursday, April 19, 2012

AKAR

Masa tengah segregate fail2 nota semua tadi, tiba-tiba aku terjumpa sehelai kertas... Contengan pada kertas ini aku buat masa tengah duduk2 dalam bilik. Masa tu terlalu rindu kot kat dua orang insan... Ambik pen and kertas, terus conteng. Habis conteng, terus seluk masuk dalam entah mana2 fail dalam almari.. Malam ni tadi baru terjumpa semula... So, alang2 dah terjumpa, rasa macam nak share pulak.. ;D

Ini untuk MAMA dan AYAH aku..


NORMALA BINTI HASSAN
&
NADZRI BIN ACHIN

(Cewah, dah macam tulis nama dlm kad jemputan kahwin pulak :D)



Kaku pena dalam genggaman....
Jauh jenuh renung fikir bicara...
Kebas otak menelaah kasihmu..
Wahai ADAM, wahai HAWAku...

Kaki ini menapak bumi...
Tangan ini mengenggam pena...
Mata ini menikmati...
Hati ini merasa...
Otak ini berkerja waras...
Bermula dari TELAPAK TANGANMU..

Wahai ADAM..
Wahai HAWAKU...

Terimalah kasih...
Terimalah kasih...
Terimalah kasih...

Terima kasih,
Kau yang ku teriak, AYAH...
Kau yang ku teriak, IBU...

Bayang wajahmu ku rindu...
rangkul, dakap tubuhmu setiap waktu, anganku...
Andai dapat cium baumu setiap waktu...
Agar leganya segala yang dirindu...

ADAMKU...
HAWAKU...

Terima kasih kucupan kasihmu...
Kucupan sayang yang menjadikan aku sebagai AKU...



Simple je tulis2 masa ni nak kasi hilang rindu.. Masa call selalu nak nangis2 bagitau rindu kang malu pulak dah besar2.. Hahaha.. Saja2 nak share..
Doa2 juga utk diorang, tapi bila tulis puisi untuk diorang, rasa macam SPECIAL skit rindu tu..ehehe.. ;D

Wednesday, March 28, 2012

DOSA?

Perdana Menteri? Bukan.
President of any council? Bukan.
Business man? Bukan.
Artis? Lagilah BUKAN.

Tapi ye, aku rasa aku perlukan rehat. Apa sebabnya?

1- Dalam kelas aku TERLELAP.
2- Dalam cinema aku TERLELAP. (3 movies, 3 cinemas)
3- Pantang baring atas katil, aku TERLELAP (tak sempat mandi)
4- On the phone with kawan2, aku TERLELAP. (kesian call dari London pun terkena dgn aku)
5- Dalam kereta keluar dengan kawan2 pun TERLELAP.
6- Dengar seminar pun LAGI aku TERLELAP.

Nak kata busy tu, urmmm agak la. Walaupun baru je masuk minggu ke 3. Tapi rasa keletihan tu ketara. Aku ni semakin tak TAHAN LASAK ke? Mungkin penat bekerja.
But I LOVE MONEY and EXPERIENCES!


Hari ini aku tido petang sampai malam.. 4pm - 830pm. And macam nak tido awal pula. Sebab hari ini agak free (sebab tu boleh update blog even entry bodo2). Tapi rasa macam BERDOSA pula BERMALAS-MALASAN macam ni. Takut terbawa-bawa bila dah betul2 busy.. Hehehe.

Tapi tak salahkan kalau berehat untuk sehari? ;)

*maybe sambil baring2 boleh sambung baca novel yang dah tertangguh baca sekian lamanya. Atleast kurang rasa berdosa kalau terlelap pun. Hahaha.



Tuesday, March 6, 2012

Gerak

"Uh, biar betul aku dapat subject ni A-?! Hahaha.."

Begitulah permulaan semester 3 aku sekarang. Usaha dan segala mengah semput aku diberi ganjaran dengan result yang diluar jangkaan. Takde la sampai dapat Dekan pun, tapi rasa puas dengan result untuk beberapa subjek itu lebih NIKMAT. Pointer tak jadi masalah untuk aku, tapi berjaya meraih kejayaan daripada apa yang telah diimpikan itu lebih MEMUASKAN dan cukup rasa manis lebar senyuman. Rasa teruja bersilang dengan kesyukuran dan terharu. Walaupun aku tahu semester ini akan lebih tough, tapi result exam semester lepas menjadi pembukaan yang baik dan memberi semangat untuk aku harungi semester 3 ni.. Ya, aku perlu kerja LEBIH keras!


"Uh, kenapa aku FAIL subject ni?! Damnnnnn!"
Haaa.. Ada jugak 'slek' dalam result semester lepas dan ia sekali gus buat aku kecewa dengan pensyarah yang sesetengahnya sekadar 'melempar dadu' ketika memberi markah kepada para pelajar. Semester lepas sememangnya perit, tapi aku tahu aku telah merangkak sehingga seluruh badan lali dengan keperitan. Aku tahu aku telah melakukan yang terbaik. So, memang aku akan fight untuk luluskan subjek yang satu-satunya 'slek' tu.




"By END OF THIS YEAR!"
Resolutions untuk tahun ni tak la banyak, tapi agak berat dan mencabar diri. Dua perkara utama yang aku target nak settlekan pada deadline iaitu akhir tahun ini, insyAllah.. Biarlah mencungap dan merangkak-rangkak lagi tapi aku akan kasi keluar peluh jantan sampai berjaya materialise resolutions tahun ni.. Aminnn..



"Please take me some where...."
Memang makan masa untuk aku capai. Nak kumpul duit lagi. Tapi semoga Tuhan murahkan rezeki aku untuk bercuti luar dari Malaysia. Bukan sebab kat negara sendiri takde tempat-tempat yang menarik, tapi sebab nak merasa alam BUDAYA BANGSA orang lain. Pengalaman hidup dalam alam orang luar tu sangat bernilai untuk aku. Bertuah siapa yang dah atau sedang merasa hidup dalam budaya luar. Bukan nak lupa diri atau lupa asal usul, tapi ini PENGALAMAN. Tak semua orang merasa pengalaman kita masing-masing, betul tak? :) Bila-bila ada rezeki dan peluang, insyAllah tak akan aku lepaskan. Ini adalah salah satu yang nak aku nikmati dalam HIDUP.





Sebutkanlah apa saja. Canangkanlah apa pun saja. Biarlah apa pun bakal menimpa, semoga Tuhan terus beri KEKUATAN untuk aku, family dan kawan-kawan. Tuhan itu kan Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.. ;)

Thursday, January 12, 2012

Pangkal Pucuk 2012!!!

Assalamualaikum...

Telah aku meniti pangkal jalan untuk TAHUN BARU 2012 ini...

.JANUARI.

Masih belum terlambat untuk aku memulakan langkah bagi mengzahirkan AZAM tahun ini. Kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah membuka jalan untuk aku melunaskan segala JANJI dan AZAM pada tahun lepas, 2011 (Tekad untuk sambung pelajaran peringkat Ijazah PENULISAN dan mengambil serta mengaut segala ILMU tidak terlepas dari segala RISIKONYA). Dengan terlunasnya azam tahun lepas, maka kesinambungan terus berlaku dengan azam tahun ini.

APA AZAM TAHUN 2012 INI???
(jeng3x...) ;D

Mungkin terlalu awal untuk aku dedahkan azam tahun 2012 di layaran maya ini. Ianya kerana aku enggan mendedahkan perkara yang belum nampak rangka bentuknya. Apa yang pasti, disaat telah bermulanya langkah-langkah merangka tersebut, insyAllah pasti akan aku canangkan. KEAZAMAN aku semakin membara, dengan desakan SEMANGAT yang dihentam-hentam oleh seorang sahabat, boleh juga aku anggap sebagai abang yang banyak memberikan INSPIRASI. Siapa sangka, seorang NOVELIS sendiri yang menjadi salah satu sendi-sendi yang menyambungkan ruas tulang belakang tegaknya aku berdiri untuk mengerjakan usaha.

TERIMA KASIH REHAL NURHARIS kerana ISNPIRASI
SEMANGAT YANG DIBERIKAN...
:)

Malah berjanji untuk MELANGKAH BERSAING-SAMA ini juga menyuluh dan menerangi lagi jalan yang akan aku buka sendiri demi mencapai AZAM 2012 ini. INSYALLAH..

Ya,
memang hati ini sedang KELAM,
namun akan aku PENDAM...

Ya,
memang jalan itu agak PAYAH,
namun akan aku REDAH...

Ya,
memang jiwa dipasung GELORA,
namun akan aku RUNGKAI segalanya...


Biarlah AZAM ini terlunas lewat. Namun akan aku usahakan ianya terzahir sebelum kedatangan tahun 2013.. Biarlah azam ini terlaksana di pucuk pengakhiran tahun, selagi ianya masih dalam 2012...

Monday, December 12, 2011

Gila sungguh dunia ini..

Ya, dunia REMAJA ini..

Dunia kolektor yang bisa aku difinisikan..


Gila sungguh dunia ini..

Sememangnya ini saat mengumpul segala rasa..

Mungkin nanti aku tersenyum dan sedikit tertawa sinis tatkala mengenangnya..


Ya, sungguh gila..

Gila sungguh dunia ini..

Ya, dunia remaja yang gila..

Sampai satu ketika kelak akanku katakan diri ini MALANG dan BERTUAH

Bodoh dan pintar.. Yang pasti akan aku tertawakan sendiri..


Gila sungguh dunia ini..

Zaman mengumpul segala rasa..

Kau dan aku lalui dunia yang sama..

Mungkin cara dan praktinya kita berbeza..

Engkau dengan caramu.. Aku, sudah pasti dengan caraku..


SOMBONG? Hehe..

Aku dengan kesombonganku dan engkau dengan kesombanganmu..

Mungkin kau hukumi diriku sombong dek tak ikutkan caramu..

Kita sama-sama gila dalam zaman ini..


Gila sungguh dunia ini..

Ya, dunia kolektor yang kelaknya dikenang-kenang..

Zaman gila yang berbahaya..

Jangan dicabar salah caranya di zaman ini..

Kelak makin tegar kelikirnya hati..


Ya, sungguh gila dunia ini..

Dunia remaja yang mencakupi segalanya..

Dunia yang bakal dikenangdan ditertawan sendiri kelak


DUNIA REMAJA.. Gila sungguh dunia pada tahap ini..

Friday, November 25, 2011

Gaya hapus

Bukan kudrat untuk MENELAAH...
Masih IA datang walau dicanggah..

Semesta upaya BIDAS dijajah...

Kerap HANYUT sampai ke sudah!




Hakikat diri SERONG pedoman...

Menadah menunduk rayu KEAMPUNAN...

Berkali-kali AIB membeban...

Masihkah WUJUD sehama IHSAN?



Wahai SAYANG Engkaulah Yang Agung...

LAKNATNYA aku tak terbendung...

MASIHKAH lagi Engkau tumpukan...

Hembus lafaz tagih PEDOMAN???


Ambillah aku, HAPUSLAH aku...

Usah biarkan terus BERJALAN...

Disekeliling membulat turut TERBEBAN..

Mungkin ini gaya Engkau HAPUSKAN...



Jika INI gaya engkau HAPUSKAN...


Tiada daya atau PILIHAN...


Tunduk merangkak turuti TETAPAN..


Tamatnya nanti Engkau KALAMKAN...







Saturday, November 19, 2011

Muktamad

BERTAHUNNYA lama, tidak...
BERBULANNYA lama, bukan...



Namun



Tidaklah SEHARI...

Bukanlah SEMINGGU...


SEPURNAMA baru bermula..

Setidak-tidaknya SUDAH PUN sepurnama..




TERSENYUM, KETAWA, GEMBIRA.

SENYUM, KETAWA, GEMBIRA.

SENYUM, KETAWA, GEMBIRA.

SENYUM, KETAWA, GEMBIRA.

SENYUM, merajuk, KETAWA, GEMBIRA.

Ramuan rasa tatkala LENA...



ASYIK!!!



TEGAP genggaman kasihmu..

TERLETAK sungguh pekertimu..

KEMAS teramat hatimu..

MOLEK mencakup zahirmu..



Terjawab yang DICARI, DITUNGGU..

SYUKUR tak terluahkan...



PERTAHAN tetap MEMPERJUANGKAN..

Mengapa tidak, kerana ia MEMBAHAGIAKAN!



Rangsangnya KASIHKU seransang KASIHMU...

PEGANG madahku, tangkal kasih bersama..

Bila waktu kau MEMBATU...
Tiba waktu aku BERLALU..





Kau JAWAPAN segala KELAM SILAM...



Wednesday, November 16, 2011

Tandus mengalir..

Masih KABUR memandang...
KEBEBALAN payah merebah...
KESIALAN terus memangari...

KABUR, BEBAL, SIAL!!!
Memang itu PUTARAN nafas mu...

Sombong sungguh MENUNDING JARI...
AIB sendiri haram kau akui...
MERAUNG bila menyendiri..
AIR MATA? Mengalirkah lagi???


Si BEBAL, Si SOMBONG, tak sedarkan diri!!!


MENUNDUK enggan mendongak...
BERPELUK TUBUH tak mampu meraba..
BERHENTI tak sanggup melangkah...
TERMENUNG mengah berfikir...
KECEWA tak lagi berbangga...
Memang inilah yang SELAYAKNYA kau merasa....

Berbeza, kau TAK SAMA..
Memang kau DILAKNAT NYA!!!



Saturday, November 5, 2011

TERBATAL

Aku sangka...
Kau LAZIMNYA manusia..
Kau tiada BEZA...
Kau SERUPA..
Kau sememangnya SAMA..
Seperti MEREKA..

Aku jangka...
Sekadar SEKALI DUA..
Sekadar SEJENAK cuma..
Sekadar hangat SEKETIKA...
Seperti SEBELUMNYA...

Aku kira...
Kau JENGKEL bila masanya..
Kau BERANG bila saatnya..
Kau MENJAUH akhirnya...
Seperti SILAMNYA...

MELESET!!!

Tersasar jauh yang aku sangka,
yang aku jangka,
yang aku kira...

TERBATAL segala sangkaan, jangkaan dan kiraan..
TERBATAL dek KEIKHLASAN,
KEJUJURAN,
KEBERANIAN,
KELEMBUTAN,
KEKERASAN,
KETEGASAN,
KEKUKUHAN,
HATI dan SAYANG YANG KAU BERIKAN...

KAU yang PENGAKHIRAN...



Dari sini, bermulah KITA... :)

Sunday, October 16, 2011

Chill la derrrrr...

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak kebelakangan ni aku tak ada mood or even masa nak berbunga2 lagi tulis entri. Dah mula terasa kesibukan dengan semester ke-2 ni dengan kelas n assignments (eleh, itu pun nak gelabah). Alhamdulillah, setakat ni bermula dengan baik. Walaupun ada beberapa perkara yang merisaukan kepala aku ni (kelam kabut je lebih, benda kecik je punn).

Disebabkan aku tanggung diri 100% untuk degree aku sendiri dari segi financial, so I NEED INCOME .. Ahaha.. Jobs tu sentiasa ada, tapi aku je dikekang oleh MASA!!! Huahua.. Terpaksa tolak buat stakat ni dah masuk 5 jobs dengan alasan masa menjadi kekangan. Huahua..

Memang tak dapat dinafikan yang semester ni jadual aku agak PADAT di mana dari isnin hingga jumaat ada kelas. Cuma free hari rabu n weekend je. Kebanyakkan jobs yang aku dapat semuannya memerlukan komitmen penuh sekurang-kurangnya 20 hari - sebulan.



Masa dan duit tu umpama iceberg ni.. Mencair dan tersejat...

SABO JE LA IZMIR OIIII..


Alhamdulillah disebabkan ramai yang mempercayai dan yakin dengan hasil kerja aku (pada pandangan aku), so jobs tu tak putus2.. Namun apakan daya, masa tak mengizikan aku untuk meletakkan komitmen kepada job2 tu semua. Yang menariknya, di saat kesibukan aku pada semester inilah job2 yang TAK PERNAH2 aku dapat dan BETUL2 LARI DARI BIDANG aku pun datang menduga aku dalam membuat keputusan. Job jadi talent, usherer, asisstant production manager, modeling dan lain2.

AKU NAK MENCUBA BENDA BARU, TAPI MASA MENGHALANG AKU BERPENGALAMAN.. SABO JELAH...

This time probably my tough part in this journey of digging the gold of knowledge kot.. KUATKAN SEMANGAT IZMIR!! Aku just berdoa dalam try arrage masa dengan sebaik mungkin la bagi meneruskan kelansungan hidup nak belajar ni.. Apa2 pun, JANGAN TAKUT NAK AMIK RISIKO!!!

CHILL LA IZMIR, HIDUP NI TAK BOLEH LA DALAM KEADAAN YANG SELESA JE.. SEKALI SEKALI SUSAH SIKIT BARU SYIOKKK!!! pfftt.. :s


Thursday, October 13, 2011

Lewa

Kadang-kadang dalam PERSAHABATAN itu membuatkan kita rasa yang kita ini adalah KESAYANGAN sahabat2 kita. Sehinggakan kita rasa dia adalah AKAK, dia adalah ABANG dan dia adalah KEMBAR kita.







Apa-apa yang terjadi dan dia lakukan akan memberikan kesan kepada kita. Pernah tak sebelum tidur kita terganggu kerana terlalu MEMIKIRKAN hal-hal sahabat kita? Pernah tak dalam sehari kita kehidupan kita MENANGIS kerana sahabat2 kita?

Sepertimana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga, kita pasti mengharapkan yang TERBAIK UNTUK SAHABAT2 KITA. Kita tak mahu tengok mereka menangis TANPA KITA BERBUAT APA-APA. Jika kita tak mampu untuk membantu menyelesaikan MASALAH yang dihadapi mereka sekurang-kurangnya bahu kita tersedia untuk mereka bersandarkan kepala dan menangis.

AKU SAYANGKAN SAHABAT2 AKU YANG DISEBUT2 SEBAGAI BFFS.


Kadangkala keputusan yang kita buat adalah salah pada pandangan dia. Sebagai sahabat, dia mendengar dan menasihati. Begitu juga dengan dia, jika dia salah membuat keputusan pada kiraan kita, PASTI kita akan menasihati. Namun nasihat kita disalah anggap. Mungkin dia lebih tahu apa yang dia lakukan. Semoga dia mencapai KEBAHAGIAAN dan KEPUASAN dengan apa yang telah putuskan.
AKU SAYANGKAN BBFS AKU.

*Tulisan ini ringkas di waktu yang ringkas tetapi tak ringkas maknanya semasa aku menulisnya