Tuesday, July 13, 2010

Rindu..

Jika hendak berbicara tentang rindu, memanglah terlalu rindu.. Rindu kepada ayah, mama, sahabat-sahabat.. Haih.. Tak terucap rindu dengan kata-kata.. Tuhan saja yang tahu bahawa hati ini sedang sakit kerinduan terhadap mereka.. Dari rasa kerinduan itu, muncullah rasa sepi.. SEPI... Bencilah rasa macam ni!! (mengetap gigi terlalu geram).

Tetapi apa yang aku rindukan ketika ini, saat ini dan detik ini ialah... Zaman ketika menjalani kehidupan sebagai pelajar Diploma Seni Lakon (Teater).. RINDU... Tambahan pula bulan Ketenangan semakin hampir.. Bulan Ramadhan.. Sudah dapat ku rasa ketenangan bulan yang mulia itu.. TENANG...
Haih.. MENGELUH LAGI.. Ish.. Tak baik mengeluh selalu sayang..
Yelah.. Mana tidak mengeluh.. Ramadhan yang bakal menjelma nanti adalah Ramadhan yang pertama akan aku lalui selepas aku tamat belajar.. Pastinya rasa itu sangatlah berbeza.. Tidak lagi dapat aku rasa berpuasa dan pergi ke kelas bersama-sama rakan-rakan.. Tidak dapat lagi aku berbuka bersama-sama BFFs di medan pelajar Puncak Perdana, Kandang.. Tidak dapat lagi aku merasakan kemeriahan itu!! (sambil mengalirkan air mata).

Ya.. Mungkin akan dapat sekali sekala aku berbuka bersama-sama mereka yang tersayang itu.. Namun rasa itu tidak sama.. Sudah lain.. Lain sangat.. Izmir sayang.. Sabar ya sayang.. (memujuk diri sendiri).

No comments:

Post a Comment