Friday, July 16, 2010

Memang Bijak

Alhamdulillah.. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan kepada Pemilik diri ini.. Terima Kasih Allah.. Rezeki dah ihsan Mu melimpah terhadap ku.. Hanya aku sebagai hamba Mu yang jijik ini saja tidak pernah mensyukuri..

Aku bangga dan terharu terhadap diriku sendiri.. Jika selama ini aku tidak yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri sendiri. Namun setelah berjaya menyelesaikan sebuah lagi projek ini, aku sedar bahawa aku sebenarnya mampu menjadi nakhoda.. "CLEVER". Itulah projek yang kali pertamanya aku menjadi "Head Of Department" untuk wardrobe.. Hehew.. (kembang kejap). Sekali lagi dibawah naungan Red Communication dan Astro..

Projek racangan "sciene game show" kanak-kanak yang bakal disiarkan di TVIQ Astro tidak lama lagi ini sememangnya memberi seribu satu pahit manisnya kenangan kepada aku.. Baru aku sedari dan rasai betapa payahnya menjadi seseorang yang menanggung tanggungjawab..(pada muka kau izmir..rasakan!)..

Pahit, manis, susah, senang, payah, mudah telah aku lalui sebelum dan selepas projek ini berjalan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang banyak membantu.. Terutamanya kepada sayang aku, Aileen.. Cyg aku, Elliana Melissa.. Manja aku, Mimie dan yang lain-lain.. SaYANG KORANGLAH!!


Chipmunk aku assistant yang boleh diharap..Sayang ko Cyg!


Berkerjasama dengan ramai rakan artis dan rakan produksi kali ini juga telah mengzahirkan di skrin pemikiran aku bahawa manusia ini "macam-macam ada!!" Haha.. Ya.. Dari dulu telah aku sedari bahawa setiap seorang daripada kita punyai sifat, hati, pemikiran dan jiwa yang sememangnya berbeza! Walaubagaimanapun, terima kasih kepada mereka kerana mengajar aku menjadi seseorang yang matang dalam memilih untuk mencontohi dan menjauhi pelbagai sifat manusia.. Terima kasih juga kepada Aznil Hj.Nawawi, Kak Rafidah, Anas, Syikin, Dickson dan Azrul.. Nice meeting you guys..


Kami memang gila2..hehew..

What a cheer team we are!

Pak Nil..

She's awesome!!


Anas Farhan.. Take a good care in Canada ya dude..


Setelah penat.. Setelah lelah.. Setelah lara.. Setelah mengalir air mata.. Setelah mengeluh.. Kini masanya untuk aku menarik nafas lega.. SYUKUR ALHAMDULILLAH.. Ya.. Itu sahaja kelegaan yang memuaskan..

Tontonilah Clever di TVIQ, Astro tidak lama lagi.. Rancangan ini comel, menyeronokkan dan bakal membuat anda suka akan sains.. Malah ia mungkin juga mampu membuatkan kita lebih mengagumi kebesaran Tuhan..
Bijak, memang bijak!!!
=D

No comments:

Post a Comment