Sunday, July 25, 2010

CLEVER Sayang...

Aku mulakan ngomelan di pagi hari ini dengan ucapan kesyukuran kepada Allah s.w.t.... ALHAMDULILLAH.... Sesungguhnya kesyukuran dan kelegaan serta kepuasan sahaja yang aku rasakan kala ini...

Aku seperti merasakan mempunyai kekasih hati sekarang.. Sudah lama aku berniat.. Sudah teguh berazam.. Sudah kebal bertahan dan terus berusaha.. Akhirnya tercapai jua.. Ya.. Biar apa yang mahu dikata... Sesungguhnya aku bangga dengan diri aku.. Pastinya bangga kerana aku sudah merialisasikan mimpiku untuk memiliki laptop sendiri yang diperolehi dengan wang saku dan titik peluhku sendiri.. Malah untuk memiliki laptop dengan wang sendiri juga adalah salah satu azam aku pada tahun ini.. 2010... Tuhan.. Terima kasih kerana telah membantuku dalam mengzahirkan maya ke alam nyata.. Terima kasih Allah..

Mungkin jangka masa untuk mendapatkan laptop sendiri ini agak tersasar dari jangka masa yang aku ramalkan.. Namun yang pasti, ia telah terzahir dalam tahun ini juga. Ya! Salah satu azamku pada tahun ini telah terlaksana! Malah aku berjaya mendapatkan laptop ini dengan harga yang lebih rendah dari bajet yang aku tetapkan.. Sangatlah berpuas hati!

Aku ingin memberikan berbanyak-banyak kasihku kepada mereka yang telah membantu sepanjang usahaku untuk mendapatkan laptop yang sedang aku gunakan untuk menaip ini.. Kepada Aileen terutamanya.. Red Commuication.. Mr.E... Elliana.. Mimie.. Reez.. Along.. Kak Kila.. Mama.. Ayah.. Apiq.. Wan.. dan ramai lagi lah! hehew.. TERIMA KASIH SAYANGs...Semoga dengan bertuankan aku, laptop ini mampu berjasa kepadaku dengan menghasilkan banyak penulisan yang sememangnya sudah sebati dengan nafsu dan jiwa aku.. Haha.. InsyAllah.. Moga-moga tuah laptop ini mampu merialisasikan azam aku yang kedua pula pada tahun ini... AMIN...

Dan, dengan ini... Aku mengisytiharkan bahawa gelaran manja-manja bagi laptop yang merangkap kekasih hati aku sekarang, sebagai...
CLEVER!!!!

No comments:

Post a Comment