Saturday, March 6, 2010

Mudah berkata.. Karma guru kita...

Manusia... Punyai hati... Miliki perasaan.. Benarkah itu masih wujud lagi dalam diri kita yang dicipta sebagai makhluk Tuhan paling agung? Kadangkala aku menggilingkan sahaja kepala.. Bila memerhati.. Bila terkena dan menjadi mangsa kepada sesetengah manusia yang aku sendiri hairan dan tertannya, tidak punya perasaankah kamu???
Atau aku seorang sahaja yang masih berdiri dan terkandas pada takuk yang sama... Kaku.. Beku.. Patung... Kayu... Batu...Bodoh.. Buntu??? Entah.. Aku semakin kabur dengan sikap manusia-manusia..
Aku juga manusia... Kau manusia... Dia manusia.. Mereka manusia... Kita sama bukan??? Aku tidak mengerti... Tidak mengerti tentang di manakah hilangnya anugerah Tuhan iaitu hati dan perasaan itu?
Menjadi terlalu baik, akan diperbodohkan.. Dipijak-pijak kepala.. Dibonekakan di atas pentas kehidupan..
Menjadi terlalu jahat...Owh... Jangan.. Dahsyat balasan...
Mudahnya berkata... Kamu tidak merasa... Mungkin belum terkena... Mungkin akan datang siapa menyangka... Tetapi terima kasih juga aku ucapkan.. kerana memberikan ini semua.. Supaya aku berasa sungguh beruntung kerana mampu mempelajari tentang hidup dan manusia seperti kamu.. Supaya aku lebih awal belajar dari kamu dan menjadi lebih berhati-hati dengan manusia seperti kamu...
Ya... Aku bukan manusia yang baik dan terbaik.. Tetapi aku mampu merasa sebelum mengena dan terkena..
Hidup wujud karma... Karma penting untuk kita... sebagai manusia, karma sahaja yang mampu menjadi guru terbaik kepada menusia yang masih leka mengenakan manusia yang lainnya.. Mungkin aku sedang melalui karma itu... Syukur... Aku telah melaluinya sekarang... Tetapi lebih bagus karma ini datang lebih awal aku fikir.. Tidak mengapa... Sekurang-kurangnya aku sedang merasainya sekarang... Kamu.. Kamu juga perlu melalui karma... Supaya kamu juga belajar seperti aku... Kita semua perlu karma... Supaya kita belajar tentang adilnya Maha Pengcipta mencipta kehidupan...

1 comment: