Wednesday, March 24, 2010

Jerit..

Betulkah apa yang aku lakukan sekarang ini? Benar-benar nekadkah keputusan aku? Atau sekadar hanya untuk menyedapkan hati sendiri? Haihh.. Sendiri tidak faham apa yang telah berlaku pada diri ini... K.O.S.O.N.G... Aku pun tidak faham dengan apa yang telah terjadi pada diri aku.. Sangat drastik.. Seolah-olah baru bangkit dari tidur malam tadi kemudian apabila mata terbuka, aku menjadi Muhammad Izmir Bin Nadzri yang LAIN... Huahua.. Tak faham la...

Hanyut
Aku tidak faham mengapa aku melutut pada cabaran secara tiba-tiba. Aku kenal diri aku.. Degil. Keras hati. Selagi tidak dapat, nak juga sampai dapat. Kadang-kadang aku bayangkan kalaulah aku dapat keluar dari jasad aku ini dan berdiri di depan jasad sendiri, hendak saja aku sekeh-sekeh kepala aku.. Haha... Aku seolah-olah tidak percaya bahawa AKU MEMANG SUDAH TIDAK MAHU MELIBATKAN DIRI DENGAN "HANYUT"! Aku melepaskan peluang yang sudah terbuka luas di depan mata. Bukan senang untuk berkerjasama dengan pengarah yang "lain dari yang lain" seperti U Wei ini.. Malah aku berpeluang berkerjasama dengan pelakon dan produksi antarabangsa juga. INI FILEM BESAR LA, IZMIR!! Mungkin hati ini sudah merajuk dengan MANUSIA YANG SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN ke atas diri aku.. Maka, pemikiran yang waras pun tunduk pada hati yang telah lentur dengan semangat.. "Tidak mengapa.. Rezeki dan peluang ada di mana-mana.." Itulah saja kata-kata jampi yang sering memujuk hati sendiri.. Dan... Sekarang aku sedang memujuk hati ini dengan mencari peluang di mana-mana produksi lain.. InsyAllah.. Ada rezeki, ada lah.. Asalkan aku sudah mencuba.. Sudah aku hantar resume.. Jadi, pada produksi-produksi yang berkenaan, sudi-sudilah memberi maklum balas ya... Haha..

Puncak Perdana..
AKU RINDU KAMU WAHAI PUNCAK...

Butir Fikiran
Sudah berkepuk-kepuk idea dan kisah dalam minda.. Cuma tidak lagi dizahirkan di atas kertas..(tak taip lagi la...). Bila hendak menulis, selalu tidak kena pada tempat dan waktunya.. Keluar pergi beriadah, idea dan butir fikiran melimpah ruah.. Seandainya laptop depan mata ketika itu, dalam LRT pun jadilah aku menaip... Haha.. Bila keseorangan di rumah seperti ini, MALAS DAN TAK ADA M.O.O.D LANSUNG NAK MENULIS!! Haih.. Tak faham.. tak faham... Tidak faham dengan diri sendiri..


Apa yang hendak aku lakukan ketika ini ialah... MENJERIT!!!!!!!!! Menjerit sepuas-puas dan sekuat-kuat hati... Seperti yang selalu aku lakukan dahulu ketika di Puncak Perdana.. Bukit Tetek juga lah yang menjadi "puncak" kepuasan aku... Lepas segala-galanya.. Tenang kemudiannya walaupun suara sudah seksi sedikit akibat menjerit... Haha..

AKU NAK MENJERIT!!!!!!!

2 comments:

  1. hi izmir...
    how are you?
    hope ure fine.
    miss you and ija.
    please say hi to her.
    well, in ur case,
    i think, u should follow you heart.
    memangla kalau ikutkan, memang rugi kalau u nak tarik diri sekarang...
    but, kalau hati you dah cakap macam tu...
    just ikut kata hati.
    sebab kata hati selalunya,
    'betul'.


    ;)
    all the best my friend.

    ReplyDelete
  2. halo0 jaja..
    thankz for reading... really appreciate it.. =]
    yew...i mmang selalu ikutkan kata hati..baru i puas hati.. haha...
    yeah2...sure...i'll send ur Hi to eija..haha..
    tq once again ja..
    yess...u to0 my dear.. all the best in our life ya...
    salam..
    =]

    ReplyDelete