Friday, July 16, 2010

Memang Bijak

Alhamdulillah.. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan kepada Pemilik diri ini.. Terima Kasih Allah.. Rezeki dah ihsan Mu melimpah terhadap ku.. Hanya aku sebagai hamba Mu yang jijik ini saja tidak pernah mensyukuri..

Aku bangga dan terharu terhadap diriku sendiri.. Jika selama ini aku tidak yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri sendiri. Namun setelah berjaya menyelesaikan sebuah lagi projek ini, aku sedar bahawa aku sebenarnya mampu menjadi nakhoda.. "CLEVER". Itulah projek yang kali pertamanya aku menjadi "Head Of Department" untuk wardrobe.. Hehew.. (kembang kejap). Sekali lagi dibawah naungan Red Communication dan Astro..

Projek racangan "sciene game show" kanak-kanak yang bakal disiarkan di TVIQ Astro tidak lama lagi ini sememangnya memberi seribu satu pahit manisnya kenangan kepada aku.. Baru aku sedari dan rasai betapa payahnya menjadi seseorang yang menanggung tanggungjawab..(pada muka kau izmir..rasakan!)..

Pahit, manis, susah, senang, payah, mudah telah aku lalui sebelum dan selepas projek ini berjalan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang banyak membantu.. Terutamanya kepada sayang aku, Aileen.. Cyg aku, Elliana Melissa.. Manja aku, Mimie dan yang lain-lain.. SaYANG KORANGLAH!!


Chipmunk aku assistant yang boleh diharap..Sayang ko Cyg!


Berkerjasama dengan ramai rakan artis dan rakan produksi kali ini juga telah mengzahirkan di skrin pemikiran aku bahawa manusia ini "macam-macam ada!!" Haha.. Ya.. Dari dulu telah aku sedari bahawa setiap seorang daripada kita punyai sifat, hati, pemikiran dan jiwa yang sememangnya berbeza! Walaubagaimanapun, terima kasih kepada mereka kerana mengajar aku menjadi seseorang yang matang dalam memilih untuk mencontohi dan menjauhi pelbagai sifat manusia.. Terima kasih juga kepada Aznil Hj.Nawawi, Kak Rafidah, Anas, Syikin, Dickson dan Azrul.. Nice meeting you guys..


Kami memang gila2..hehew..

What a cheer team we are!

Pak Nil..

She's awesome!!


Anas Farhan.. Take a good care in Canada ya dude..


Setelah penat.. Setelah lelah.. Setelah lara.. Setelah mengalir air mata.. Setelah mengeluh.. Kini masanya untuk aku menarik nafas lega.. SYUKUR ALHAMDULILLAH.. Ya.. Itu sahaja kelegaan yang memuaskan..

Tontonilah Clever di TVIQ, Astro tidak lama lagi.. Rancangan ini comel, menyeronokkan dan bakal membuat anda suka akan sains.. Malah ia mungkin juga mampu membuatkan kita lebih mengagumi kebesaran Tuhan..
Bijak, memang bijak!!!
=D

Tuesday, July 13, 2010

Rindu..

Jika hendak berbicara tentang rindu, memanglah terlalu rindu.. Rindu kepada ayah, mama, sahabat-sahabat.. Haih.. Tak terucap rindu dengan kata-kata.. Tuhan saja yang tahu bahawa hati ini sedang sakit kerinduan terhadap mereka.. Dari rasa kerinduan itu, muncullah rasa sepi.. SEPI... Bencilah rasa macam ni!! (mengetap gigi terlalu geram).

Tetapi apa yang aku rindukan ketika ini, saat ini dan detik ini ialah... Zaman ketika menjalani kehidupan sebagai pelajar Diploma Seni Lakon (Teater).. RINDU... Tambahan pula bulan Ketenangan semakin hampir.. Bulan Ramadhan.. Sudah dapat ku rasa ketenangan bulan yang mulia itu.. TENANG...
Haih.. MENGELUH LAGI.. Ish.. Tak baik mengeluh selalu sayang..
Yelah.. Mana tidak mengeluh.. Ramadhan yang bakal menjelma nanti adalah Ramadhan yang pertama akan aku lalui selepas aku tamat belajar.. Pastinya rasa itu sangatlah berbeza.. Tidak lagi dapat aku rasa berpuasa dan pergi ke kelas bersama-sama rakan-rakan.. Tidak dapat lagi aku berbuka bersama-sama BFFs di medan pelajar Puncak Perdana, Kandang.. Tidak dapat lagi aku merasakan kemeriahan itu!! (sambil mengalirkan air mata).

Ya.. Mungkin akan dapat sekali sekala aku berbuka bersama-sama mereka yang tersayang itu.. Namun rasa itu tidak sama.. Sudah lain.. Lain sangat.. Izmir sayang.. Sabar ya sayang.. (memujuk diri sendiri).

Sunday, July 11, 2010

Pelik!!

Hari-hari dilalui… memenuhkan babak kehidupan yang tidak tahu apa penghujungnya…Padat ruangan seharian dengan mengaut rezeki.. menggali pengalaman…

Pengalaman tentang kehidupan..Demi mematangkan..

Kekosongan memang saban hari menjadi kekangan dalam mengecap ketenangan.. maka diri cuba mencari penyelesaian yang kadang kala pelik.. merepek.. melucukan..

Sendiri sukar percaya dengan apa yang telah dan sedang dilakukan.. Haha

Kau memang pelik!!!

Friday, July 2, 2010

Rasa Kini..

Waktu berlari-lari laju.. Aku terkejar-kerja mencungap..
Kadang terlelah.. Sememangnya mengah..
Dalam waktu dikejar.. Dalam mengah meraja..
Ia datang menjengah-jengah ruang fikir dan rasa..
SUNYI...

Air mata angkuh mengalir walau setitis..
Hati tunduk merungut SEPI...
Aku RIMAS RASA YANG BEGINI..

Sahabat.. Teman.. Kawan.. Mengisi hari..
Kini ku tertawa merawat jiwa..
Namun bermanja, dimanakah tempatnya?

Ayah.. Ibu..
Air mata ini hanya untuk mu berdua..
Baru ku sedari..
Kamu lah yang menyerang-nyerang hati nan sunyi..
RINDU....

Diri sedang mendaki..
Ya.. Masih jauh puncak yang melangit..
Namun sudah ku nampak lekuk pendakian..
TUHAN.. SYUKUR KU UNGKAPKAN..

BIARLAH..
Biarlah diri terus begini..
Walau hati memberontak.. Menghentak-hentak.. Ingin merasa lagi..
Merasa lagi manisnya berkasih, menyayangi, disayangi...
Tidak mengapa..
Daripada AKU "SAKIT" LAGI...

Sunday, June 13, 2010

Nangis Akhirnya..

Semalam.. Aku termimpikan mereka.. Sengketa itu segar lagi terasa..
Aku perhatikan si hawa..ku perhati juga si adam…
Seorang penjanji syurga.. Seorang ketua nakhoda…

Sayang aku tidak berbatas.. Sayang untuk kau berdua..
Sering juga tangan ini menandah ke langit.. Berbuih mulut mengudap harapan..
Namun ku tahu.. Dia janjikan jawapan…

Dari mimpi dibawa ke jaga.. Setitis setitis air mata.. Cuba menyimbah.. mencuba memaksa.. Namun mengalir setitis juga.. Rasa di hati masih tak kena.. Namun ia sedikit lega..

Setelah lama enggan tertangis.. Akhirnya kini mengalirlah juga..
Ternyata hanya engkau… Wahai keluarga..
Jatuh bangunku engkau kuncinya…

Saturday, May 15, 2010

Mei 2010..

TAURUS.. Bulan yang agak istimewa pada aku kini muncul kembali.. Istimewa bagi aku kerana dalam bulan inilah akan aku merasai diri aku sangat istimewa.. Hehew.. Mungkin kerana hari lahir ku jatuh pada bulan ini... SELAMAT HARI LAHIR WAHAI SI TAURUS!!!


SAMBUTAN...

Tahun ini aku menyambut hari lahir
aku dalam keadaan yang sangat berbeza.. Aku seolah-olah tidak merasakan 10 Mei tahun sebagai hari lahir aku.. Bukan kerana tidak ada seorang pun yang memberikan ucapan selamat, malah awal-awal lagi ada yang sudah mengucapkan selamat kepada aku.. Lagi-lagi di ruang siber Facebook.. Sehingga pening kepalaku mengadap lappy untuk membalas ucapan selamat dari teman-teman yang menghargai.. TERIMA KASIH SEMUA..Bukan juga aku tidak menyambut hari lahir aku, malah ada saja yang menyambutnya dengan membelanja makan..hahaha.. Biasa la tu kan.. Namun.. Apa yang aku maksudkan dengan seolah-olah tidak merasakan seperti hari lahir ialah kerana kesibukan...


SHOOTING...
Menjelang hari lahir aku sibuk dengan berkerja di kedai buku yang sangat selesa dan menghiburkan.. Malah selain itu aku sibuk dengan persiapan untuk menjalani pengambaran iklan dibawah naungan Red Communication lagi.. Seperti sebelum ini, aku mengendalikan wardrobe.. Tetapi kali ini bersama-sama Susan... Seronok sungguh berkerja dengan make up artis dari Thailand itu.. Thanks a lot dear Susan.. It's so great working with you... Mudah-mudahan iklan yang telah selamat mengambarannya pada 13 Mei itu di Kota Damansaran dan di pejabat Red.Com tersebut hebat hasilnya bila tersiar di kaca televisyen nanti.. Amin..


22 DAN APA???..
Setiap kali menjelang hari lahir sebelum ini, aku tidak begitu endah dengan peningkatan usia.. Apa ada pada nombor?? .. Biasa la.. Dah besar dah aku... Itulah yang sering aku lintaskan dalam hati sebelum-sebelum ini.. Namun kini, tahun ini... Aku sudah mencecah usia 22 tahun!!! Ya.. Kali ini aku begitu peduli dengan peningkatan usia aku.. Apa yang aku rasa dan fikirkan kini ialah.. Haih.. Umur dah 22 ni.. Apa yang aku dah buat dan capai selama usia aku dah 22 tahun ni?????? Itulah persoalan yang menyinggah di ruang-ruang minda tatkala termenung tabiat biasaku.. Aku merasakan belum mencapai apa-apa lagi dalam hidup aku yang telah membawa perubahan dan peningkatan untuk diri sendiri.. Inikan pula untuk keluarga dan orang-orang tersayang dalam hidup aku.. Bergunakah diri aku ini??? Bila aku mampu mencapainya??? Itulah yang menjengah-jengah di taman hati...


MEI DAN ISI...

Mei ini.. Apa Dosaku-Sybil Khatiga
su Stories sudah disiarkan di Astro Citra pada setiap malam Rabu, jam 9.00 malam.. Tontonilah ya... Aku sendiri belum berpeluang menontonya kerana belum melanggan siaran Citra.. Tidak mengapa.. Tidak lama lagi akan aku langgan Citra demi mu Sybil!! Hahaha..

Hari Ibu.. Walaupun tidak memberi sebarang bentuk material kepada Mama, aku hanya sekadar menelifon dan memberikan ucapan selamat kepada mama..


Hanya doa dan rindu sahaja untuk wanita yang nombor 1 dalam hati aku itu.. Mama.. Abang tahu abang belum mampu untuk membalas jasa ma
ma, namun seandainya mama dapat membaca helaian muka surat hati ini.. Pasti ada doa dan rindu untuk mama dan ayah.. Yang pasti doa dan rindu untuk kita sekeluarga BERSATU SEPERTI DAHULU...AMIN YA ALLAH!!!!



Hari lahir.. Sudah pun berlalu pada 10 Mei lepas.. Sibuk berkerja dan bersho0ting.. Tetapi aku tenang menikmati hari lahir ku yang lepas walaupun sibuk... Alamdulillah.. Itulah yang aku utamakan... KETENANGAN..

Yeay!!!! Bulan Mei ini jugalah hari yang sangat bermakna bagi aku bakal berlaku.. KONVOKESYEN!!! TAHNIAH IZMIR!!! Anda sudah menang dalam perjuangan menimaba ilmu Diploma Seni Lakon!!! Tahniah untuk kamu juga wahai sayag-sayangku.. SAHABAT SELAMANYA..BFFs...


DOA...

Ingin aku difinisikan sebagai harapan, namun aku takut utuk mengharap.. Oleh itu, aku mendifinisikannya sebagai doa.. Jika dengan izin Allah S.W.T ia berlaku, maka berlakulah ia..Kun fayakun!! Doaku sempena hari lahir tahun ini ialah.. Semoga Tuhan memberkati diri dan perjalan hidupku dan keluarga... Semoaga Tuhan membantu dan mempermudahkan lorong-long kecil berliku ini untuk aku mengapai cita ku di puncak melangit... AMIN YA ALLAH... Aku berdoa juga semoga sahabat-sahabat kesayangan aku berjaya hendaknya.. Aku mahu kamu tahu bahawa kamu semua adalh antara asset hidupku...

Monday, May 3, 2010

Bila Ia Datang...

Kadang kala...Terkenang juga...
Buat aku tersenyum...Kadang mengalir air mata..


Sekali sekala...Rindu juga...
Namun sakitnya... Masih terasa...


Terkadang aku kesali...
Melepaskan kau pergi...Tapi tak mengapa...


Sering kali hati terdetik... Tinggalkan yang hitam..
Namun masih nyata.. Naluri ini tegap mencengkam..


Kerap juga... Bermenung sengaja...
Mengenang yang entah apanya..


Selalu jua... Diri merasa...
Hina diri.. Aku sebagai seseorang...