Saturday, May 15, 2010

Mei 2010..

TAURUS.. Bulan yang agak istimewa pada aku kini muncul kembali.. Istimewa bagi aku kerana dalam bulan inilah akan aku merasai diri aku sangat istimewa.. Hehew.. Mungkin kerana hari lahir ku jatuh pada bulan ini... SELAMAT HARI LAHIR WAHAI SI TAURUS!!!


SAMBUTAN...

Tahun ini aku menyambut hari lahir
aku dalam keadaan yang sangat berbeza.. Aku seolah-olah tidak merasakan 10 Mei tahun sebagai hari lahir aku.. Bukan kerana tidak ada seorang pun yang memberikan ucapan selamat, malah awal-awal lagi ada yang sudah mengucapkan selamat kepada aku.. Lagi-lagi di ruang siber Facebook.. Sehingga pening kepalaku mengadap lappy untuk membalas ucapan selamat dari teman-teman yang menghargai.. TERIMA KASIH SEMUA..Bukan juga aku tidak menyambut hari lahir aku, malah ada saja yang menyambutnya dengan membelanja makan..hahaha.. Biasa la tu kan.. Namun.. Apa yang aku maksudkan dengan seolah-olah tidak merasakan seperti hari lahir ialah kerana kesibukan...


SHOOTING...
Menjelang hari lahir aku sibuk dengan berkerja di kedai buku yang sangat selesa dan menghiburkan.. Malah selain itu aku sibuk dengan persiapan untuk menjalani pengambaran iklan dibawah naungan Red Communication lagi.. Seperti sebelum ini, aku mengendalikan wardrobe.. Tetapi kali ini bersama-sama Susan... Seronok sungguh berkerja dengan make up artis dari Thailand itu.. Thanks a lot dear Susan.. It's so great working with you... Mudah-mudahan iklan yang telah selamat mengambarannya pada 13 Mei itu di Kota Damansaran dan di pejabat Red.Com tersebut hebat hasilnya bila tersiar di kaca televisyen nanti.. Amin..


22 DAN APA???..
Setiap kali menjelang hari lahir sebelum ini, aku tidak begitu endah dengan peningkatan usia.. Apa ada pada nombor?? .. Biasa la.. Dah besar dah aku... Itulah yang sering aku lintaskan dalam hati sebelum-sebelum ini.. Namun kini, tahun ini... Aku sudah mencecah usia 22 tahun!!! Ya.. Kali ini aku begitu peduli dengan peningkatan usia aku.. Apa yang aku rasa dan fikirkan kini ialah.. Haih.. Umur dah 22 ni.. Apa yang aku dah buat dan capai selama usia aku dah 22 tahun ni?????? Itulah persoalan yang menyinggah di ruang-ruang minda tatkala termenung tabiat biasaku.. Aku merasakan belum mencapai apa-apa lagi dalam hidup aku yang telah membawa perubahan dan peningkatan untuk diri sendiri.. Inikan pula untuk keluarga dan orang-orang tersayang dalam hidup aku.. Bergunakah diri aku ini??? Bila aku mampu mencapainya??? Itulah yang menjengah-jengah di taman hati...


MEI DAN ISI...

Mei ini.. Apa Dosaku-Sybil Khatiga
su Stories sudah disiarkan di Astro Citra pada setiap malam Rabu, jam 9.00 malam.. Tontonilah ya... Aku sendiri belum berpeluang menontonya kerana belum melanggan siaran Citra.. Tidak mengapa.. Tidak lama lagi akan aku langgan Citra demi mu Sybil!! Hahaha..

Hari Ibu.. Walaupun tidak memberi sebarang bentuk material kepada Mama, aku hanya sekadar menelifon dan memberikan ucapan selamat kepada mama..


Hanya doa dan rindu sahaja untuk wanita yang nombor 1 dalam hati aku itu.. Mama.. Abang tahu abang belum mampu untuk membalas jasa ma
ma, namun seandainya mama dapat membaca helaian muka surat hati ini.. Pasti ada doa dan rindu untuk mama dan ayah.. Yang pasti doa dan rindu untuk kita sekeluarga BERSATU SEPERTI DAHULU...AMIN YA ALLAH!!!!



Hari lahir.. Sudah pun berlalu pada 10 Mei lepas.. Sibuk berkerja dan bersho0ting.. Tetapi aku tenang menikmati hari lahir ku yang lepas walaupun sibuk... Alamdulillah.. Itulah yang aku utamakan... KETENANGAN..

Yeay!!!! Bulan Mei ini jugalah hari yang sangat bermakna bagi aku bakal berlaku.. KONVOKESYEN!!! TAHNIAH IZMIR!!! Anda sudah menang dalam perjuangan menimaba ilmu Diploma Seni Lakon!!! Tahniah untuk kamu juga wahai sayag-sayangku.. SAHABAT SELAMANYA..BFFs...


DOA...

Ingin aku difinisikan sebagai harapan, namun aku takut utuk mengharap.. Oleh itu, aku mendifinisikannya sebagai doa.. Jika dengan izin Allah S.W.T ia berlaku, maka berlakulah ia..Kun fayakun!! Doaku sempena hari lahir tahun ini ialah.. Semoga Tuhan memberkati diri dan perjalan hidupku dan keluarga... Semoaga Tuhan membantu dan mempermudahkan lorong-long kecil berliku ini untuk aku mengapai cita ku di puncak melangit... AMIN YA ALLAH... Aku berdoa juga semoga sahabat-sahabat kesayangan aku berjaya hendaknya.. Aku mahu kamu tahu bahawa kamu semua adalh antara asset hidupku...

No comments:

Post a Comment