Tuesday, November 24, 2009

Tentang Pengalaman Itu...

Baru sahaja beberapa minggu dan tidak sampai sebulan lagi perpisahan ini dinekadkan... Namun aku sudah sedikit demi sedikit mampu tertawa dan tersenyum... Terima kasih dan kesyukuran sahaja mampu terucap kepada mereka yang disayangi dan kepada Maha Pengcipta...

Terlalu banyak cerita suka dukanya bila dikenang... Banyak perkara yang menjadi panduan aku kini, hasil daripada pengalaman bersamanya.. Dan yang paling utamanya.. apa yang aku pelajari daripada perhunbungan itu adalah... KEPERCAYAAN... Kepercayaan adalah sangat dituntun dalam apa jua amalan yang dilakukan kini dalam hidupku.. Percaya pada diri sendiri.. Percaya pada sesiapa yang layak dipercayai... Dan.. apa yang lebih ku sedari, JIKA KITA MAHU DIRI DIPERCAYAI, ZAHIRKANLAH AMALAN YANG BOLEH MELAHIRKAN KEPERCAYAAN DARIPADA INSAN LAIN..Haih.. Terlalu banyak perkara dan pengalaman yang boleh diteladani, tetapi ida sempat untuk aku nyatakan.. Namun.. apa yang pasti.. Aku tetapi menjadi Muhammad Izmir Bin Nadzri sepertimana yang mereka semua kenali...

Sunday, November 22, 2009

Tentang Rasa Kini..

Aku masih mewujudkan diri di kampus kesayanganku, UiTm Puncak Perdana.. Rasa berat hati ini untuk meninggalkan lubuk ilmu seni dan "ilmu manusia" itu... Ya.. Aku sedang keseorangan kini dan sunyi sangat menyepikan hati... Aku seolah-olah tercari-cari keriuhan semester-semester lalu.. Rindu? Usah diungkit.. Ia terlalu sukar untuk diungkapkan...

Haha.. Aku sudah mampu ketawa kini.. Terima Kasih sahabat-sahabat dan insan-insan yang berperikemanusiaan yang membantu aku bangkit dan mencelikkan mataku kembali.. Bangun!!
Ya!! Aku tersedar sudah kini.. Terima Kasih semua...

Semalam.. Hati aku tenang bercampur riang apabila berkesempatan meluagkan masa bersama-sama seorang pensyarahku, setelah sekian lama berjanji tetapi tidak berkesempatan..Tidak perlu aku sebut namanya kerana ia mungkin akan mencabul "privacy" beliau.. hehe.. Ya.. Perbualan selama empat jam berturut-turut tanpa disedari siang berganti malam.. Kami berbual dan berkongsi buah fikiran dalam pelbagai topik dan pengisian.. Sungguh terisi hari aku semalam ku rasa..

Ya.. Selepas berbual panjang dengan beliau, hatiku tenang dan riang.. Malah semangatku untuk berjuang mencapai matlamatku semakin membara.. Beliau secara tidak lansung telah menghembus jampi kekuatan untuk aku terus melangkah menuju ke destinasi matlamat.. Terima kasih ya.. Hehe..

Sahabat.. Terima kasih ya temanku.. Tuhan Maha Agung.. Dia temukan aku sekali lagi dengan sahabat yang sudah seperti adik-beradikku sendiri.. Memang sudah ada dalam perancangan untuk kami berjumpa, tapi bukanlah seawal itu.. Namun, Dia Maha Berkuasa.. Aku dan Apiq bertemu secara kebetulan di kandang.. Malah selepas panas punggung ini duduk berbual dengan dengan pensyarahku, aku dan apiq meluangkan masa bersama-sama di Pelaga Bistro.. Tuhan Maha Esa.. Dia temukan aku juga dengan insan yang sangat aku rindui, "BFF" aku yang telah lama inginku jumpa.. Haih.. Semalam merupakan hari yang sangat bermakna!! Tidak mungkin aku lupakan hari semalam..

DAN KINI...
Hatiku tenang dan aman walaupun sepi menyaluti diri... Tidak mengapa.. Masa akan berlalu pantas.. Sepi ini ku yakin akan berlalu pergi.. Apa yang perlu aku tumpukan kini adalah matlamat aku!!
Ya.. Terlalu banya k perkara inigin aku lakukan.. dan ia akan ku capai perlahan demi perlahan.. satu demi satu... Semoga kekuatan dan ketenangan ini bertahan selamanya.. Pada insan yang kini hanya dalam kenangan, berbahagialah kamu dengan hidupmu kini.. Kerana memang ini yang kamu dambakan.. Aku yakin dia pasti lega dan aman malah mampu tertawa riang dengan keadaanku kini..Terima kasih ya atas segalanya.. Enjoy your life okay!! Selamat Tinggal dan Selamat Jalan.. Bubye!..

Wednesday, November 11, 2009

Tentang Nekad Jiwa....

Aku masih tidak berasa mengantuk walaupun kabus sudah mula mengaburkan pemandangan.. Mendinginkan subuh yang menenangkan... Mata ini sememangnya tidak cukup rehat.. Waktu yang mampu untuk melelapkan mata sejak kebelakangan ini hanyalah sekadar dua hingga tiga jam sahaja... Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi itulah sejujurnya yang terjadi kepada diri... Dipejam mata, terasa sesak nafas dibuatnya... Terpejam mata pula, bermimpi hingga mencelikkan mata.. Akhirnya tidak mampu untuk menyambung tidur yang belum memadai itu... Haih... Percepatkanlah perjalanan yang menyeksakan ini wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani...

Kini.. Jiwa ini nekad untuk mengorbankan segala-galanya.. Mengorbankan rasa cinta ini.. Kenangan-kenangan bersama... Kemaafan dan kekesalan... Segala-galanya!!!
Rasa rindu ini menyesakan... Menyakitkan... Melemaskan.. Namun ini semua harus ditempuhi... kerana jiwa sudah nekad berkata... Bahawa.. "Perpisahan itu adalah yang terbaik untuk kedua-duanya"...

Ya... Masih mencintai.. Masih menyayangi.. Sedang merindui... Namun apakan daya.. Inilah hakikatnya... Kesakitan.. Kelemasan.. Kekesalan.. Inilah yang terpaksa dibayar olehku bagi membeli penyelesaian yang terbaik itu... Jiwa ini nekad... Ia juga disokong oleh kepenatan si dia.. Rasa tidak sanggup itu lagi... Kasihan melihat penyeksaannya..

Sayang.. Ya.. Ini yang terbaik.. Aku sudah mampu menerima hakikat ini.. Kemaafaan yang tidak terhingga ku pohonkan... Semoga kau menemui kebebasan mu.. Ruang serta waktu mu... Maaf untuk segalanya... Simpan kenangan-kenangan indah kita ya?... Moga berjaya hendaknya di menara ilmu...

Saturday, November 7, 2009

Tentang ketidakwarasan...

Aku sememangnya sudah tidak waras... Ya.. Memang sudah hilang kewarasan sebagai seorang remaja berumur dua puluh satu tahun!! Sepatutnya aku sudah mencapai kematangan yang mampu memandu diriku ke arah yang sebaik-baiknya dalam kehidupan.. Namun akibat terlalu mengikutkan perasaan, aku menjadi bodoh dan hilang kewarasan... Segalanya kerana dia.. Dia.. Dia... Aku telah melakukan kesilapan besar pada suatu ketika dulu apabila mengambil keputusan untuk terus memilih dan menerimanya.. Bukan aku tidak pernah terfikir akan risiko aku menerima dia sebelum ini.. Bukan aku tidak sedar akan kesannya kelak.. Semuanya telah aku fikirkan sebelum bermulanya kisah ini..

Tetapi aku tetap mengikutkan perasaan yang hanyut dibelai olehnya.. Lantas tersalah langkah akhirnya dengan memilih dan menerima si dia.. Kini akibatnya aku sendiri yang terseksa.. Akibat tersalah membuat keputusan dan membiarkan perasaan utuk terus menyayangi dan menjadi terlalu sayang kelaknya.. Akhirnya rasa terlalu sayang itu memakan diri.. Sesuailah dengan diriku yang bodoh ini.. Rasa terlalu menyayangi itu membuatkan diri hilang kewarasan.. Aku kesal.. Aku menyesal.. Waktu dan peristiwa tidak mampu diputar kembali.. Semuanya telah terlambat... Aku kesal berjumpa dengan dia.. Aku kesal melayan perasaan bersama-sama si dia ketika dulu.. Aku kesal memilih dan menerima dia!!!!

Sekarang aku tertanya-tanya keseorangan... Apakah yang dia rasakan?? Bagaimana perasaanya terhadap semua ini?? Bagaimana dengan aku?? Bagaimana dengan dia?? Bagaimana dengan kami??

Adakah aku seorang sahaja yang rasa begini? Adakah aku seorang sahaja yang tertanya-tanya tentang ini semua? Aku memang sudah tidak waras kerana bertanya seorang diri tentang segala kesilapan ini.. Tuhan..Kau bantulah aku.. Selamatkan aku segara dari kegilaan dan ketidakwarasan ini.. Pulihkanlah perasaan dan keadaan diri ku....Amin..

Thursday, October 29, 2009

Tentang Viva...

Pn.Amy : Lafazkan dengan satu nafas!
Aku : Since hari raya hari tu!! (menangis)
Pn.Umi : Kenapa dengan hari raya hari 2?
Aku : (Terdiam dan mengalirkan air mata)
Pn.Amy : Lafazkan dengan satu nafaz!!!

Begitulah yang terjadi kepada aku pada hari yang penting bagi semua pelajar Diploma Teater Seni Lakon semester enam, pada 28 Oktober lepas.. Semestinya aku tidak akan melupakan peristiwa itu selain dari showcase kami.. kerana.. Itulah kali pertamanya aku mengalirkan air mata di hadapan pensyarah-pensyarah secara peribadinya...

Aku gagal menahan cecair permata itu daripada mengalir keluar dari bergenang.. Aku sudah tidak mampu menahan kesayuan yang mengasak-ngasak dalam dada ini.. Kata-kata serta cara Pn.Amy bertanya ketika itu seolah-olah beliau mampu membaca hati dan memerhati apa yang telah aku lalui sepanjang semester ini...Aku sayangkan Pn.Amy.. Beliau sangat memahami para pelajarnya..

Segalanya bermula dari kelewatan aku hadir ke sesi Viva yang sepatutnya aku ialah orang yang pertama sekali di temu duga.. Namun oleh kerana daripada kesilapan diri sendiri, aku telah lewat tiba dari waktu yang sepatutnya.. Aku telah muncul pada waktu tengah harinya dan merupakan orang yang terakhir ditemu duga..

Bukan aku sengaja melengah-lengahkan waktu, tetapi banyak perkara yang tidak sepatutnya aku fikirkan telah membebani diri daripada melangsaikan tugasan dengan segera.. Ya.. Aku tahu..tidak sepatutnya aku terlalu mengikutkan perasaan sendiri sehingga memberi kesan buruk kepada diri sendiri...

Setelah teresak-esak mengalirkan air mata.. Setelah diasak-asak dengan pelbagai soalan yang menyentuh hati... Akhirnya aku berhenti dari mengalirkan air mata.. Kini aku dipuji-puji pula oleh pensyarah-pensyarah ketika itu.. Pn.Amy, Pn.Umi dan En.Mazli... Mereka meluahkan segala yang mereka lihat dari segi kebaikan dan keburukan diri aku.. Terharu dan agak malu juga dibuatnya..

Bukan aku mengharapkan puji-pujian mereka itu.. Bukan sengaja aku mengalirkan air mata meminta ihsan... Tetapi itulah yang sejujurnya aku lakukan dan terjadi kepada aku pada hari tersebut.. Debaran.. Ketakutan.. Tangisan.. Kesayuan dan macam-macam rasa dan perasaan..

Sememangnya tidak akan aku lupakan hari itu.. Pertama kalinya aku menangis di hadapan pensyarah... Malu.. Terharu..Arghh.. Macam-macam yang dirasa!! Terima Kasih kepada rakan-rakan yang memberikan kata-kata semangat dan pertolongan.. Terima kasih juga kepada si dia yang disayangi di atas rasa bahagia yang diberi sejak kebelakangan ini... Terima kasih kepada Pn.Amy dan Pn.Umi..tidak lupa juga En.Mazli..

Viva..kenangan ini tidak mungkin aku lupai...


Saturday, October 10, 2009

Tentang Kesuraman...

Baru saja aku melalui sidang media untuk showcase teater pagi tadi... Hati ini lega... terharu.. dan tenang rasanya.. Malah tercalit juga kegembiraan... Ianya disebabkan hari-hari yang berjarah itu akan tiba dan semakin hampir.. Showcase.. Lingkaran Kapur... Alhamdulillah.. Aku melakukan persembahan yang membanggakan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan seSepatu Ilham.. Kesyukuran tidak terhingga aku ucapkan.. Akan aku terus berdoa dan berusaha dengan sepunuh hati untuk showcase kami.. dan berharap ianya akan membuahkan kecemerlangan dan sejarah yang tidak mungkin dilupakan... InsyaAllah...

Namun.. Hati aku kini suram dengan perlahan-lahan... Mengenangkan si dia yang aku sayangi.. Seseorang yang aku ingati hampir sepanjang hariku sehingga hendak tidur malam... Si dia yang aku cintai... Aku terlalu menyayanginya... Teramat menyayangi dan memerlukannya.. kerana dia kekuatanku selain sahabat-sahabat sejatiku... Namun.. apa yang telah berlaku selama ini membuatkan aku dan dia sering hidup dalam tekanan yang membebankan.. Membebankan si dia.. Membabankan aku sendiri.. Sudah jerih.. sudah lelah.. sudah termengah kami mencuba dan terus mencuba untuk jadi yang terbaik antara satu sama lain... Tetapi sering menghampakan.. Mengapa??.. Aku dan dia sudah buntu membicarakannya.. Haihhh.. Sakit rasanya tidak terkendong lagi.. Aku tahu yang dia menyayangi aku.. Tetapi sejauh mana dan sedalam mana sayangnya terhadap aku, tidak mampu aku fikirkan lagi... Sudah jenuh memikir.. dan kadang-kala kejenuhan itu merampas waktu tidur malamku.. merampas selera untuk menjamah makanan...

Kini.. hanya tinggal empat hari kami bakal menyambut ulang tahun yang ke tiga bulan.. Ya... Aku sedar.. dalam tempoh yang sebegitu mentah ini, belum cukup untuk kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam... Haih.. Sudah berkali-kali kata perpisahan meremukkan hati.. dan sudah berkali-kali ikatan ini dicantumkan kembali... Kadang kala, hati ini mahu melepaskan dia terbang bebas di alam keremajaannya.. kerana sering terbeban oleh kerana diri ini.. Namun aku umpama bernafas dalam air yang menyesakkan.. Aku tariknya kembali.. Begitu juga si dia.. menarik aku kembali kepangkuan.. kerana masih saling menyayangi..

Dan saat ini.. sekiranya kata perpisahan itu adalah tulah yang harus aku patuhi... aku terima... aku terima!!!! Walaupun aku akan mati kesesakan bernafas dalam lautan penyeksaan.. Biarlah dia mendapatkan kembali kebebasan yang sudah berbulan dirampas... Aku yakin.. dia akan lega dan gembira dengan itu... Terima kasih untuk segalanya... Kadang kala, terfikir aku.. Andai dapat aku putarkan semula masa lalu.. Akan ku tahan hati ini daripada menyintai dirinya... Tidak akan ku layan si dia ketika cuba mengetuk pintu hatiku dulu.. Namun.. kini segalanya membubur.. sudah kelewatan.. Masa terus ke depan dan tidak akan memungkir fitrahnya...

Aku tahu bahawa dia dilanda dilema... Hendak aku ditinggalnya, namun bahana akan menimpa dirinya... Namun jika terus bersama, seksa merantai hati dan hidupnya... Sayang.. tidak mengapa.. Kini.. Kau ambilah semula kebebasan mu.. Raih la kembali keseronokan alam remaja mu di menara ilmu ini... Lepaskanlah jika sudah menyeksakan.. Jangan kau pendam lagi kesakitan mu.. Kau tidak akan dilema lagi untuk kali yang ini.. kerana aku sudah mengerti apa yang kau cari dalam hubungan ini.. Aku reda dan rela melepaskan mu jika itu yang kau impikan.............

Friday, October 2, 2009

Tentang Lingkaran..

Haha.. Pejam, celik, pejam, celik, hanya tinggal dua minggu sahaja lagi aku dan rakan-rakan, seSepatu Ilham akan berdepan dengan cabaran dan ujian yang paling besar buat kami sepanjang bergelar pelajar di meneara gading ini... Ya.. Usaha dan jerih perih kami merenangi dan menyelami lautan ilmu selama beberapa tahun di Uitm Puncak Perdana ini bakal diuji pada tiga tarikh keramat ini... 16, 17 dan 18 Oktober 2009..

Lingkaran Kapur... Ia bukti dan tanda kepada tahap ilmu yang kami ratahi dan telani berdasarkan usaha masing-masing.. Ia bakal menentukan untung ruginya kami hidup di Puncak Perdana... Ia adalah simbolik kepada tawa dan tangisnya kami selama berteduh sementara waktu di bawah bumbung ilmu, UiTM Puncak Perdana.... Ia bakal menjadi memori.. Memori yang tidak sesekali akan aku lupai.. Begitu juga mereka, rakan-rakan seSepatu Ilham..

Debaran semakin memuncak.. Sukar dizahirkan dengan kata-kata..

Esok majlis sidang media akan berlansung di Carcosa Sri Negara.. Jam tiga petang... Hati ini sudah berdebar!! Berdebar untuk beraksi seorang diri sebagai Penyanyi di hadapan wartawan-wartawan yang bakal hadir!!

Oh Tuhan!!! Tenangkanlah diri ku ini.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar esok dan bakal membanggakan diri aku dan rakan-rakan... Semoga majlis sidang media esok memberi kebaikan kepada hari-hari persembahan yang sebenarnya nanti..Amin...