Friday, October 7, 2011

CEKIK.GERAM.

Dah lama aku tak baca novel-novel Melayu (since nak improve English kononnya), tapi hari ni aku dah habiskan membaca sebuah novel hasil fantasi Ridhwan Saidi yang dizahirkan ke atas kertas sehingga setebal 258 muka surat (tak termasuk kulit novel), CEKIK. Thanks kat KEROL sebab kasi aku pinjam novel ni. Puas aku cari sebab kekurangan masa dan peluang utk mencari novel ni.


Wajah, paras rupa dan biodata CEKIK.
Wajah novel ini pada pendapat aku tidaklah se-menarik mana (DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER*haha), tapi ia memberi penjelasan secara lansung kepada sesiapa yang melihat sebelum membacanya. Gambar kat bawah ni la wajah CEKIK ni. Dari situ kite boleh tahu yang tajuk dan gambarnya ada kaitan dengan isi perut novel ni. CEKIK. Parasnya nak cakap comel tu, takde la comel macam kamus masa kita sekolah2 menengah dulu, tapi yang sedang2 saja dan kalau nak baca dalam train/bus/kereta pun takde la sampai kena lebarkan tangan macam nak baca surat khabar. Macam sebesar Galaxy Tab je (insyAllah aku beli gadget ni utk kemudahan aku). Ia diterbitkan oleh sebuah publishing company, FIXI.

wajah dan rupa paras Cekik.


Pencipta takdir CEKIK.
Agak menarik bila seorang yang berlatarbelakangkan bidang senibina mencipta kehidupan dan takdir (takdir dlm kehidupan sebuah novel). Aku kenal la juga beliau sebab beliau bekas pelajar fakulti aku juga (senior) n dari blog beliau binfilem.blogspot.com. Kalau nak tahu lebih pasal beliau boleh la pergi blog beliau tu. Aku agak teruja dengan cara penulisan dia yang agak bijak menyusun batu-bata, tiang, lantai, atap, dinding, awan, laut, hutan, bukit, padang dalam kehidupan CEKIK ni. Kadang2 bila baca satu bab, beliau tarik kita ke satu cerita lain sampai kita lupa apa kisah tunjang bab tadi sampailah beliau bawa balik kita
ke pangkal cerita bab tersebut. Nice!

Ratah sikit2.
Aku just nak ratah sikit2 je rencah kehidupan CEKIK ni (just nak share). Kemungkinan apa yang aku fikirkan/rasakan boleh diterima/tak boleh diterima korang. Okay, ;-

Jujur aku akui yang aku agak teransang dari segi seksual bila membaca hampir 70% daripada novel ni. Bukan senang nak terangsang daripada pembacaan semata-mata kalau tak kena pada 'sensitive parts/suis'. Dalam CEKIK ni menggambarkan macam mana dunia dan kehidupan pada tahun 2020 (kemungkinan sama dan kemungkinan tak sama lansung) di mana kemodenan menjadi kompas kepada paksi akal fikiran insan. Bagaimana gaya hidup (sosiologi), pemikiran (psikologi) bertindak balas dengan kemodenan. ZINA, LIWAT, ARAK, USTAZ, PENSYARAH, PELAJAR, KANAK2, REMAJA, ANDARTU, MC DONALDS, PORNO, MAGGI, PITA HVS, KUCING, MERCUN/BUNGA API, NOVELS, MAJALAH GLAM/VOUGE ITALY, BAHASA ENGGERIS, BAHASA MELAYU, TELUR, KUBUR, SURAU, JAMBAN, SWIMMING POOL, CHEWING GUM, POLIS, SUMBANG MAHRAM, LEHER, BAYI, SURAT CINTA, , SEJADAH, SEMBAHYANG JUMAAT, CILI PADI, AIR MANI, TUDUNG, BOGEL, KOTEK, KORUPSI, PEREMPUAN2 SEKSI, LELAKI2 JAMBU ini semua menjadi rangka-rangka TAKDIR dalam kehidupan dalam CEKIK.

Kalau difikirkan balik kisah CEKIK ni macam lebih kurang macam kisah Mythology Greek, Oedipus di mana anak lelaki berkahwin (atau melakukan hubungan seks dengan ibu kandung), membunuh bapa kandung, melarikan diri dari takdir (secara concious/unconcious) dan cuba menentukan takdir serta ajal. Malah PENAFIAN ke atas takdir yang sudah tertulis dan MENUDING JARI kepada TUHAN. Boleh dikatakan Oedipus Melayu versi tahun 2020 (pada pendapat aku lah).

TAPI, aku tak pasti samada aku GERAM dengan diri sendiri ataupun dengan Cekik. Sebab aku tak tahu MACAM MANA PEMBUNUHAN BAPAK SI WARITH NI BERLAKU!!!. Punya la aku perah kepala otak aku ni cuba pikir balik putar belit cerita ni last2 aku surrender dan akui je la yang HANYA Warith sorang tu je yang tahu macam mana pembunuhan bapak dia tu. * ke aku ni yang lampi sampai tak dapat2 lagi tangkap cara pembunuhan tu??? ;(

Apa2 pun aku boleh kasi 4 daripada 5 bintang utk CEKIK ni.
*Structure cite menarik
*Berani dan jujur.
*Buat aku geram lepas baca.

Tahniah Ridhwan Saidi! (jangan kembang pulak..hehe..peace!)



Leher. Secara kebetulan ada kena mengena dengan aku.

3 comments:

  1. woot...intriguing~ nak kena carik nih

    ReplyDelete
  2. ehehe.. tula.. menarik juga la cerita dia.. carilah.. ;)

    ReplyDelete
  3. wooo.. aku pun nak baca..
    sebab aku suke citer yg berani dan jujur..
    tak yah nak c0ver2..tapis2 bagai sedangkan bende2 ni semua brlaku di sekeliling kita tanpa segan2...
    haha.. aku nak buku tu!!! jaga kau izmir hahaha

    ReplyDelete