Friday, September 30, 2011

MENYOMBONG AKU

Kau PEMUISI TERHEBAT!!!
Segala FIRMAN, SUNNAH, SABDA bak liur membasahi bibir kau..
Sekali kau bermadah, seribu yang mendengar..
Sekali bibirmu terbuka, pesona kau bersyarah!

HEBAT.. HEBAT... HEBAT..
Tabik hormat, tangan ku tepuk meraikan KEHEBATAN KAU!

Kau PEMUISI TERHEBAT!!!
Sana sini kau menuntut..
Ke hulur ke hilir TAWAN KEJOHANAN..
Tunduk-tunduk sekeliling manusia di depan, di belakang, di kiri, di kanan kau.
Sanjung-sanjung mereka MENGANGUNGKAN engkau..

HARUM.. BENAR.. BIJAKSANA..
Fuhhh! Melambung tinggi pujian untuk kau!

Kau PEMUISI TERHEBAT!!!
Pengalaman kau BERPULUHAN TAHUN..
Kemenangan kau sangat digerun!
FALSAFAH kau, TERNGANGA yang mendengar..

Tapi sayang kau PEMUISI TERHEBAT..

PENGALAMAN KAU..
KEHIDUPAN KAU..
YANG BERPULUHAN TAHUN..
YANG DISANJUNG KEMENANGAN ITU..

Hanya kerana KAU dengan DUNIA KAU sahaja.
Tidak pernah, Tidak mahu, Tidak akan,
MEMAHAMI DUNIA HAMBA ALLAH LAIN!!!

PEMUISI TERHEBAT..
Kau taksub dengan kehidupan ENGKAU sahaja..
Kehidupan hamba Allah yang lain TIDAK TERPANDANG walaupun di pinggir penglihatan mata..
Hinggakan kau ARIF dengan hidup kau semata-mata!

SILAP langkah kau, MAKIN SESAT AKU..
Kerana hamba Allah seperti kau, MAKIN MEMBODOH SOMBONGLAH AKU..
Kerana langkah kau, KE NERAKALAH AKU!
Bukan MENUDING JARI..
Tetapi langkah kau, MENCABAR KEBODOHAN AKU..
MENDONGAKLAH AKU KE LANGIT LAGI..

Dibawa bayu lembab HORMATNYA aku kepada kau.
LESAP, LENYAP...

KAU... PEMUISI TERHEBAT..
PUISI kau, KUHORMAT.
Menghormati kau sebagai INSAN YANG DIPUJI-PUJI?
Ohhhh.. TIDAK sama sekali!



2 comments: