Thursday, November 18, 2010

Palsu Fake Munafik Hipokrit

Kau pandang kau tenung..
Cantik lawa pada kau, kau senyum..
Buruk hancur pada kau, kau jeling...

Kau suka, buat salah pun "tak apa.."(sambil senyum manis ukir di muka).
Kau tak suka, buat baik kau jeling pun tak mahu..

Aku meluat aku menyampah MANUSIA MACAM NI..

Friday, October 15, 2010

Jerit

Seandainya aku boleh menjerit sekuat hati ... Supaya terluah segalanya hari ini...


.

Hati Mati

Bukan angin bukan ribut..
Hati tetap rasa kalut...
Benci.. Benci.. Benci..
Apakah jenis rasanya ini????!!!

Puas sudah menahan tembok..
Agar terus tegap melindung...
Namun taman tetap kecamuk...
Resah sentiasa tak tertanggung...

Sudah.. Sudah.. Sudah...
Letih.. Penat.. Mengah...

Jalan melangkah tak tahu ke mana..
Ikutkan saja kaki ke mananya..
Hati dalam dah kosong merasa...
KENAPA.. KENAPA.. KENAPA???

Diri sedar hamba yang hina...
Laknat mungkar itulah dia...
Berpadan dengan nasib tertimpa..
Kini lalu dan merasa...

Sabar bertahan diri diduga..
HAHAHAHA...
Sudah jemu didegar telinga..
Sudah muak hati merasa..

Kini tak dikira lagi...
Ikutkan sahaja katanya hati...
Biar akhir temui MATI...

Friday, October 8, 2010

Jijik

Alhamdulillah... Luah kesyukuran..
Walaupun diri sedar bermandi jijik...
Hati menyanjung Pencipta Yang Satu..
Walaupun kerap tingkah mendosa...

Keluh kesal panjang tak sudah...
Kadang meluat diri direnung..
Tak layak mendapat rahmat..
Tak tersenarai mendapat berkat..
Diri sedar jijik menyelubung...
Tika melangkah jalan berhalang..
Diri persoal kala berpayah...
Bila direnung bahana terbentang..
Diri sedar laknat terlansung...

Melangkah duri ke hujung impian..
Bila kan sampai dilema direnungkan...
Diri tak layak menadah tangan..
Meminta Yang Pengasih berikan kekuatan...

Tak layak untuk mentera diperkenan...

Sunday, September 19, 2010

Hati-hati..

Bila ia datang lagi.. Menenangkan.. Aku tersenyum sendiri.. Namunku sedar ia hanya menyinggah.. Sementara.. Menjenguk untuk menduga.. Lagi dan lagi..

Aku sedar yang aku tak perlu hanyut dibuai ketenangannya..
Berhati-hati.. Itulah yang harus diingati.. Yang lepas-lepas berikan tauladan.. Tauladan yang kini aku sedari.. Yang kini aku fahami.. Ya.. Aku kini sudah mampu belajar sendiri.. Tidak mahu terhanyut dan terdampar lagi..


HATI-HATI.. HATI-HATI.. HATI-HATI..


Ia datang aku tidak menghalang.. Kerana aku sedar aku layak untuk merasannya.. Sudah lama sepi menjajah taman hati.. Kering kontang minta disirami.. Akan ku lihat bagaimana kesannya.. Berhati-hati sahajalah yang diingatkan..

Terima kasih kerana muncul.. Terima kasih jika kau jujur.. Aku tahu pengakhirannya adalah sama.. Namun tidak salah jika kita merasa.. Hati-hati saja ku ingatkan.. Kawal diri mu.. Kawal emosimu.. Kawal jiwamu.. Untuk dirimu.. Bukan untuk diriku..

Sunday, September 5, 2010

Peluang..

Sekarang kerap aku mengeluh.. Mengeluh yang entah apa-apanya.. Tidak beralasan.. Apakah maksud semua ini?? Aku tidak faham.. Aku bukan duduk bergoyang kaki sahaja bermenung nganga.. Tetapi aku punya urusan yang memenuhi jadual seharian.. Aku mengadu kepada mereka.. BEST FRIENDS FOREVER... Mereka balas.. "Kau sunyi.. Pergilah cari buah hati.. Pengganti.."

Hehew.. Tertawa sinis mengeluh aku mendengarnya.. Aku penatlah.. Tak larat.. Malaslah!!.. Buang masa mengayat cinta.. Membina kenangan-kenangan indah yang akhirnya menyakitkan.. Senang cerita, AKU TIDAK MAHU BERMAIN DENGAN API LAGI! Takut terbakar diri.. Dah la memang terbakar, lagi rentung pula nanti.. Hehew..
Tapi bila aku renungkan semula.. Malah tatkala melihat mereka kesayanganku (BFFs) sudah mula mempunyai insan-insan baharu dalam hidup mereka, aku mula tersentak sendiri.. Perlukah aku mengikuti mereka, memberi peluang dan ruang kepada insan yang bernama pengganti??? Bahagia aku melihat mereka sedang menikmati indah asmara.. Aku tumpang bahagia sayang-sayangku...
Tetapi pada masa yang sama, aku memendam rasa.. Akan hilangkah waktu mereka untukku tatkala sudah memiliki si peneman kalbu?? Mereka nyatakan, TIDAK..... Hehew.. Aku tersenyum sinis.. Mungkin.. Mungkin benar seperti yang kamu janjikan.. Tidak mengapa sayang-sayangku.. Aku bahagia untuk kamu.. Aku sayang kau semua sayangku!!!
Aku?? Hehew.. Tidak mengapalah.. Aku masih belum bersedia.. Masih gerun.. Masih cuak untuk sesuatu yang dipanggil CINTA.. Kepada mereka yang menunggu hatiku, MAAFKAN SAYA.. JANGAN MENGHARAP.. Itu sahaja.. Sekali-sekala mungkin aku tunduk pada KESUNYIAN.. Tapi tidak mengapa.. Aku ada mereka.. BEST FRIENDS FOREVER aku..

Thursday, September 2, 2010

Banyak

Banyak benda sudah aku lihat...
Banyak rasa sudah aku rasai...
Banyak perkara sudah aku fikirkan..
Banyak kerja yang telah aku rasakan..
Semuannya membawa istilah yang berbeza dan tersendiri..
Kesannya hanya pada diri aku..
Mungkin aku dan kamu tidak perasan..
Tetapi sebenarnya perbezaan itu telah lahir dari diriku..