Wednesday, April 7, 2010

Isi Dalam Mei 2010..

Tanpa aku sedari sudah masuk ke bulan April kini.. Aku masih memenjarakan diri di dalam rumah setelah menarik diri dari pembikinan filem Hanyut yang bakal berlansung tidak lama lagi.. Ya.. Aku sedar bahawa aku telah melepaskan peluang yang baik bukan mudah untuk ditemukan.. Namun aku pasti, ada hikmah yang pasti terbongkar nanti..

Setelah selesai menguruskan permasalahan permohonan Degree, kini aku menyibukkan diri dengan satu lagi agenda yang aku usahakan.. Menulis dan menulis.. Itulah agenda yang menepukan kepala dan perasaan aku kala ini.. Bermacam-macam persoalan yang cuba aku rungkaikan.. Bermacam kekangan juga yang harus aku tetak-tetakkan.. Namun dengan kecekalan dan kesungguhan ini, aku yakin dan pasti bahawa kekangan ini pasti terhenti dan agenda menjadi realiti.. InsyAllah..

Dipejam dicelik mata ini, sudah hampir waktu yang dinanti.. Apa Dosaku- Sybil Khatigasu Stories bakal ditayangkan tidak lama lagi.. Tidak sabar rasa hati untuk melihat hasilnya setelah pelbagai rasa dirasai.. Setelah pelbagai manusia aku kenali.. Setelah pelbagai pengalaman aku perolehi.. Pengalaman sepanjang pengambaran drama bersiri ini sudah tentunya menjadi kekal dalam sanubari.. Malah kesannya terhadap diri aku sendiri sudah pasti mematangkan ketajaman pemikiran yang masih naif ini..

Suka duka sepanjang itu, kekal dalam kemerahan hati..


Terima kasih kepada kamu yang membentangkan peluang ini... Qash..


Seikhlas kasih kepada kamu yang mengiring aku sepanjang itu.. Jeny dan Aboy..


Berkerjasama dengan kamu menjadi suatu kenangan yang mempesonakan taman hati.. Bernard Chauly.. YOU ARE THE BEST LAH!!


Sesungguhnya.. Masih ramai insan yang banyak membantu dan menemani ketika jatuh dan bangunnya aku sepanjang pengambaran drama bersiri ini.. Tidak terzahir betapa ikhlasnya kasih yang ingin aku ucapkan.. Hanya doa semoga kalian bahagia dan terus berjaya sahaja yang mampu aku lakukan..

Tidak sabar menanti bulan Mei ini. Apa Dosaku- Sybil Khatigasu Stories bakal bermain di dalam kaca televisyen saluran Astro Citra.. Tidak sabar melihat hasil kerja tangan sendiri.. Tidak sabar melihat kesan lakonan sendiri.. Malah tidak sabar menyambut hari kelahiran yang bakal menyinsing di bulan Mei ini.. Hehew..

Selamat untuk kamu wahai Perro.. Amin...


2 comments:

  1. Memandangkan you suka menulis apa kata you join pertandingan menulis novel untuk remaja anjuran DBP...dateline lama lg...ada pekdahnya gak kan...mana tau menang...hehehe ;P

    http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/borangsayembara1.doc


    Nizam Shah

    ReplyDelete
  2. hehew..thanks Nizam for the info..hehew..
    yeah..i do love writing...i try jew k..cube2 jew..haha..tq ya ..
    =]

    ReplyDelete