Wednesday, April 21, 2010

Kesayuan Beri Jawapan...

Segala rasa yang aku lalui sejak kebelakangan ini... Hanya kesyukuran sahaja mampu aku bisikkan di dalam hati.. Kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas segala nikmat yang dipinjamkan sementara kepada aku ini... 3... 4 minggu dan beransur bulan kebelakangan ini.. Hati aku tenang dan girang... Tidak ku pasti apa puncanya.. Tidak mahu ku berfikir terlalu dalam.. Hanya menikmati dan mensyukuri... Hari yang aku lalui... Begitu deras dan tenang mengalir.. Segalanya dipermudahkan urusan... Alhamdulillah...

Namun..

2...3... Hari... Kebelakangan ini rasa sayu menepukan ruangan hati yang kosong tidak dimiliki oleh sesipa yang teristimewa.. Bunga-bunga di taman hati hanya mekar dan mewangi tapi tidak mampu dipetik oleh sesiapa lagi.. Kerana tuannya tidak membenarkan lagi sesiapa memetiknya buat masa ini.. Dalam keharuman dan kemekaran bunga-bunga di taman hati... Tiba-tiba sekilas tiupan angin memukul bunga-bunga mekar.. Angin itu bawa sayu.. Lalu melayukan seketika bunga-bunga hati... Aku pelik.. Aku tertanya.. Aku mengkaji dan berfikir.. Apakah punca kesayuan yng menghimpit rasa dada?? Tanpa sebarang kesulitan dalam perjalanan hidup seharian aku, tetapi mangapa muncul rasa sayu ini secara tiba?? Aku tidak jelas akan puncannya.. Banyak persoalan.. Tiada jawapan.. Pelbagai tekaan.. Samar konklusinya..

Peleraian timbul jawapan...

Telefon bimbit berbunyi.. Nombor yang sememangnya wujud dalam senarai telefon rupanya yang memanggil masuk.. Mengangkat panggilan dan menjawab salam...

Mak Eros: Jemay... Mak sedih Jemay..

Perro: Mak.. Kenapa ni mak??..

Mak Eros: Papa.. Papa dah meninggal...

Perro: (Terkedu.Bisu.)

Mak Eros: Mak dengan Kak Ani bawa dia pergi klinik pagi tadi. Dia meninggal atas kerusi roda. Doktor cakap dia kena serangan jantung...

Perro: Innalillah... Astaghfirullah al azim... Papa nangis masa hantar Jemay balik naik bas hari tu mak.. Tak sangka papa pergi!! Sedangkan pap tak sakit apa-apa..

Mak Eros: Papa sedih sangat anak dia meninggal.. Dia rindu sangat kat arwah anak dia.. Tiap malam menangis..Tapi dia pendam sampai sakit..

Perro: Ye mak.. Papa memang jenis yang memendam kan?..
......

Oleh itu.. Baharu aku kenalpasti jawapannya.. Rasa sayu yang membelenggu rupanya petanda mengenai satu lagi pemergian.. Insan yang tidak kurang dekatnya dalam kehidupan aku.. Walaupun jauh pada jarak zahirnya..Papa Eros..
Kerinduan seorang ayah terhadap anaknya telah memanggil dia untuk turut bersama-sama anaknya ke alam "sana"..

Al-Fatiha buat arwahyarham.. Amin..
Semoga tenang kamu berdua di alam sana...

Tuhan.. Kau berilah aku peluang untuk sentiasa bersedia sekirannya tiba "panggilan" untuk ku pula...

No comments:

Post a Comment