Sunday, November 29, 2009

Tentang Mimpi...

Baru tadi aku duduk bersembang dan meluagkan masa bersama-sama mama.. Sedang asyik berbual ria, tiba-tiba mama meluahkan sesuatu yang terbuku di kalbu..

Mama : Baru sekejap mama terlelap pun tadi dah mimpi ayah.. (termenung)
Perro : Mimpi ayah? (kehairanan).. Ma mimpi apa pasal ayah?

Selepas cuba mendalami cerita mimpi mama itu, aku tersentak.. Aku tiba-tiba teringat akan diri ku sendiri yang bermimpikan si dia di subuh Aidil Adha.. Dalam mimpi itu aku menangis derita.. Bermimpikan si dia sehingga aku benar-benar mengalirkan air mata ketika terjaga.. Basah bantal ku sehingga takbir bergema baru aku menikmati ketenangan..

Aku kehairanan dengan mama.. Setahu aku, mama sudah lama sembuh dari kesakitan luka cinta.. Sudah lama aku tidak mendengar luahan rasa dan melihat tangisan mama.. Namun sejak kebelakangan ini, mama sering bercerita mengenai ayah.. dan semestinya, seperti biasa aku sajalah tempat mama mengzahirkan rasa.. Apabila tinggal berdua di rumah sahaja, barulah mama membuka kata.. Ketika adik-beradik lain duduk meriahkan suasana, tidak pula mama mengungkap rasa..

Ya.. Aku sedar.. Mungkin aku lebih mendengar dari yang lain.. Melalui apa yang aku dengar dan aku perhatikan, rupa-rupanya mama masih memendam rasa.. Kerinduan, barangkali.. Mungkin juga kesayuan? Haih.. Aku sangat mengerti perasaan mu mama.. Kita melalui rasa yang sama ketika ini.. Cuma keadaannya sahaja jauh berbeza..

Mama berbicara soal perasaan.. soal mimpi.. soal insan yang mengganggu kebosanan.. Itu semua sudah cukup buat aku untuk memahami apa yang terkandung di hati.. Di rumah kini semuanya ada.. Mama, adik-beradik dan anak-anak buah melengkapi perut rumah kami.. Aku fikir mama bahagia tika ini.. Ya.. Memang dapat dilihat terzahir bahagia di wajah.. Namun rasa di jiwa hanya ternyata apabila diluahkan sahaja.. Aku lupa.. Rupa-rupanya seorang lagi tidak ada di dalam rumah ini untuk melengkapi.. Oh.. Dia.. Seorang lelaki yang terhormat dalam sebuah keluarga... Dia sahaja yang tidak ada di rumah ketika ini... Jika tidak, pasti lengkap keluargaku!!

2 comments:

  1. Kadang-kadang perpisahan mampu menerbitkan rasa rindu dan rasa kasih yang ingin bertaut kembali, Mir..kadang-kadang perpisahan itu cuma satu fasa 'rehat' yang mengizinkan seseorang itu untuk muhasabah diri sendiri tentang tujuannya hidup berpasangan serta mendirikan masjid dan membina umat (zuriat)...Mungkin ada hikmah di sebalik mimpi mama Mir...berserah saja pada Allah, Dia saja yang Maha tahu...

    ReplyDelete
  2. Ya.. Terima kasih kak.. Betul.. Semua perkara yang berlaku dalam hidup ini, ada sebab dan hikmahnya... Ya.. Tuhan Maha Adil.. Maha Mengetahui.. Maha Berkuasa.. Buruk dibalas buruk.. Baik dibalas baik... Biar Allah s.w.t sahaja yang melakukan kerja-kerja-Nya ini... Terima kasih kak..Miss you...
    =]

    ReplyDelete