Monday, June 24, 2013

SENYUM

Kalaulah ketika menulis ini aku menangis... Mungkin lebih puas terbebas rasa dipendam. Tetapi sambil menulis ini aku TERSENYUM sorang-sorang (bukan sebab aku gila). SENYUM kerana rasa yang dipendam terpadu sebu. Sahabat dan kawan meminta bahu untuk meluah, merintih. Aku mengiringkan sedikit tubuh menghulur bahu. Kepala mereka menyandar dan aku belai dengan rasa simpati sebagai sahabat juga sebagai kawan yang setia mendengar (sekurang-kurangnya). Basah bahu aku. Tapi rasa lega mereka selepas itu telus juga aku rasakan dalam hati aku sendiri. Bahagia rasanya bila buat sahabat, kawan lega. Aku SENYUM lagi. Usai mereka merintih, meluah, aku boleh balik rumah dengan tenang dan rasa bahagia itu tetap bersama. Yes! Dapat rehat dalam bilik sorang-sorang. Takde maknanya balik bilik dan rehat. Sampai hempas badan atas katil, mata tak boleh katup pun. Entah atas alasan apa payah betul nak lelap, dah berapa lama macam ni. Payah nak tidur malam/siang. Untung nasib, terlelap sendiri tanpa paksa.




Indah hidup ada sahabat, kawan sekeliling sentiasa bersama. Tapi aku lebih rela untuk menyendiri untuk seketika. Beri ruang sedikit untuk aku meluah, merintih pada bahu sendiri. Bukan kerana kamu tidak mahu mendengar dan menyediakan bahu, tapi aku hanya mahu sendiri mungkin untuk sejam, dua. Harap ia memadai. Sekarang aku menyendiri. Tenang bukan kepalang. Tarik bantal dan duduk menyandar pada dinding. Nyalakan sebatang Pall Mall hijau (dah naik harga sekotak RM9), sambil hirup Nescafe. Sedut rokok dalam-dalam dan hembus.. Fuhhh, berkepuk asap. Tengok asap rokok, aku SENYUM lagi. Siot btol kenapa aku masih boleh SENYUM. Pop pop popp! Mesej, BMM, Whatsapp masuk. Aku tak ada Wechat. Padang phone, aku jelingkan saja. Sedut lagi rokok, hembus. Asap, dan SENYUM. Sial, aku bencilah 'rasa' macam ni! Keluarlah air mata! Keluarlah menjurai-jurai seperti mereka yang menangis pada bahu aku!



*Tulis entri ni dah dekat 2 minggu, baru publish hari ni. cis!

Wednesday, April 24, 2013

Pergi!

Aku ada simpan satu angan untuk lihat dunia..
Lihat mereka..
Lihat realitinya..
Lihat variasi cipataan-Nya.

Sampai masa, bila muncul peluang...
Masa bernilai itu takkan aku buang..
Ketika itu merata benua aku terbang..

Ya, satu masa nanti...
Aku sematkan dalam hati..
Berseorang diri pun jadi...
Ke merata dunia, aku pergi!



Thursday, October 11, 2012

SATU

MEREKA TIDAK TAHU.
Bukan salah MEREKA.
MEREKA tidak sedar.
Bukan salah MEREKA.
MEREKA TIDAK TAHU.


AKU MAHU TAHU.
Bukan salah AKU.
AKU dipasung soal.
Bukan salah AKU.
AKU MAHU TAHU.


ENGKAU LEBIH TAHU.


ini dan ini tak sama. 

MEREKA. AKU.
HANYA ENGKAU LEBIH TAHU.



Thursday, October 4, 2012

Yang Meludah

Semalam dirasa wujudnya Yang SATU
Sujud patuh dek redup KASIH-NYA
Berjalan berpayung PERCAYA dan RASA

Hari ini dirasa wujudnya Yang SATU
Semesta kudrat membidas sekelumit PERCUBAAN-NYA
Sujud patuh redup kasih-Nya
Menadah keajaiban cinta-Nya
Rayu sama TEGUHKAN RASA
Moga tak putus PERCAYA

Esok dirasa masih wujudnya DIA
Itu, jika masih PERCAYA
Itu, jika masih DIRASA
Jika hilang keduanya dek MEREKA yang MELUDAH
SAYANG... Sayang, DIBAKAR bersama kelaknya KITA
SAMA dibakar namun BERBEZA KEBODOHANNYA.



MEMBIMBING atau MENGHUKUM?

Friday, July 27, 2012

SANGAP

Salam..

Tak ada apa2 yang penting nak dikongsi sekadar untuk melepaskan geram dan SANGAP menulis je.. Nak tahu kenapa aku SANGAP?

LAPPY
Lappy aku dah nak dekat 3 bulan tak bernyawa. Nasib baiklah dah nak hujung2 semester baru dia nak buat hal, kalau tak mesti meroyan aku nak buat assignment. N nasib baiklah ada bff aku si Arol bagi pinjam lappy dia (kesian lappy dia plak dah hilang skang dikebas org gila). Ahli bijak pandai dalam bidang perkomputeran bagitau yang AMD Chip lappy aku terbakar. Dah 3 kali aku hantar repair, tapi duk jadi benda yang sama je. So, aku amik keputusan nak beli je lappy baru. Tapi tunggu aku KAYA la dulu, insyAllah bulan September baru dapat beli baru (lappy lama, still simpan sbab banyak mbantu aku dan byk kenangan). Maka, sekarang aku hanya menagih lappy kwn2 saja bila SANGAP tak terbendung.

TIME
Time yang aku ada sekarang adalah time yg paling sesuai utk menulis. Sebab PELUANG dah terbuka luas untuk aku kembangkan minat dan kemahuan dlm penulisan. Beberapa orang kawan yang BUDIMAN telah membuka peluang2 menulis dan sekali gus membakar semangat aku. Kebetulan pulak aku tengah CUTI SEMESTER sekarang ni, bulan RAMADHAN pula tu, so memang sesuailah untuk aku menulis (Bulan puasa tak byk job shooting, so aku mengganggur kebanyakan waktu). Tak dinafikan juga bahawa bulan Ramadhan ni banyak membantu aku dalam 'menikmati' hidup 'AKU SEBAGAI AKU DALAM 'MEREKA''.

INSPIRASI
Inspiration comes at the right time. Aku tak sangka since cuti semester ni banyak benda yang aku lalui dan mberi inspirasi utk menulis (benda kecil pun beri impak besar pd aku). Kalau sebelum ni aku merungut tentang 'ketumpulan rasa' yg berlaku pada diri, tapi sekarang ALHAMDULILLAH, aku sudah mampu kembali 'merasa' setiap nikmat. AKU BUKAN LAGI BANGKAI BERNYAWA. Aku sudah dapat kembali JIWA itu.

Itulah antara sebab2 utama aku SANGAP nak menulis. Nak tahu apa solusi yg aku buat sekarang utk kurangkan rasa ini?
Aku sambung membaca novel yg telah lama tertangguh baca (pastu continue baca novel yg masih dlm PEMBALUT PLASTIK), tengok movie/tv, tulis sikit2 kat PHONE n A4 PAPER, pastu ada juga pinjam2 lappy kwn2 utk menulis dan terus MELIHAT, MENDENGAR DAN MERASA apa yg ada di sekeliling utk terus peroleh inspirasi dan terus BELAJAR tentang nikmat hidup. Semua ni aku lakukan sementara aku belum ada LAPPY sendiri dan sementara mood dan waktu masih menyebelahi aku.


Dah, tu je nak cite, SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN SAYANG2 SEMUA. :)







Saturday, June 23, 2012

Bangau

Madah ini untuk kawan
Eh, BUKAN untuk kawan!
Tapi untuk TEMAN

Mungkin kau tak mampu MELIHAT semua
Mungkin kau tak mampu MENDENGAR segala
Mungkin kau tak mampu MERASA sepenuhnya

Berantai-rantai keperluan SESAMA
Terpasung tegap genggaman KITA
Keras berdentang kelikir KASIH

Ghaib kata untuk BICARA
Ranap deria gambaran RASA
PUNAH semester bandingan NILAI

Madah ini bukan untuk KAWAN
Tapi untuk TEMAN


Terbang mendarat bersama, mari! ;)

*Entah apa aku merepek malam minggu ni.. tajuk post pun takde kena mengena ;D

Thursday, June 7, 2012

Bukan Mimpi

Salam... Malam ini aku happy semacam.. Aku pun tak sure apa penyebabnya.. Maybe seronok sebab ada beberapa assignments yang aku dah SELESAIKAN. Mungkin juga kelas bakal berakhir dalam 2 MINGGU saja lagi.. Atau pun mungkin aku sekali lagi saksikan kejayaan seorang lagi sahabat. Alamdulillah, seorang lagi sahabat aku berjaya memiliki apa yang dia impikan selama ini. Aku bersyukur juga kerana dikelilingi oleh RAKAN-RAKAN yang INSPIRING kepada aku. Tak kiralah inspiring dari segi apa pun cara mereka, tapi ia tetap memberikan aku semangat dan contoh yang baik.

Dengar cerita, seorang sahabat aku baru sahaja memulakan pekerjaan sebagai SCRIPT WRITER di sebuah production house. Walaupun bukan dengar dari mulut tuan punya badan itu sendiri, tapi aku tetap HAPPY. Sebab aku pernah menjadi saksi kepada susah payahnya dia ketika mencari kerja sebelum ni. KEBERANIAN dia berhenti belajar dan KETABAHAN dia mencari kerja itu sangat berbaloi. Dah macam-macam company dia applied dan pergi interview, akhirnya penantian dia membuahkan hasil. Semoga dia tabah dan terus berusaha dengan baik untuk menjalani cabaran di alam pekerjaan yang menjadi idamannya selama ini pula.

Aku pernah berani membuat keputusan dengan menyambung pelajaran ke peringkat degree tanpa bantuan kewangan daripada keluarga, dan keputusan tersebut BERBALOI untuk aku. Setakat ini, aku bersyukur kerana masih lagi berdiri dengan sendiri di alam degree ni. Mama n ayah, terima kasih kerana tetap memberi semangat. Abang akan buat mama n ayah menangis KEGEMBIRAAN lagi (waduh, mau mengalir pula air mata sambil menulis ni dan mendengar lagu Adele, Hiding My Heart). Ya, BERANI dalam mengambil keputusan dan PENGORBANAN itu adalah salah satu kunci kejayaan. Semoga apa yang aku indamkan selama ini jadi kenyataan disamping usaha-usaha yang sedang aku lakukan sekarang.. INSYALLAH...AMIN...