Friday, April 8, 2011
Degree.Kerja.Percutian.
Monday, February 21, 2011
Pembawa...
Friday, February 4, 2011
SEMPURNA
ALHAMDULILLAH… Keluhan kesyukuran ini yang aku hembuskan dahulu… Atas apa yang telah aku lalui.. Atas apa yang sedang aku lalui.. ALHAMDULILLAH…Tuhan Yang Maha Mengasihani sering menyebelahi aku.. Terutamanya sepanjang tahun lepas.. 2010…TERLALU banyak perkara yang berlaku dan WAJIB aku dahulukan dengan lafaz kesyukuran.. Semua azam aku pada tahun lepas, SEMUANYA TERMAKBUL..
Ada AZAM. Ada USAHA. Ada KESUNGGUHAN. Ada KESABARAN. Ada KEYAKINAN.. Lantas semuanya jadi MENGZAHIR NYATA…SYUKUR YA TUHAN…
Tahun ini. 2011. Aku mulakan dengan kesyukuran juga… Segalanya bermula dengan aliran tenang dan nyaman. Walaupun ehwal peribadi sering membuntukan. Namun segala apa yang dirancang,berlaku seperti apa yang aku mahu kan.. DENGAN IZIN TUHAN.. KUN FA YAKUN..
SEMPURNA.. Cukup SEMPURNA..
Perancangan aku berjalan mengikut kehendak. Kaki aku melangkah semula ke menara gading yang aku rindui.. Berkoskan POKET SENDIRI. Seratus peratus SELUKAN SAKU SENDIRI. Janji. Aku berjanji tidak akan bergantung kepada mereka yang sedarah sedaging dengan aku untuk menempah kejayaan kali ini. Namun ini bukan HARAPAN.. Ini mungkin KEAZAMAN bahawa semoga JANJI aku, aku ZAHIRKAN.
Segalanya sudah tersedia di depan mata.. Terpulang kepada aku untuk meratah, menyantap atau pun memuntahkannya. Tuhan sudah berikan segalannya yang aku mimpikan. Sekarang ia bukan lagi mimpi.. Setakat lafaz kesyukuran belum cukup berpada.
Lakukannya. Hargainya. Gunakannya dengan SEMPURNA. Itulah KESYUKURAN YANG SEMPURNA..
Ehwal peribadi?? Segalanya mampu dileraikan lambat laun.. Aku tidak akan membenarkan ia senang lenang menjatuhakan keazaman aku dan kesungguhan aku… INSYALLAH..
Izmir DULU bukan macam Izmir SEKARANG.
Aku SELESA dengan SEKARANG.. Walaupun sering merindui yang DULU.. Tuhan.. Kuatkanlah diriku seperti mana mereka yang menerima dugaan lebih dasyat daripadaku.. AMIN YA ALLAH…
Thursday, November 18, 2010
Palsu Fake Munafik Hipokrit
Cantik lawa pada kau, kau senyum..
Buruk hancur pada kau, kau jeling...
Kau suka, buat salah pun "tak apa.."(sambil senyum manis ukir di muka).
Kau tak suka, buat baik kau jeling pun tak mahu..
Aku meluat aku menyampah MANUSIA MACAM NI..
Friday, October 15, 2010
Hati Mati
Hati tetap rasa kalut...
Benci.. Benci.. Benci..
Apakah jenis rasanya ini????!!!
Puas sudah menahan tembok..
Agar terus tegap melindung...
Namun taman tetap kecamuk...
Resah sentiasa tak tertanggung...
Sudah.. Sudah.. Sudah...
Letih.. Penat.. Mengah...
Jalan melangkah tak tahu ke mana..
Ikutkan saja kaki ke mananya..
Hati dalam dah kosong merasa...
KENAPA.. KENAPA.. KENAPA???
Diri sedar hamba yang hina...
Laknat mungkar itulah dia...
Berpadan dengan nasib tertimpa..
Kini lalu dan merasa...
Sabar bertahan diri diduga..
HAHAHAHA...
Sudah jemu didegar telinga..
Sudah muak hati merasa..
Kini tak dikira lagi...
Ikutkan sahaja katanya hati...
Biar akhir temui MATI...
Friday, October 8, 2010
Jijik
Walaupun diri sedar bermandi jijik...
Hati menyanjung Pencipta Yang Satu..
Walaupun kerap tingkah mendosa...
Keluh kesal panjang tak sudah...
Kadang meluat diri direnung..
Tak layak mendapat rahmat..
Tak tersenarai mendapat berkat..
Diri sedar jijik menyelubung...
Tika melangkah jalan berhalang..
Diri persoal kala berpayah...
Bila direnung bahana terbentang..
Diri sedar laknat terlansung...
Melangkah duri ke hujung impian..
Bila kan sampai dilema direnungkan...
Diri tak layak menadah tangan..
Meminta Yang Pengasih berikan kekuatan...
Tak layak untuk mentera diperkenan...
