Sunday, November 29, 2009

Tentang Mimpi...

Baru tadi aku duduk bersembang dan meluagkan masa bersama-sama mama.. Sedang asyik berbual ria, tiba-tiba mama meluahkan sesuatu yang terbuku di kalbu..

Mama : Baru sekejap mama terlelap pun tadi dah mimpi ayah.. (termenung)
Perro : Mimpi ayah? (kehairanan).. Ma mimpi apa pasal ayah?

Selepas cuba mendalami cerita mimpi mama itu, aku tersentak.. Aku tiba-tiba teringat akan diri ku sendiri yang bermimpikan si dia di subuh Aidil Adha.. Dalam mimpi itu aku menangis derita.. Bermimpikan si dia sehingga aku benar-benar mengalirkan air mata ketika terjaga.. Basah bantal ku sehingga takbir bergema baru aku menikmati ketenangan..

Aku kehairanan dengan mama.. Setahu aku, mama sudah lama sembuh dari kesakitan luka cinta.. Sudah lama aku tidak mendengar luahan rasa dan melihat tangisan mama.. Namun sejak kebelakangan ini, mama sering bercerita mengenai ayah.. dan semestinya, seperti biasa aku sajalah tempat mama mengzahirkan rasa.. Apabila tinggal berdua di rumah sahaja, barulah mama membuka kata.. Ketika adik-beradik lain duduk meriahkan suasana, tidak pula mama mengungkap rasa..

Ya.. Aku sedar.. Mungkin aku lebih mendengar dari yang lain.. Melalui apa yang aku dengar dan aku perhatikan, rupa-rupanya mama masih memendam rasa.. Kerinduan, barangkali.. Mungkin juga kesayuan? Haih.. Aku sangat mengerti perasaan mu mama.. Kita melalui rasa yang sama ketika ini.. Cuma keadaannya sahaja jauh berbeza..

Mama berbicara soal perasaan.. soal mimpi.. soal insan yang mengganggu kebosanan.. Itu semua sudah cukup buat aku untuk memahami apa yang terkandung di hati.. Di rumah kini semuanya ada.. Mama, adik-beradik dan anak-anak buah melengkapi perut rumah kami.. Aku fikir mama bahagia tika ini.. Ya.. Memang dapat dilihat terzahir bahagia di wajah.. Namun rasa di jiwa hanya ternyata apabila diluahkan sahaja.. Aku lupa.. Rupa-rupanya seorang lagi tidak ada di dalam rumah ini untuk melengkapi.. Oh.. Dia.. Seorang lelaki yang terhormat dalam sebuah keluarga... Dia sahaja yang tidak ada di rumah ketika ini... Jika tidak, pasti lengkap keluargaku!!

Friday, November 27, 2009

Tentang Pesanan...

Tidak terlalu lama aku mengenali dia.. Pada aku, dia seorang wanita yang cantik dan ada tarikan tersendiri walaupun personalitinya seakan-akan lelaki. Ganas dan lasak orangnya.. Haha.. Perkenalan hanya selama lima hari, sudah cukup untuk aku mengucapkan ribuan terma kasih terhadap seorang wanita yang boleh ku anggap seperti kakak itu..

Walaupun masih belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat, namun dia mampu membaca apa yang terkandung dalam hatiku ketika itu..

Dalam perjalanan ke Klia...

Perro : Ish..macam nak balik je bila tengok tempat tidur korang tu kan..sakitnya hati...bertambah sakit hati dibuatnya..haih..

Sis N : Tu la..Tak pelah.. lima hari je kat sini.. Kenapa sedih2..sakit hati ni?...

Perro : (diam dan tersenyum tawar)

Sis N : Hehe..takpe...memang sakit bila dilakukan macam ni..Tapi satu hari nanti, orang tu akan sedar sendiri dan rasa sendiri apa yang dah dia lakukan terhadap kita... KITA DOAKANLAH DIA BAHAGIA DAN TIDAK RASA MACAM APA YANG KITA RASAKAN SEKARANG..SEBAB...KITA SAYANGKAN DIA! (Tersenyum)

Aku tersentak tiba-tiba apabila kata-kata itu keluar daripada mulutnya. Aku pelik dan hairan, bagaimana dia tahu apa yang sudah dan sedang aku lalui? Bagaimana dia tahu apa yang sedang aku rasakan ketika itu sedangkan tidak pernah aku bercerita kepadanya yang baru sahaja ku kenali?? Aku pelik dan tertanya..

Namun, nasihat dan pesanan yang diberikan sangat meninggalkan kesan..ya.. Doakanlah dia bahagia dan tidak merasa apa yang aku rasakan sekarang..kerana aku sayangkan dia.. Cuma aku doakan supaya dia menyedari dan bertanggungjawab ke atas apa sahaja yang telah dan akan lakukan kelak terhadap insan lain...Terima kasih "Sis N".. Ada jodoh dan panjang umur jumpa lagi ya..

Tuesday, November 24, 2009

Tentang Pengalaman Itu...

Baru sahaja beberapa minggu dan tidak sampai sebulan lagi perpisahan ini dinekadkan... Namun aku sudah sedikit demi sedikit mampu tertawa dan tersenyum... Terima kasih dan kesyukuran sahaja mampu terucap kepada mereka yang disayangi dan kepada Maha Pengcipta...

Terlalu banyak cerita suka dukanya bila dikenang... Banyak perkara yang menjadi panduan aku kini, hasil daripada pengalaman bersamanya.. Dan yang paling utamanya.. apa yang aku pelajari daripada perhunbungan itu adalah... KEPERCAYAAN... Kepercayaan adalah sangat dituntun dalam apa jua amalan yang dilakukan kini dalam hidupku.. Percaya pada diri sendiri.. Percaya pada sesiapa yang layak dipercayai... Dan.. apa yang lebih ku sedari, JIKA KITA MAHU DIRI DIPERCAYAI, ZAHIRKANLAH AMALAN YANG BOLEH MELAHIRKAN KEPERCAYAAN DARIPADA INSAN LAIN..Haih.. Terlalu banyak perkara dan pengalaman yang boleh diteladani, tetapi ida sempat untuk aku nyatakan.. Namun.. apa yang pasti.. Aku tetapi menjadi Muhammad Izmir Bin Nadzri sepertimana yang mereka semua kenali...

Sunday, November 22, 2009

Tentang Rasa Kini..

Aku masih mewujudkan diri di kampus kesayanganku, UiTm Puncak Perdana.. Rasa berat hati ini untuk meninggalkan lubuk ilmu seni dan "ilmu manusia" itu... Ya.. Aku sedang keseorangan kini dan sunyi sangat menyepikan hati... Aku seolah-olah tercari-cari keriuhan semester-semester lalu.. Rindu? Usah diungkit.. Ia terlalu sukar untuk diungkapkan...

Haha.. Aku sudah mampu ketawa kini.. Terima Kasih sahabat-sahabat dan insan-insan yang berperikemanusiaan yang membantu aku bangkit dan mencelikkan mataku kembali.. Bangun!!
Ya!! Aku tersedar sudah kini.. Terima Kasih semua...

Semalam.. Hati aku tenang bercampur riang apabila berkesempatan meluagkan masa bersama-sama seorang pensyarahku, setelah sekian lama berjanji tetapi tidak berkesempatan..Tidak perlu aku sebut namanya kerana ia mungkin akan mencabul "privacy" beliau.. hehe.. Ya.. Perbualan selama empat jam berturut-turut tanpa disedari siang berganti malam.. Kami berbual dan berkongsi buah fikiran dalam pelbagai topik dan pengisian.. Sungguh terisi hari aku semalam ku rasa..

Ya.. Selepas berbual panjang dengan beliau, hatiku tenang dan riang.. Malah semangatku untuk berjuang mencapai matlamatku semakin membara.. Beliau secara tidak lansung telah menghembus jampi kekuatan untuk aku terus melangkah menuju ke destinasi matlamat.. Terima kasih ya.. Hehe..

Sahabat.. Terima kasih ya temanku.. Tuhan Maha Agung.. Dia temukan aku sekali lagi dengan sahabat yang sudah seperti adik-beradikku sendiri.. Memang sudah ada dalam perancangan untuk kami berjumpa, tapi bukanlah seawal itu.. Namun, Dia Maha Berkuasa.. Aku dan Apiq bertemu secara kebetulan di kandang.. Malah selepas panas punggung ini duduk berbual dengan dengan pensyarahku, aku dan apiq meluangkan masa bersama-sama di Pelaga Bistro.. Tuhan Maha Esa.. Dia temukan aku juga dengan insan yang sangat aku rindui, "BFF" aku yang telah lama inginku jumpa.. Haih.. Semalam merupakan hari yang sangat bermakna!! Tidak mungkin aku lupakan hari semalam..

DAN KINI...
Hatiku tenang dan aman walaupun sepi menyaluti diri... Tidak mengapa.. Masa akan berlalu pantas.. Sepi ini ku yakin akan berlalu pergi.. Apa yang perlu aku tumpukan kini adalah matlamat aku!!
Ya.. Terlalu banya k perkara inigin aku lakukan.. dan ia akan ku capai perlahan demi perlahan.. satu demi satu... Semoga kekuatan dan ketenangan ini bertahan selamanya.. Pada insan yang kini hanya dalam kenangan, berbahagialah kamu dengan hidupmu kini.. Kerana memang ini yang kamu dambakan.. Aku yakin dia pasti lega dan aman malah mampu tertawa riang dengan keadaanku kini..Terima kasih ya atas segalanya.. Enjoy your life okay!! Selamat Tinggal dan Selamat Jalan.. Bubye!..

Wednesday, November 11, 2009

Tentang Nekad Jiwa....

Aku masih tidak berasa mengantuk walaupun kabus sudah mula mengaburkan pemandangan.. Mendinginkan subuh yang menenangkan... Mata ini sememangnya tidak cukup rehat.. Waktu yang mampu untuk melelapkan mata sejak kebelakangan ini hanyalah sekadar dua hingga tiga jam sahaja... Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi itulah sejujurnya yang terjadi kepada diri... Dipejam mata, terasa sesak nafas dibuatnya... Terpejam mata pula, bermimpi hingga mencelikkan mata.. Akhirnya tidak mampu untuk menyambung tidur yang belum memadai itu... Haih... Percepatkanlah perjalanan yang menyeksakan ini wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani...

Kini.. Jiwa ini nekad untuk mengorbankan segala-galanya.. Mengorbankan rasa cinta ini.. Kenangan-kenangan bersama... Kemaafan dan kekesalan... Segala-galanya!!!
Rasa rindu ini menyesakan... Menyakitkan... Melemaskan.. Namun ini semua harus ditempuhi... kerana jiwa sudah nekad berkata... Bahawa.. "Perpisahan itu adalah yang terbaik untuk kedua-duanya"...

Ya... Masih mencintai.. Masih menyayangi.. Sedang merindui... Namun apakan daya.. Inilah hakikatnya... Kesakitan.. Kelemasan.. Kekesalan.. Inilah yang terpaksa dibayar olehku bagi membeli penyelesaian yang terbaik itu... Jiwa ini nekad... Ia juga disokong oleh kepenatan si dia.. Rasa tidak sanggup itu lagi... Kasihan melihat penyeksaannya..

Sayang.. Ya.. Ini yang terbaik.. Aku sudah mampu menerima hakikat ini.. Kemaafaan yang tidak terhingga ku pohonkan... Semoga kau menemui kebebasan mu.. Ruang serta waktu mu... Maaf untuk segalanya... Simpan kenangan-kenangan indah kita ya?... Moga berjaya hendaknya di menara ilmu...

Saturday, November 7, 2009

Tentang ketidakwarasan...

Aku sememangnya sudah tidak waras... Ya.. Memang sudah hilang kewarasan sebagai seorang remaja berumur dua puluh satu tahun!! Sepatutnya aku sudah mencapai kematangan yang mampu memandu diriku ke arah yang sebaik-baiknya dalam kehidupan.. Namun akibat terlalu mengikutkan perasaan, aku menjadi bodoh dan hilang kewarasan... Segalanya kerana dia.. Dia.. Dia... Aku telah melakukan kesilapan besar pada suatu ketika dulu apabila mengambil keputusan untuk terus memilih dan menerimanya.. Bukan aku tidak pernah terfikir akan risiko aku menerima dia sebelum ini.. Bukan aku tidak sedar akan kesannya kelak.. Semuanya telah aku fikirkan sebelum bermulanya kisah ini..

Tetapi aku tetap mengikutkan perasaan yang hanyut dibelai olehnya.. Lantas tersalah langkah akhirnya dengan memilih dan menerima si dia.. Kini akibatnya aku sendiri yang terseksa.. Akibat tersalah membuat keputusan dan membiarkan perasaan utuk terus menyayangi dan menjadi terlalu sayang kelaknya.. Akhirnya rasa terlalu sayang itu memakan diri.. Sesuailah dengan diriku yang bodoh ini.. Rasa terlalu menyayangi itu membuatkan diri hilang kewarasan.. Aku kesal.. Aku menyesal.. Waktu dan peristiwa tidak mampu diputar kembali.. Semuanya telah terlambat... Aku kesal berjumpa dengan dia.. Aku kesal melayan perasaan bersama-sama si dia ketika dulu.. Aku kesal memilih dan menerima dia!!!!

Sekarang aku tertanya-tanya keseorangan... Apakah yang dia rasakan?? Bagaimana perasaanya terhadap semua ini?? Bagaimana dengan aku?? Bagaimana dengan dia?? Bagaimana dengan kami??

Adakah aku seorang sahaja yang rasa begini? Adakah aku seorang sahaja yang tertanya-tanya tentang ini semua? Aku memang sudah tidak waras kerana bertanya seorang diri tentang segala kesilapan ini.. Tuhan..Kau bantulah aku.. Selamatkan aku segara dari kegilaan dan ketidakwarasan ini.. Pulihkanlah perasaan dan keadaan diri ku....Amin..